Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 27 Mei 2012

MB Khalid putar belit isu air lagi, kali ini nak gunakan air tasik pulak?



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini bertegas mempertahankan pendirian kerajaan negeri bahawa bekalan air mentah adalah lebih penting daripada bekalan air terawat sebagai persiapan Selangor menghadapi masalah kekurangan air pada masa hadapan.

Abdul Khalid turut mencadangkan agar air mentah yang disalurkan di Selangor diambil dari Tasik Kenyir di Terengganu yang mempunyai kedalaman melebihi 100 meter dan mempunyai kapasiti menyimpan air terbanyak di seluruh Semenanjung.

Katanya, penyaluran air mentah dari Tasik Kenyir adalah lebih rendah kosnya daripada menyalurkan air dari Sungai Pahang yang memerlukan pemasangan paip melalui Banjaran Titiwangsa dengan kos dianggarkan mencecah RM5 bilion.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penyerahan Surat Lanjutan Pajakan Tanah untuk 183 penduduk Shah Alam dan Surat Hak Milik Tanah untuk 27 peneroka tanah dari Bukit Cherakah, dekat sini.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar pada Jumaat yang mendakwa masalah kekurangan rizab air terawat di Selangor tinggal 2.4 peratus berbanding kadar sepatutnya pada 20 peratus serta bukannya kapasiti air mentah di semua empangan di Selangor.

Abdul Khalid berkata, kos memasang paip daripada Tasik Kenyir dianggarkan sekitar RM700 juta dengan memasang paip air bersebelahan dengan rangkaian paip saluran gas dari Terengganu ke Selangor, Pahang dan Johor yang sedia ada.

Tasik Kenyir seluas 369 km persegi mampu menakung 13.6 bilion meter padu air dibina bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik menerusi tenaga hidro. Stesen Janakuasa di Empangan Tasik Kenyir mampu menjana 400 megawatt tenaga untuk keperluan negara.

Komen : Setelah Khalid ditolak di Ijok, untuk PRU ke-13 ini nampak gayanya Khalid terpaksa beralih ke DUN Jeram pula. Katanya ramai kaum kerabatnya di sana! Jadi langkah pertama yang diambil ialah 'mengambil hati' penduduk Felda di Bukit Cerakah dahulu dengan memberikan mereka Surat Hak Milik Tanah kepada para peneroka disana? Mungkin Khalid dah tak boleh tahan dengan perang bendera di kawasan Jeram sekarang...!!!

Wasabi Oyabun..

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan