Terima kasih kerana mengundi BN
Rabu, 2 Mei 2012
Azmin nafi terlibat skandal seks?
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dalam skandal seks dengan seorang wanita seperti disiarkan beberapa blog semalam.
Menerusi satu kenyataan akhbar yang dipetik dalam blognya, Azmin bertindak mengaitkan UMNO dalam penyebaran fitnah berkenaan.
‘‘Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelik ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.
‘‘Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ia adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,’’ katanya.
Semalam, dua laman blog iaitu papagomo.com dan stopthelies.my mendedahkan mengenai skandal seks dua pemimpin utama pembangkang daripada dua parti yang berbeza.
Paling mengejutkan pendedahan blog papagomo.com yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.
Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.
Ini merupakan kali kedua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikaitkan dengan skandal seks. Sebelum ini Penasihat parti itu, Anwar Ibrahim dikaitkan dengan rakaman video lucah bersama seorang pelacur. Bagaimanapun, Anwar menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia konspirasi politik bagi menjatuhkan beliau.
Persoalannya disini adalah jika Azmin cuba menafikan, bagaimana pula dengan gambar berikut!
Baju Azmin Ali berkempen sama dengan gambar skandal seks yang dinafi keras olehnya!
Selepas diubahsuai maka gambar di atas ini disusun untuk memudahkan anda menilai benar atau tidak gambar tersebut. Mengapa hanya Anwar dan Azmin sahaja yang menjadi mangsa! Ini membuktikan bahawa memang ada musuh dalam PKR sendiri yang mahu menjatuhkan beliau.
Jangan semata-mata mahu salahkan Umno dan BN, tetapi muhasabahlah diri sendiri. Kamu sendiri yang melahirkan ramai musuh-musuh kamu baik dari dalam ataupun sebaliknnya. Dan satu lagi jika sudah dilakukan DNA terhadap anak kamu maka sila siarkan laporannya dengan segera.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan