Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 13 Mei 2012

Peguam pun pakai 'pengundi hantu' - Ahli mahu saman Majlis Peguam!


Seorang ahli Majlis Peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz akan memfailkan saman terhadap Majlis Peguam bagi memohon deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Luar Biasa pertubuhan yang diadakan semalam sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan berkata, sekiranya tindakan undang-undang diambil, maka kelulusan resolusi Majlis Peguam yang mengecam tindakan polis terhadap peserta perhimpunan haram, Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara pada 28 April lalu juga akan terbatal.

''Saya melakukan ini kerana mendapati Majlis Peguam gagal sama sekali bertindak sebagai badan yang profesional apabila semalam dalam tempoh kurang lima jam dengan jelas telah memaparkan terlibat dalam ciri-ciri skandal pembohongan, bias, berada dalam kedudukan yang diragui dan banyak lagi.

''Maka, saya nekad memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Isnin ini. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat sebarang keputusan dan perintah,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, seramai 1,270 ahli Majlis Peguam menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa pertubuhan itu dengan 939 undi menyokong resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta Bersih 3.0 manakala 16 lagi membantah.

Khairul Azam berkata, antara alasan utama membuatkan beliau mahu mengambil tindakan undang-undang tersebut kerana yakin jumlah peguam yang hadir pada mesyuarat semalam tidak mencapai korum 500 peguam yang merupakan syarat sah untuk sesuatu mesyuarat agung dan resolusi dilaksanakan.

Ini kerana beliau mendapati, jumlah hadirin yang kononnya 'ahli majlis' telah bercampur dengan pelatih dalam kamar iaitu jika mengikut syarat, mereka tidak dibenarkan untuk mengundi selain wujud satu lagi kumpulan individu yang tidak pasti tentang status kelayakan mereka.

Turut menjadi kemusykilan, katanya, terdapat beberapa wartawan dan orang awam menyeludup masuk ke dalam dewan sebagai 'peguam'.

''Saya bertindak menyuarakan perkara tersebut kepada Presiden, Lim Chee Wee. Beliau dalam jawapannya semalam berkata, ini sememangnya menjadi amalan kebiasaan setiap kali Mesyuarat Agung Majlis mahupun Badan Peguam sejak sekian lama dan meminta saya untuk membiasakan dengan 'tradisi' tersebut.

''Saya meragui perjalanan mesyuarat itu mengikut peruntukan Seksyen 65 (4A) Akta Profesion Undang-Undang 1976 iaitu berkaitan korum. Apatah lagi apabila proses pengundian meluluskan resolusi, mereka yang bukan peguam turut mengangkat tangan menyokong,'' katanya.

Khairul Azam mendakwa, berikutan insiden semalam, Majlis Peguam di bawah pengurusan Chee Wee bukan lagi satu badan profesional kerana telah secara jelas mengamalkan penipuan dengan membawa masuk 'pengundi hantu'.

Beliau mencabar Chee Wee mengadakan semula satu mesyuarat tergempar dengan memanggil kesemua 14,000 ahli majlis bagi membuat tayangan video penuh tentang perhimpunan Bersih 3.0 bagi mendapatkan satu keputusan resolusi yang adil dan bukannya mempertontonkan video yang hanya memaparkan pergaduhan antara peserta Bersih dengan polis seperti yang ditayangkan semalam!

Sementara itu Perkasa sokong tubuh Majlis Peguam baru!

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyokong cadangan mewujudkan Majlis Peguam baru di negara ini memandangkan Majlis Peguam sedia ada dilihat "gagal memainkan peranannya secara profesional".

Beliau berkata majlis peguam sedia ada bukan sahaja tidak beretika dan berat sebelah malah tidak langsung menunjukkan sikap profesionalismenya ketika mendepani isu-isu semasa negara.

"Pandangan badan ini sentiasa memihak kepada (pembangkang). Ini tidak bererti saya meminta mereka menyokong kerajaan. Tetapi mereka kena bersifat profesional. Kalau dia sokong kerajaan semata-mata pun saya tidak setuju. Majlis Peguam perlu dilihat lebih profesional dan bebas," katanya.

Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Perkasa Pribumi Sabah, Gabungan Pantai Timur Sabah yang turut dihadiri Naib Presiden Perkasa yang juga Yang Dipertua Perkasa Sabah Datuk Dr Mohd Jeffry Osman di sini hari ini.

Menurut Ibrahim sikap tidak profesional Majlis Peguam berkenaan sudah lama berlaku dan terbaru Majlis Peguam berkenaan begitu terburu-buru mengeluarkan laporan berhubung perhimpunan Bersih 3.0 tanpa membuat siasatan rapi mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:

  1. JAKIM Bersama UMNO - Gandingan Mantap MEDIA PRIMA dan UTUSAN PORNO membuahkan hasil. Lihat sendiri BUKTI 'Transformasi Besar Kpd Generasi Muda' telah berjaya!

    Usaha Berkesan TV3
    1~BUKTI 1 * (HOT)
    2~BUKTI 2 * (HOT)
    3~BUKTI 3
    4~BUKTI 4
    5~BUKTI 5 * (HOT)

    Usaha Berkesan Utusan Malaysia
    1~BUKTI 1
    2~BUKTI 2
    3~BUKTI 3


    Sumpah Aku Akan Lingkupkan Putrajaya Jika Generasi Muda Terengganu Tidak Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
    (Bukti kukuh)
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155

    BalasPadam