Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 27 Jun 2012

MB Khalid harus jawap...!!! Rakyat terpaksa beli air dari pihak luar?


Sejak 10 hari lalu, penduduk Pangsapuri Belimbing Heights terpaksa menjalani rutin harian memeritkan iaitu beratur untuk mengambil air yang dibawa oleh sebuah syarikat akibat ketiadaan bekalan air ke perumahan itu.

Sudah lebih 10 hari penduduk Pangsapuri Belimbing Heights, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dibebani dengan masalah ketiadaan air, yang mereka yakini berpunca daripada tekanan air yang rendah.

Jadi, bagaimana mereka menjalani kehidupan harian tanpa bekalan asas itu? Penduduk mendakwa mereka terpaksa membeli air daripada syarikat swasta semata-mata untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Mereka mendakwa telah berkali-kali mengajukan masalah tersebut kepada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), namun sehingga kini tiada jawapan yang diberikan oleh pihak tersebut.

Pengerusi persatuan penduduk pangsapuri berkenaan, M. Elangovan berkata, masalah itu telah berlaku sejak 17 Jun lalu dan berlanjutan sehingga kini.

"Kami minta pihak Syabas dan kerajaan negeri Selangor segera menyelesaikan perkara ini, kerana air merupakan sumber yang paling penting dalam menjalani kehidupan seharian.

"Kami perlu membayar RM5,200 bagi empat tangki air yang mengandungi 23,000 liter air untuk mendapatkan bekalan air. Namun ia masih tidak cukup kerana di sini terdapat lebih 400 unit rumah," jelasnya.

Seorang penduduk di Blok A pangsapuri berkenaan, Wong Chit Moi, 58, berkata, dia terpaksa turun naik dari tingkat 12 dengan membawa baldi untuk mengambil air yang dihantar oleh syarikat swasta tersebut.

"Walaupun menggunakan lif, tetapi membawa dua baldi yang penuh berisi air sangat membebankan.

"Dan walaupun membeli air dari pihak luar, bekalan air masih tidak cukup. Disebabkan itu, kami sekeluarga terpaksa menghantar baju kotor ke dobi dan makan di restoran-restoran berdekatan," katanya dalam nada kesal.

Penuntut yang hanya mahu dikenali sebagai Asgarpour, 31, dari Iran pula berkata, sejak ketiadaan air di situ menyebabkan dia hanya mandi sekali sehari.

"Makan dan minum semuanya di luar. Ini menyebabkan perbelanjaan kami sekeluarga terjejas memandangkan saya merupakan penuntut di sini.

"Jika saya bekerja mungkin masalah ini tidak terlalu membebankan," ujar penuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Penyelaras MCA Parlimen Serdang, Datuk Liew Yuen Keong mendesak pihak Syabas dan kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah tersebut memandangkan Selangor merupakan antara negeri yang pesat membangun dan masalah seperti itu tidak seharusnya berlaku.

"Saya difahamkan bukan sahaja Belimbing Heights yang menghadapi masalah air tetapi Flat Seri Pulai, Taman Sungai Besi Indah dan beberapa kawasan lain. Harap Syabas dan kerajaan negeri selesaikan masalah ini," katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan