Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 16 Jun 2014

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor Boneka Kristian?


Jawatan yang sedang disandang datang bersama tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang memangku jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor perlu menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sikap beliau yang mendiamkan diri dalam isu Bible dalam Bahasa Malaysia telah mengguris hati umat Islam di Selangor.

Baru-baru ini, peguam Negara Abdul Gani Patail telah menutup kes itu. Namun sebagai umat Islam kita perlu terus berjuang. Kes ini masih boleh diteruskan. Keputusan peguam Negara itu bagi sesetengah pakar dan pengamal undang-undang bukanlah sesuatu yang mutlak. Masih ada banyak ruang dan cara yang boleh digunakan untuk mempertikai dan menukar keputusan tersebut.

Kita perlu tahu bahawa pendakwaan masih boleh dijalankan mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988. Berdasarkan peruntukan berkenaan sebelum ini maka Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu. Enakmen ini juga boleh dikuatkuasa dan digunakan untuk membuat pendakwaan pendakwaan.

Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 ini telah berkuatkuasa lebih daripada 25 tahun yang lalu. Walaupun begitu setakat ini belum pernah sekalipun pesalah dibawa ke muka pengadilan. Namun pihak yang cuba mempolitikkan isu ini telah bertindak melampaui batasan maka sudah sampai masanya peruntukan dalam enakmen ini digunakan.

Sebenarnya amat jelas pihak Persatuan Bible Malaysia (BSM) memiliki naskhah Bible terbabit dan berkemungkinan yang cukup tinggi untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada orang Islam. Dengan ini mereka boleh disabitkan dengan kesalahan pengembangan agama bukan Islam terhadap orang Islam yang menggunakan bahasa Melayu.

Sememangnya satu perkara yang amat malang kepada umat Islam di Selangor yang bermenteri besar seorang Muslim dengan sebahagian daripada anggota exconya yang juga muslim dan merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor namun jelas tidak dapat mempertahankan Islam dalam konteks pentadbiran negeri. Kepatuhan melampau mereka terhadap DAP dengan sendiri mencemarkan kedaulatan dan maruah Islam.

Wasabi Oyabun...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan