Terima kasih kerana mengundi BN
Jumaat, 25 Mei 2012
Di saat-saat akhir pemerintahan, MB Khalid tergagap-gagap semak semula Manifesto PRU-ke12?
Pakatan Rakyat sebenarnya buntu dalam usaha untuk menonjolkan kredibiliti sendiri disaat-saat terakhir pemerintahan mereka di Selangor. Sebab itulah PAS dan DAP mula menekankan MB Khalid Ibrahim untuk segera melunaskan janji-janji PRU ke-12.
Akibat gesaan dari rakan-rakan sebantal dalam Pakatan Rakyat, Khalid dengan tergagap-gagap dalam keadaan kelan kabut terpaksa menyemak semula janji-janji Manifesto 2008 kerana bahang PRU ke-13 sudah hampir menjelma!
Pelik tapi benar, kenapa apabila sudah hampir PRU ke-13 baru sekarang hendak mula menunaikan segala janji-janji lalu? Masih sempat ke MB Khalid untuk menunaikan lebih dari 8 janji-janji yang belum ditunaikan sebelum PRU ke-13 nanti!
Cerita sebenar yang memaksa Khalid Ibrahim bekerja keras untuk menunaikan segala janji adalah berpunca dari percanggahan yang terdapat di dalam Buku Jingga. Buku Jingga yang dianggap sebagai 'Kitab' Pakatan rakyat diharapkan sebagai mampu melupuskan janji-janji terdahulu dengan membentangkan janji-janji baru. Namun, tidak semudah itu rakyat diperdaya untuk menerima bulat-bulat segala janji di dalam Buku Jingga.
Rakyat mahu melihat apa yang Pakatan Rakyat janjikan pada 2008, sudah ditunaikan dengan sebenar-benarnya atau sekadar janji-janji tin kosong sahaja. Jika pimpinan Pakatan Rakyat tidak dapat melaksanakan segala janji dalam manifesto yang lalu, alamat berkuburlah Pakatan Rakyat di Selangor dan ianya akan menjadi panduan buat rakyat di lain-lain negeri yang dikuasai oleh pembangkang sekarang.
MB Khalid dalam satu kenyataan takut rakyat tuntut janji manifesto!
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mendakwa semua janji-janjinya pada manifesto pilihan raya umum 2008 sudah dilaksanakan tetapi tidak diumumkan dalam bentuk berita kerana khuatir pihak yang tidak sepatutnya menerima bantuan berkenaan datang menuntutnya.
"Sebenarnya kita sudah mulakan tapi kita tak keluarkan dalam bentuk berita. Sebab kita buat dahulu kadang-kadang salah satu sebab orang akan putar belitkan cerita," katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.
Beliau menjawap soalan mengapa masih ada lagi lapan janji pada manifesto pilihan raya umum Pakatan Rakyat pada 2008 lalu yang gagal dilunaskan sehingga kini. Antara janji-janji tersebut adalah pendidikan pra-sekolah percuma, elaun kepada ibu tunggal, elaun khas suri rumah dan pengurangan cukai pintu kediaman sebanyak 20 peratus.
Sebagai contoh, Abdul Khalid berkata pemberian wang kepada murid pra-sekolah juga telah dilaksanakan pelancarannya terlebih dahulu dan atas sebab itu pemberian wang tersebut dilakukan sekarang.
"Hal memberi duit pada tadika kita sudah ada program yang kita lancarkan. Kita lancar dahulu baru kita laksanakan dan selepas itu baru kita beritahu," katanya.
Menurut beliau, kerajaan negeri mengambil pendekatan sebegitu bagi memastikan semua janji tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.
"Kita takut orang yang tak sepatutnya terima akan datang kepada kita, sebab itu kita nak lihat dahulu agar dapat melaksanakannya dengan baik."
Selasa lalu, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin membidas kerajaan negeri Selangor kerana gagal menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihan raya 2008, termasuk gagal membela kanak-kanak tadika tetapi kini sibuk mahu memperjuangkan nasib pelajar universiti pula!
Kenyataan Khalid hari ini juga bercanggah dengan maklumat sebelum ini yang diterima dari Setiausaha Politik Menteri Besar, Fekah dimana beliau mengakui kerajaan Pakatan yang diterajui oleh PKR masih belum melunaskan lapan (8) janji dalam pilihan raya yang lalu.
Inilah cara bagaimana Khalid mengelak dan memberi pelbagai alasan dalam tergagap-gagap dan serba tidak pasti samada alasan bodoh macam ini boleh ke diterima rakyat? Dan cara inilah juga yang selalu kita dengar dari pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam mengalih kelemahan mereka kepada orang lain dalam menyelesaikan masalah mereka!
Persoalannya adalah mengapa sekarang baru mereka tergesa-gesa hendak laksanakan? Sempat ke lagi sebelum PRU-13 dan selama 4 tahun ini apa sebenarnya yang mereka buat?
Sebenarnya banyak lagi permasalahan yang belum dapat diatasi oleh Khalid Ibrahim dan diantaranya adalah kegagalan beliau mentadbir Selangor dengan terbangkitnya isu-isu sampah yang dianggap remeh dan mudah oleh rakyat, pun tidak dapat diselesaikan oleh Khalib Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Ini menyebabkan rakyat bangkit mempersoalkan apakah tahap kredibiliti Pakatan Rakyat untuk memtadbir Negara?
Lebih membuatkan rakyat bertambah marah apabila kisah alam sekitar semakin ‘hancur’ di dalam tangan Pakatan Rakyat. Ini dapat dilihat apabila perlombongan pasir secara haram di Paya Indah Wetland Dengkil dengan anggaran keuntungan RM350 juta. Hasil dari kerja haram ini pula dikaut oleh kroni Menteri Besar, Khalid Ibrahim sendiri.
Mungkin rakyat Selangor sudah lupa yang Pakatan Rakyat pada PRU 2008, telah berjanji akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%. Apakah janji-janji itu sudah ditunaikan sehingga sekarang ataupun sebaliknya? Dari bercerita untuk turun cukai itu dan ini, tiba-tiba cukai dan premium tanah pula dinaikkan!
Paling menyedihkan apabila rakyat Selangor sering tertipu dan terpaksa menanggung masalah yang berbangkit tanpa penyelesaian dari pihak berwajib? Ini adalah kerana Pakatan Rakyat yang diharapkan sering bertelagah sesama mereka dalam mempertahankan periuk nasi masing-masing. Dari mula mereka mengambil alih pemerintahan negeri Selangor sehinggalah sekarang, belum habis-habis kita mendengar perbalahan sesama mereka. Yang tersepit adalah rakyat sendiri!
Semasa pemerintah UMNO, walaupun dikutuk dan difitnah oleh Pakatan Rakyat dengan bermacam-macam dakwaan namun tiada pula kedengaran rakyat pergi menyerang Menteri Besar! Malah banyak keperluan asas rakyat tidak pernah terbantut atau terbengkalai tanpa pembelaan. Itulah perbezaan antara pemerintahan BN dan Pakatan Rakyat.
Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sanggup turun ke padang untuk mendekati rakyat dilihat lebih memberi keyakinan buat rakyat memberi sokongan terhadap UMNO dan BN berbanding dengan Pakatan Rakyat yang mana semua kaum berasa tertipu dengan sandiwara mereka yang tidak sudah-sudah. Sekarang Khalib Ibrahim cemas dan senak perut untuk menyemak semula janji-janji yang belum lagi ditunaikan? Sempat ke lagi MB Khalid..!!!
Wasabi Oyabun...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan