Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 12 Jun 2012

Forum Air Selangor : Mengapa MB Khalid Takut Dengan BN?




Barisan Nasional (BN) tetap akan menghantar wakil ke Forum Air Selangor, hari ini walaupun tidak menerima jemputan rasmi oleh Kerajaan Negeri.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, walaupun pihaknya sering mengutarakan isu berkaitan krisis air di negeri ini, beliau pelik tidak dijemput ke forum berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu.

Menurutnya, jika Kerajaan Negeri menjemput BN Selangor sebagai salah seorang panel, beliau sendiri akan memberi kerjasama untuk hadir dalam program berkenaan.



“Walaupun mereka tidak hantar jemputan kepada kita, namun BN Selangor akan hantar wakil untuk bertanyakan soalan dalam Forum Air itu nanti.

“Kita akan memberi hujah-hujah bernas termasuk senario sebenar krisis air di negeri ini,” katanya dalam sidang media, di bangunan Umno Selangor, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada pihaknya menerima jemputan menghadiri Forum Air Negeri Selangor yang dianjurkan Kerajaan Negeri.



Menurutnya, isu mutu air rendah berlaku kerana sikap Kerajaan Negeri tidak memantau kilang-kilang yang beroperasi di pesisir sungai di Negeri Selangor.

“Tiada tindakan tegas dikenakan menyebabkan sisa-sisa kilang terus dibuang ke dalam sungai tanpa dirawat terlebih dahulu.

“Malah, Kerajaan Negeri juga membekukan Perbelanjaan Modal (Capex) syarikat konsesi dan menyebabkan kerja-kerja penukaran paip lama yang berkarat atau rosak tidak dapat dilakukan,” katanya.-UMO

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen