Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 20 Mei 2012

Gempar..!!! Skandal terbaru Anwar?


Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mahu Anwar Ibrahim menjawab apakah hubungan beliau dengan seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sehingga dipercayai meminta pelajar lelaki itu mengirimkan 'gambar luar biasa' kepadanya.

Ahli Majlis Syura TIBAI, Abdul Ghani Haron yang mendedahkan perkara itu berkata, gambar dimaksudkan Ketua Pembangkang berkenaan adalah gambar lelaki itu tanpa berpakaian.

Berdasarkan maklumat kukuh yang didapati, katanya, Anwar tidak pernah mengenali lelaki berusia 20-an itu, malah, tidak juga mempunyai sebarang urusan berkaitan pekerjaan mahupun kekeluargaan, sebaliknya, sekadar mengenalinya menerusi laman sosial.

"Justeru, apakah tujuan beliau meminta gambar seperti itu? Mungkin hanya Anwar yang tahu kerana tanpa segan-silu beliau meminta lelaki itu mengirimkan gambar tidak pakai baju dan meminta supaya bekas pelajar universiti itu jangan segan-segan dengannya.

"Tetapi, yang pasti saya sanggup bersumpah bahawa Anwar sedang 'mengurat' lelaki itu sejak tahun lalu sehingga ke hari ini. Saya boleh bongkarkan siapa budak ini, anak siapa dia, pernah belajar di mana serta jurusannya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Ghani yakin, orang ramai pastinya keliru dengan pendedahan tersebut.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa dalam kes liwatnya sebelum ini, Ketua Pembangkang tersebut masih belum menyahut cabaran sumpah laknat walaupun digesa oleh banyak pihak.

Sehubungan itu, Anwar sekali lagi dicabar untuk melakukan sumpah laknat bahawa beliau tidak pernah mengenali bekas pelajar tersebut dalam apa-apa rangkaian sekalipun.

"Saya bersedia untuk membongkarkan kisah Anwar dan pelajar lelaki berkenaan. Tetapi saya juga mahu Anwar menyahut cabaran untuk melakukan sumpah laknat menafikan pendedahan ini, jika beliau katakan ini satu lagi pembohongan.

"TIBAI akan mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi ceramah-ceramah kelab ini akan datang. Saya yakin, Anwar kenal siapa lelaki ini, kerana dia telah berkali-kali menghubungi bekas pelajar tersebut dalam pelbagai rangkaian telekomunikasi," katanya..!!!

Wasabi Oyabun..

2 ulasan:

  1. Kami mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah, hutang selesai. Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

    Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

    Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..



    Jika adik2 semua tak yakin, buktikan video dibawah adalah tidak benar

    http://www.youtube.com/watch?v=TtEnNzCwXCk&feature=player_embedded




    Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
    1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
    2~BUKTI 2 * (HOT)
    3~BUKTI 3
    4~BUKTI 4
    5~BUKTI 5 * (HOT)
    6~BUKTI 6
    7~BUKTI 7
    8~BUKTI 8
    9~BUKTI 9
    10~BUKTI 10

    ~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



    p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Adik Sayang'

    BalasPadam
  2. bukan saya tak mahu sokong PR, tapi asyik melanggar undang2 saja dan menghuru harakan dan asyik2 demonstrasi yang mengotorkan bandaraya dan merosakan harta benda, sila patuhi undang2 dan terima saja keputusan secara gentleman PRU akan datang, kalau asyik2 demonstrasi tak minat lah saya langsung pada PR kecuali yang sama sejenis dan sewaktu dengan kaki menghuru harakan negara. Terima Kasih!

    BalasPadam