Terima kasih kerana mengundi BN
Ahad, 8 Jun 2014
Ahli keluarga lancar dana cari MH370?
Ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari beberapa buah negara, bakal melancarkan kempen kutipan dana untuk mengumpul sebanyak AS$5 juta (RM16 juta) bagi memulakan satu lagi siasatan baharu berhubung kehilangan pesawat itu sejak Mac lalu.
Menurut laporan USA Today, sebanyak AS$3 juta (RM9.6 juta) daripada kutipan itu akan diperuntukkan sebagai ganjaran kepada mana-mana individu atau pihak yang mempunyai maklumat penting tentang kehilangan MH370.
Bakinya iaitu sejumlah AS$2 juta (RM6.4 juta) lagi bakal digunakan bagi membiayai pasukan penyiasat peribadi bagi memeriksa petunjuk baharu berkaitan insiden tersebut.
Kempen yang digelar sebagai Reward MH370: The Search for the Truth itu akan secara rasmi dilancarkan Isnin ini menerusi laman web pembiayaan ramai, Indiegogo yang sebelum ini tidak membenarkan kutipan dana bagi tujuan ganjaran.
Menerusi kempen itu, mereka mensasarkan kutipan minimum sebanyak RM16 juta.
Kempen itu bagaimanapun hanya membabitkan ahli keluarga penumpang dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Perancis, India dan New Zealand.
Ketika menjelaskan tentang langkah itu, Sarah Bajc yang kehilangan teman lelakinya, Philip Wood berkata, agak penting untuk mempertimbangkan kegagalan pihak berkuasa mengesan pesawat tersebut setakat ini.
"Kami mengambil pertimbangan dengan cara kami sendiri. Tiada bukti boleh dipercayai yang mengatakan pesawat itu berada di sekitar Lautan Hindi. Saya yakin bahawa ada pihak yang sedang menyembunyikan sesuatu," kata Bajc kepada USA Today.
Walaupun Bajc mungkin tidak keseorangan dengan pendiriannya itu, kesemua dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak berkuasa yang mengendalikan usaha pencarian.
Ketika Bajc berharap dan percaya tentang pentingnya langkah alternatif dilaksanakan, dia turut memberi amaran kepada penderma bahawa walaupun sekiranya kempen itu dibiayai sepenuhnya, keputusan adalah tidak dijamin.
"Dana sebanyak RM6.4 juta bagi khidmat siasatan tidak akan bertahan lama. Pihak berkuasa bertanggungjawab membelanjakan lebih AS$100 juta (RM320 juta) dan mereka tidak mendapat apa pun.
Namun, kita tidak akan menggunakan pendekatan mencari dengan bot, sebaliknya menggunakan pendekatan perisikan manusia," tambah Bajc. - AGENSI
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan