Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 7 Jun 2012

Hakikat Yang Sebenarnya, Pakatan Rakyat Masih ‘Sayangkan’ PTPTN?




Pelik tapi benar, tetapi itulah hakikatnya. Kalau sebelum ini mereka menggunakan pelajar-pelajar yang tercicir untuk berdemo untuk ‘menghapuskan’ PTPTN, kini mereka meroyan pula mahukan pelajar-pelajar yang mahu belajar di Pusat Pengajian Tinggi kepunyaan mereka diberikan pinjaman PTPTN?

Pihak pembangkang yang sebelum ini bersuara mahu menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kini seolah-olah "mendesak" mahukan kemudahan itu dikekal dan diteruskan. Seolah-olah mereka mahu menjilat semula ludah mereka!

Sekarang mereka bising mahukan PTPTN, dalam sekelip mata mereka tukar belang! Kini kelihatan semua pihak mahu PTPTN diteruskan dan mengambil pinjaman daripada perbadaan tersebut dan nampaknya boleh dikatakan semua nak PTPTN dan mahu pinjam dari PTPTN?



Mengapa secara tiba-tiba mereka berubah! Adakah mereka merasakan yang mereka tidak mampu memberikan pendidikan percuma di PPTS yang dikuasai mereka! Atau adakah mereka populis?

Antara pemimpin-pemimpin PKR yang ‘panas punggung’ termasuklah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar-pelajar Universiti Selangor ( Unisel ).

Umum mengetahui Unisel adalah terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled.

Semalam, Pengarah Strategi Lembu PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel.

"Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?

"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau.

Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel.

Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.



Debat politik itu cerita lain tapi kalau sampai sekat ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak prihatin kerana Unisel adalah sebuah universiti tempatan yang kebanyakan pelajar adalah dari kawasan luar bandar termasuk dari Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak, mereka mahu belajar, kenalah bantu," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Exco petang tadi.

Menurut beliau, ini bukan soal pinjaman tetapi tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyat.

Adakah MB Khalid sudah lupa siapa yang mengheret pelajar ke kancah politik sebelum ini? Siapa yang sebenarnya menghasut para pelajar supaya menghapuskan pinjaman PTPTN? Siapa yang mengasut supaya pelajar jangan membayar semula pinjaman PTPTN mereka. Kalau bercakap jangan macam meludah kelangit, akhirnya terpercik kemuka sendiri!



Kalau sudah merasakan kerajaan negeri mampu memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar baru, mengapa tidak dimulakan di UNISEL! Bukankah Unisel boleh hapuskan yuran, dengan sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma PTPTN yang dilaungkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat!

Berjanji memang senang, bila gagal tunaikan nak salahkan pihak lain pula? Teruknya minda para pemimpin pembangkang ini. Yang mereka tahu cuma nak membangkang saja..hamPAS..!!!

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan