Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 7 Jun 2014

Tidak ada bahagian Masjidil Haram runtuh?


Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meminta rakyat di negara ini tidak terpedaya dengan dakwaan yang tersebar bahawa ada bahagian Masjidil Haram runtuh dalam kejadian baru-baru ini.

Sebaliknya kata Abdul Azeez, yang berlaku ialah insiden rempuhan apabila orang ramai berasak-asak mahu melihat ke dalam Kaabah apabila pintunya dibuka semasa struktur itu dicuci.

"Saya terima laporan daripada pihak Lembaga Tabung Haji tiada bangunan yang runtuh. Ia nya adalah hari mencuci Kaabah dan pintu Kaabah dibuka. Jadi orang ramai berpusu-pusu untuk lihat proses itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian menyebabkan empat orang cedera namun tidak membabitkan rakyat Malaysia.

"Saya harap rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan laporan tidak benar yang tersebar di laman sosial," katanya yang ditemui disini hari ini.

Abdul Azeez diminta mengulas kejadian yang berlaku di Makkah , termasuk dakwaan terdapat bahagian Masjidil Haram yang runtuh.

Proses mencuci Kaabah termasuk bahagian dalam dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen