Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 18 Jun 2012

Anwar mula kepanasan : Murad sahkan akuan bersumpah?



Setelah sekian lama membisu berhubung isu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk semasa menjadi Menteri Kewangan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mengesahkan akuan berkanun yang dibuat beliau 13 tahun lalu adalah benar.

Abdul Murad yang selama ini didesak pelbagai pihak supaya tampil menjelaskan perkara tersebut selepas didedahkan media berkata, beliau memang membuat akuan berkanun pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion membabitkan Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada masa sama, beliau yang dalam akuan berkanunnya mengakui membayar lebih RM120 juta kepada kroni dan organisasi tertentu atas arahan Anwar memberitahu, bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki.

"Saya dengan ini mengesahkan ada membuat akuan bersumpah pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion yang saya percaya melibatkan Anwar. Saya juga telah memberi keterangan yang diminta pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.



Isu Anwar mengawal 20 akaun induk dengan menggunakan kroni-kroninya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kembali hangat selepas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mengesahkan abangnya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali memiliki kekayaan luar biasa berjumlah RM30 juta.

Kekayaan Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dipercayai ada kaitan dengan Anwar kerana ketika tahun 90-an iaitu semasa menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri, beliau yang bergaji RM2,442 sebulan sudah memiliki aset bernilai jutaan ringgit sehingga disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Malah, Abdul Murad sendiri dalam akuan berkanunnya itu secara jelas mengaitkan nama Shamsidar apabila mendakwa isteri Azmin tersebut dibayar gaji lumayan dan disediakan sebuah kereta lengkap dengan pemandu walaupun pada kebanyakan masa wanita itu tidak perlu ke tempat kerja.

Dalam akuan berkanun sama juga, beliau mendakwa Anwar telah mengarahkannya melaksanakan eksesais korporat yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni serta membersihkan hutang mereka dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan menggunakan pengaruh Bank Negara Malaysia (BNM).

Antaranya, dakwa Abdul Murad, eksesais korporat melibatkan pengambilalihan Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak yang dijual kepada Malaysia Resources Corporation Bhd. (MRCB) atas arahan Anwar sebelum menyuntik konsesi itu ke dalam Malakof Berhad.

Sementara itu Ummi hargai jasa Murad rungkai tanda tanya!

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali yakin pengakuan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung akuan berkanun 20 akaun induk yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah atas dasar pengorbanannya untuk negara, agama dan bangsa.

Beliau berkata, tindakan Abdul Murad itu pastinya akan lebih memudahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

"Bagi saya, bukan mudah untuk Abdul Murad yang pernah memegang jawatan penting satu ketika dahulu bertindak membuka pekung di dada, apatah lagi perkara ini melibatkan etika kerjayanya.

"Kita tidak boleh terus menyalahkan beliau, ia tidak adil kerana mengenali Anwar, kemungkinan sewaktu itu, Abdul Murad menerima pelbagai ancaman berbanding hari ini beliau lebih selesa menceritakan perkara sebenar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Abdul Murad hari ini mengesahkan beliau ada membuat akuan berkanun pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion yang dipercayai melibatkan Anwar yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri selain bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ummi Hafilda pula kelmarin, menyerahkan bukti baru berkaitan pemilikan 20 akaun itu serta bukti berkenaan kekayaan luar biasa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali kepada SPRM.

Menurut Ummi Hafilda, rakyat Malaysia sepatutnya menghargai jasa Abdul Murad itu apabila beliau dilihat benar-benar bersedia merungkai satu tanda tanya yang sepatutnya diketahui oleh rakyat selama ini.

Katanya, bagi rakyat yang mungkin masih tertanya-tanya kebenaran berhubung perkara itu perlu memberi lebih perhatian kerana apa yang dilakukan Abdul Murad merupakan satu pengorbanan besar.

"Saya percaya dalam usianya sekarang, Abdul Murad lebih matang dan bertanggungjawab menceritakan kebenaran. Mungkin dahulu, beliau muda dan mudah terpengaruh tetapi hari ini beliau telah sedar siapa yang perlu diutamakan iaitu rakyat," katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen