Terima kasih kerana mengundi BN
Jumaat, 1 Jun 2012
Azmin, isteri didakwa miliki aset RM30j!
UMMI Hafilda Ali menunjukkan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 Oktober 1999 yang memaparkan Anwar Ibrahim mengawal selia akaun RM3 bilion semasa sidang media khas berhubung pembabitan Azmin Ali berkaitan pemilikan aset di Damansara, Petaling Jaya, semalam. Gambar kecil salinan slip bank tertera nama Azmin Ali bagi urusan kewangan di sebuah bank pada 1992.
Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM3O juta.
Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer saham, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.
Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya jika dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut.
Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.
Menurutnya, kekayaan tersebut adalah mustahil diperoleh oleh pasangan suami isteri tersebut kerana gaji Azmin sebagai setiausaha sulit Anwar adalah sekitar RM3,000 manakala Shamsidar hanya suri rumah.
''Kalau tengok setiap saham yang dibeli adalah ratusan ribu dan kalau dijumlah nilai saham syer berdasarkan dokumen di tangan saya, kesemuanya hampir RM30 juta.
''Selain itu dokumen berkenaan turut membuktikan 90 peratus daripada pegangan saham tersebut adalah atas nama Shamsidar manakala 10 peratus sahaja nama Azmin,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ini merupakan pendedahan kedua melibatkan dakwaan Azmin dan Shamsidar memiliki kekayaan luar biasa.
Semalam, pengendali portal pro pembangkang, Raja Petra Kamaruddin turut berbuat demikian dengan mendedahkan bukti pemilikan saham oleh Shamsidar bernilai lebih RM7 juta. Beliau juga mendedahkan, aset Azmin dan Shamsidar yang berjumlah jutaan ringgit merangkumi rumah banglo, kereta mewah dan pemilikan saham.
Sementara itu, Ummi Hafilda turut mendakwa memiliki beberapa salinan asal resit deposit bank yang mana salah satunya berjumlah RM500,000.
Beliau juga mendakwa memiliki salinan penyata bank yang menunjukkan Shamsidar mempunyai simpanan sebanyak RM8 juta manakala Azmin memiliki lebih RM800,000 sekitar tahun 1994. Selain itu, Ummi Hafilda turut mendakwa Azmin dan Shamsidar berbelanja mewah untuk membeli perabot dan tilam berjenama yang bernilai puluhan ribu ringgit.
''Saya beri tempoh kepada Azmin membuat laporan polis fitnah jenayah ke atas saya kalau semua ini palsu, semua ini propaganda dan semua ini politik kotor UMNO,
'''Tetapi kalau selepas 14 hari masih tiada tindakan itu, saya akan membuat laporan kepada pihak polis komersial di Bukit Aman atas segala penyalah gunaan kuasa dan penyelewengan yang berlaku,'' katanya.-UMO
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan