Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 5 Mei 2012

TIBAI gelar Azmin 'dayus, bacul'!


Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) menggelar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sebagai 'dayus dan bacul' ekoran kegagalannya untuk hadir pada majlis sumpah laknat yang dijadual diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Negara di sini hari ini.

Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Azmin sepatutnya menggunakan peluang itu untuk membersihkan dirinya daripada dikaitkan dengan gambar-gambar aksi seks oral seperti yang disiarkan oleh beberapa laman blog.

Selain itu menurutnya, Ahli Parlimen Gombak terbabit juga bertanggungjawab membersihkan maruah isterinya, Shamsidar Taharin serta anak-anak mereka yang amat memerlukan perlindungan seorang suami dan ayah.

''TIBAI amat kesal dengan kegagalan Azmin hadir pada majlis sumpah laknat hari ini walaupun saya telah membuat cabaran secara terbuka terhadap beliau, kelmarin. Saya yakin beliau dengar cabaran tersebut.

''Inilah gejala berbahaya 'LGBTD' iaitu lesbian, gay, biseksual, transgender dan dayus yang sedang melanda pembangkang," katanya pada sidang akhbar selepas solat Jumaat di Masjid Negara di sini hari ini.


Hadir sama ialah Ahli Majlis Syura TIBAI, Azwanddin Hamzah dan Hamidzun Khairudin.

Muhammad Zahid dan Ahli-Ahli Majlis Syura TIBAI menunggu selama 20 minit sebelum mengadakan sidang akhbar bagi mengecam kegagalan Azmin hadir pada majlis sumpah laknat itu.

Tambah Muhammad Zahid, Azmin seharusnya berani tampil untuk membersihkan dirinya di Masjid Negara iaitu lokasi yang sering dijadikan tumpuan peserta perhimpunan Bersih.

''Sehubungan itu, saya sekali lagi mencabar Azmin untuk hadir pada program Siri Jelajah TIBAI di Pinggiran Batu Caves, Gombak pada 10 Mei ini, pukul 8.30 malam," ujarnya.

Kata beliau, pemimpin pembangkang itu perlu berani bersemuka dengan orang ramai di Parlimen Gombak yang diwakilinya bagi memberi penjelasan tentang isu gambar panas tersebut.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan