Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 6 Jun 2014

Kritik JAIS: Khalid ambil mudah isu akidah umat Islam di Selangor?


Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana menyerbu satu majlis perkahwinan di sebuah kuil di Petaling Jaya, Ahad lalu menunjukkan beliau memandang mudah isu membabitkan hal ehwal akidah umat Islam.

Presiden Ikatan Musli­min Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, sebagai orang Islam, Abdul Khalid perlu menyokong dan mempertahankan tindakan JAIS demi kesucian Islam dan bukannya mempersoalkan tindakan itu.

"Tindakan JAIS dalam serbuan tempoh hari adalah wajar kerana kita kini berdepan dengan situasi yang bercelaru kesan daripada kegiatan mempromosi pluralisme agama yang merisaukan umat Islam.

"ISMA menganggap JAIS ada kepekaan yang tinggi dalam perkara yang melibatkan soal akidah orang Islam di Selangor berbanding Menteri Besarnya yang tidak sensitif dalam isu ini. Sepatutnya kita akan lebih risau jika JAIS tidak melakukan apa-apa tindakan kerana takut dicemuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan tindakan JAIS menyerbu dan menahan seorang wanita yang menggunakan nama Melayu dan disyaki beragama Islam ketika melangsungkan perkahwinan di sebuah kuil itu tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP).

Dalam kejadian Ahad lalu, kira-kira 50 tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan di kuil di Jalan SS 1/25, Petaling Jaya dikejutkan dengan kehadiran empat penguat kuasa JAIS dan 10 anggota polis.

Semakan terhadap MyKad pengantin perempuan itu menunjukkan dia merupakan seorang Islam dan JAIS membawanya untuk disiasat sebelum dibebaskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam turut mempertahankan tindakan JAIS yang dilihat lebih arif dalam melaksanakan tugas ketika melakukan serbuan di kuil berkenaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd. Hassan berkata, tindakan JAIS adalah tepat memandangkan maklumat yang diperoleh jelas menunjukkan pengantin perempuan itu didaftarkan oleh bapanya sebagai Islam.

"Dalam hal ini, kita nasihatkan Menteri Besar Selangor supaya tidak cuba menjadi 'hero' dan mengkritik JAIS kerana beliau tidak perlu mencampuri urusan berkaitan agama Islam.

Biarlah JAIS bertindak mengikut bidang kuasa yang ada," katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan