Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 22 Mei 2012

Rumah urut: Selangor buat keputusan esok!!!..Ronnie Liu angin satu badan..!!!




Kerajaan Selangor akan membuat ketetapan mengenai kegiatan rumah urut yang semakin berleluasa di negeri ini pada mesyuarat mingguan exco negeri esok.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri memandang serius isu itu dan akan mencari jalan terbaik bagi menanganinya termasuk kemungkinan mengadakan rancangan penempatan semula.

"Saya akan umumkan esok dan akan ada satu keputusan untuk mengatasi masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor 2012 di Muzium Sultan Alam Shah di sini hari ini.

Jumlah rumah urut yang semakin bertambah di Selangor membimbangkan banyak pihak terutama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mendakwa pusat-pusat urut tumbuh bagai cendawan sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.


Menurut mereka di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut dan lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam melaporkan bahawa di Kuala Selangor terdapat enam pusat urut beroperasi dalam satu kawasan perdagangan yang baru dibuka manakala pusat urut juga dibuka di kawasan luar bandar iaitu tiga di Sekinchan, Sungai Besar (dua) dan masing-masing satu di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.

Abdul Khalid bagaimanapun enggan mengulas gesaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini supaya menteri besar itu menyerahkan portfolio agama Islam yang dipegangnya kepada pemimpin PAS kerana kegagalan mengawal pertambahan rumah urut di Selangor.

"Kegiatan rumah urut di Selangor sudahpun berleluasa sebelum tahun 2008 lagi," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Khalid berkata Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) yang bertanggungjawab menguruskan muzium negeri itu perlu mencari pendekatan untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Beliau berkata Padat perlu berusaha menjadikan muzium sebagai mesra pengunjung dengan pelbagai aktiviti yang menarik termasuk memikirkan pameran yang lebih moden serta terkini seperti inovasi gajet termasuk i-Pad.

"Kalau boleh fikirkan cara supaya orang ramai dapat rasakan setiap kali mengunjungi muzium, mereka akan rasa seronok dan hilang tekanan," katanya. - Bernama

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan