Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 25 Jun 2014

MEMALUKAN KELAB, NEGARA DAN KELUARGANYA - SCHOLES?


Lagenda England Paul Scholes berkata Luis Suarez telah memalukan kelab, negara dan keluarganya kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini.

Dalam tulisan di blog Paddy Power-nya, Scholes berkata penyerang Uruguay itu telah "memalukan kelab, negara dan keluarganya"

"Perasaannya akan menjadi teruk pada hari ini, dan ia adalah insiden memalukan kerana dia adalah pemain besar.

"Orang akan kenang perangai Suarez menggigit di Piala Dunia dan bukannya keupayaan terhebat bola sepaknya," katanya.

Scholes turut berkata, walaupun mengharamkan pemain Liverpool itu sepanjang Piala Dunia ia adalah masih tidak mencukupi.

Suarez turut berdepan panggantungan panjang daripada FIFA selepas tindakannya itu pada aksi kumpulan D menentang Itali awal pagi tadi.

Pada awalnya Suarez dilihat cuba menanduk Chiellini ketika berada di kawasan penalti Itali pada kedudukan 0-0 dan Uruguay nyaris-nyaris tersingkir dalam saingan Piala Dunia.

Bagaimanapun, ulangan video menunjukkan Suarez cuba menggigit Chiellini, sementara pemain Itali itu juga mengesahkan dia digigit apabila melondehkan baju bagi menunjukkan bukti kesan gigitan.

Ia adalah kejadian kali ketiga Suarez menggigit pemain lawan, bermula episod di Belanda ketika bermain bersama Ajax, sebelum insiden dengan pemain Chelsea Branislav Ivanovic pada April yang mengakibatkan Suarez digantung 10 perlawanan.

Wasabi Oyabun.

Ahad, 22 Jun 2014

Pas Selangor rakus politik?


Orang Melayu khususnya di negeri ini tidak lagi boleh bergantung kepada Pas untuk mempertahankan kesucian Islam berikutan pemimpin parti itu seolah-olah terlalu rakus berpolitik.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin Pas dilihat lebih mementingkan kuasa daripada menjaga maruah Islam yang dihina atau dipersendakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, desakan beberapa pemimpin Pas negeri supaya kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dikurangkan secara jelas membuktikan mereka seperti rela orang Melayu dan Islam diperlekehkan.

"Di Selangor, Pas tidak ubah seperti menang sorak kampung tergadai. Tidak hairanlah apabila sekutunya, DAP kini semakin naik tocang (berlagak) kerana Pas bersekongkol dengan mereka sehingga berani memperlekeh Islam dan orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Perguruan Pencak Silat Cemandi Bagan Terap di Sungai Besar di sini malam tadi.

Pada majlis yang dihadiri hampir 2,000 orang yang majoritinya penduduk setempat itu juga, beliau melancarkan penubuhan Perkasa Parlimen Sabak Bernam.

Yang hadir sama ialah Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya; Pengerusi Perkasa Parlimen Sabak Bernam merangkap Pengerusi Perguruan Pencak Silat Cemandi Bagan Terap, Abd. Razak Mohd. Ghazali; Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar, Kamarul Zaki Abd. Malik dan Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor, Datuk Jamal Yunos.

Rabu lalu, empat Ahli Parlimen dari Pas Selangor mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri ini dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

Mereka ialah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Ibrahim menambah, sepanjang dua penggal pakatan pembangkang mentadbir Selangor, hampir tiada kesan pembaharuan terhadap kemajuan Islam dapat dilihat.

"Apa perjuangan Pas di Selangor? Tidak lain dan tidak bukan hanya menjadi pak turut kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," tegasnya.

Jelas beliau, tidak salah jika rakyat terutama orang Melayu mahu membuat perubahan politik tetapi hasil tindakan tersebut seharusnya dapat memberi lebih kebaikan dan manfaat kepada mereka, bukan sebaliknya.

"Jika Pas berterusan mengamalkan dasar perjuangan sempit sebegini, tidak hairanlah orang Melayu akan hancur suatu masa nanti," katanya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 16 Jun 2014

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor Boneka Kristian?


Jawatan yang sedang disandang datang bersama tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang memangku jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor perlu menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sikap beliau yang mendiamkan diri dalam isu Bible dalam Bahasa Malaysia telah mengguris hati umat Islam di Selangor.

Baru-baru ini, peguam Negara Abdul Gani Patail telah menutup kes itu. Namun sebagai umat Islam kita perlu terus berjuang. Kes ini masih boleh diteruskan. Keputusan peguam Negara itu bagi sesetengah pakar dan pengamal undang-undang bukanlah sesuatu yang mutlak. Masih ada banyak ruang dan cara yang boleh digunakan untuk mempertikai dan menukar keputusan tersebut.

Kita perlu tahu bahawa pendakwaan masih boleh dijalankan mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988. Berdasarkan peruntukan berkenaan sebelum ini maka Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu. Enakmen ini juga boleh dikuatkuasa dan digunakan untuk membuat pendakwaan pendakwaan.

Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 ini telah berkuatkuasa lebih daripada 25 tahun yang lalu. Walaupun begitu setakat ini belum pernah sekalipun pesalah dibawa ke muka pengadilan. Namun pihak yang cuba mempolitikkan isu ini telah bertindak melampaui batasan maka sudah sampai masanya peruntukan dalam enakmen ini digunakan.

Sebenarnya amat jelas pihak Persatuan Bible Malaysia (BSM) memiliki naskhah Bible terbabit dan berkemungkinan yang cukup tinggi untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada orang Islam. Dengan ini mereka boleh disabitkan dengan kesalahan pengembangan agama bukan Islam terhadap orang Islam yang menggunakan bahasa Melayu.

Sememangnya satu perkara yang amat malang kepada umat Islam di Selangor yang bermenteri besar seorang Muslim dengan sebahagian daripada anggota exconya yang juga muslim dan merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor namun jelas tidak dapat mempertahankan Islam dalam konteks pentadbiran negeri. Kepatuhan melampau mereka terhadap DAP dengan sendiri mencemarkan kedaulatan dan maruah Islam.

Wasabi Oyabun...

Sabtu, 14 Jun 2014

FIFA WORLD CUP: SPAIN 1 NETHERLANDS 5!

The Netherlands gained a measure of revenge for their FIFA World Cup final loss four years ago by demolishing Spain 5-1 on Friday.

Andres Iniesta scored in extra-time to give Spain a 1-0 win and the trophy in South Africa four years ago, and it appeared the same result was on the cards in Salvador when Xabi Alonso powered home a first-half penalty.

But the Netherlands hit back in stunning fashion, with Robin van Persie and Arjen Robben in scintillating form.

Van Persie levelled matters with a fabulous header on the stroke of half-time, before Robben - who fatefully missed a one-on-one with Iker Casillas in the 2010 final - gave Louis van Gaal's side the lead eight minutes after the interval.

Things went from bad to worse for the world champions when Stefan de Vrij nodded home a third on 64 minutes, before Van Persie and Robben netted again to complete a remarkable rout in Group B's opening fixture and cast further doubt over Spain's chances of winning their fourth straight major tournament.

Spain boss Vicente del Bosque forewent the temptation to start with Cesc Fabregas in the false-nine role that was so successful during UEFA Euro 2012, instead choosing Diego Costa as an out-and-out striker.

Costa's impact on their system was evident, too, as Spain opted for a more direct approach than in previous tournaments.

It was the Netherlands who created the first opening, Robben's inch-perfect throughball finding Wesley Sneijder, only for the playmaker - making his 100th international appearance - to shoot straight at Casillas.


Costa then spurned a couple of half-openings as Spain began to find their feet and the Netherlands' defending became increasingly desperate.

It was a last-ditch tackle that led to the opener, De Vrij's sliding challenge bringing down the lively Costa - with Alonso coolly converting from the spot.

Van Gaal's side enjoyed a good spell thereafter, but Spain threatened again on the stroke of half-time as Jasper Cillessen kept out David Silva's cute dink following a stunning Iniesta pass.

That miss would become all the more important soon after, Van Persie looping a superb diving header over Casillas after being picked out by Daley Blind's sumptuous long, diagonal ball.

Picking up where they left off, the Netherlands went ahead soon after the break.

Another searching Blind delivery found Robben, who controlled and turned beyond Gerard Pique - who could only deflect his effort beyond Casillas.

Spain suddenly had no answer to their opponents' new-found verve, Van Persie rattling the crossbar with a vicious strike.

The woodwork could not save Del Bosque's men soon after, though, as De Vrij atoned for his earlier misstep by heading Sniejder's deep free-kick in off the post.

Spain captain Casillas was visibly rattled, and an uncharacteristic sloppy error from him 18 minutes from time enabled Van Persie to notch his second goal of the game.

And the Netherlands were not finished there, as Casillas was forced to pick the ball out of the net again as the irresistible Robben took advantage of more lax defending to race clear and round off a scarcely believable result.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 13 Jun 2014

Saya tidak berhajat kembali kepada Pas - Hasan Ali?


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali menjelaskan beliau tidak berhajat untuk kembali menyertai parti tersebut selepas dipecat pada Januari 2012 hanya kerana mengkritik sikap dan moral Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Hasan berkata, khabar angin mendakwa beliau mungkin menyertai semula Pas selepas wujud gerakan daripada veteran parti untuk membawanya kembali bagi memperbetulkan parti berkenaan yang kini tersasar daripada perjuangan asal, sengaja disebarkan pihak lain.

Bagaimanapun beliau yang pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor menegaskan, sesiapa yang masih berkuasa di dalam parti itu terutama kepemimpinan ulama perlu memastikan Pas kembali kepada perjuangan asal demi kepentingan Melayu dan Islam selepas jauh tersasar sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Tidak semestinya saya. Sesiapa sahaja (dalam Pas) perlu meletakkan Pas kembali ke matlamat perjuangan yang sebenar kerana Pas kini sudah jauh melencong hasil kerjasama dengan DAP dan PKR. Namun, seperti juga yang lain, saya sendiri tidak yakin Pas akan kembali seperti dulu.

"Cuma cerita (masuk Pas) bukan asalnya daripada saya. Saya tidak berhajat pun nak masuk Pas dan tidak juga menerima apa-apa pelawaan untuk berbuat demikian. Kalau pun ada ura-ura itu, saya tidak terlibat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasan dipecat pada 2012 selepas beliau yang juga Exco kerajaan negeri Selangor pada ketika itu mengkritik tindakan Anwar mengheret rakyat dalam isu moralnya selepas dihadapkan ke mahkamah kerana tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhary Azlan.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 9 Jun 2014

Kos SAR MH370 berjumlah RM27.6 juta!



Kerajaan hari ini mengumumkan kos operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 untuk fasa pertama setakat ini adalah berjumlah RM27.6 juta.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah tersebut digunakan untuk membiayai kos makan dan minum anggota pasukan SAR serta kos bahan api aset yang digunakan.

Beliau berkata, bagaimanapun, kos operasi pasukan dari negara lain ditanggung sendiri oleh negara-negara tersebut.

P/S : Selepas tiga bulan, Hishamuddin dan Kerajaan tidak pernah berundur walau setapak.

Pelbagai teori dan andaian tidak mengganggu tumpuan sebaliknya tambah menguatkan semangat dan iltizam Kerajaan.

Ada kawan mengatakan, keputusan PRK Teluk Intan sebahagiannya kerana komitmen Kerajaan dan Hishamuddin.

Cina Cina Teluk Intan terpaut dengan keikhlasan Kerajaan dalam menangani MH370 dan melayan kaum kerabat mereka yang tinggal. Mereka bandingkan pulak dengan DAP dan kuda kuda mereka yang jadikannya bahan politik kepartian sedangkan tiada sebarang bantuan diberikan.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 8 Jun 2014

Ahli keluarga lancar dana cari MH370?


Ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari beberapa buah negara, bakal melancarkan kempen kutipan dana untuk mengumpul sebanyak AS$5 juta (RM16 juta) bagi memulakan satu lagi siasatan baharu berhubung kehilangan pesawat itu sejak Mac lalu.

Menurut laporan USA Today, sebanyak AS$3 juta (RM9.6 juta) daripada kutipan itu akan diperuntukkan sebagai ganjaran kepada mana-mana individu atau pihak yang mempunyai maklumat penting tentang kehilangan MH370.

Bakinya iaitu sejumlah AS$2 juta (RM6.4 juta) lagi bakal digunakan bagi membiayai pasukan penyiasat peribadi bagi memeriksa petunjuk baharu berkaitan insiden tersebut.

Kempen yang digelar sebagai Reward MH370: The Search for the Truth itu akan secara rasmi dilancarkan Isnin ini menerusi laman web pembiayaan ramai, Indiegogo yang sebelum ini tidak membenarkan kutipan dana bagi tujuan ganjaran.

Menerusi kempen itu, mereka mensasarkan kutipan minimum sebanyak RM16 juta.

Kempen itu bagaimanapun hanya membabitkan ahli keluarga penumpang dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Perancis, India dan New Zealand.

Ketika menjelaskan tentang langkah itu, Sarah Bajc yang kehilangan teman lelakinya, Philip Wood berkata, agak penting untuk mempertimbangkan kegagalan pihak berkuasa mengesan pesawat tersebut setakat ini.

"Kami mengambil pertimbangan dengan cara kami sendiri. Tiada bukti boleh dipercayai yang mengatakan pesawat itu berada di sekitar Lautan Hindi. Saya yakin bahawa ada pihak yang sedang menyembunyikan sesuatu," kata Bajc kepada USA Today.

Walaupun Bajc mungkin tidak keseorangan dengan pendiriannya itu, kesemua dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak berkuasa yang mengendalikan usaha pencarian.

Ketika Bajc berharap dan percaya tentang pentingnya langkah alternatif dilaksanakan, dia turut memberi amaran kepada penderma bahawa walaupun sekiranya kempen itu dibiayai sepenuhnya, keputusan adalah tidak dijamin.

"Dana sebanyak RM6.4 juta bagi khidmat siasatan tidak akan bertahan lama. Pihak berkuasa bertanggungjawab membelanjakan lebih AS$100 juta (RM320 juta) dan mereka tidak mendapat apa pun.

Namun, kita tidak akan menggunakan pendekatan mencari dengan bot, sebaliknya menggunakan pendekatan perisikan manusia," tambah Bajc. - AGENSI

Suara Politik
Belantan

Sabtu, 7 Jun 2014

Tidak ada bahagian Masjidil Haram runtuh?


Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meminta rakyat di negara ini tidak terpedaya dengan dakwaan yang tersebar bahawa ada bahagian Masjidil Haram runtuh dalam kejadian baru-baru ini.

Sebaliknya kata Abdul Azeez, yang berlaku ialah insiden rempuhan apabila orang ramai berasak-asak mahu melihat ke dalam Kaabah apabila pintunya dibuka semasa struktur itu dicuci.

"Saya terima laporan daripada pihak Lembaga Tabung Haji tiada bangunan yang runtuh. Ia nya adalah hari mencuci Kaabah dan pintu Kaabah dibuka. Jadi orang ramai berpusu-pusu untuk lihat proses itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian menyebabkan empat orang cedera namun tidak membabitkan rakyat Malaysia.

"Saya harap rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan laporan tidak benar yang tersebar di laman sosial," katanya yang ditemui disini hari ini.

Abdul Azeez diminta mengulas kejadian yang berlaku di Makkah , termasuk dakwaan terdapat bahagian Masjidil Haram yang runtuh.

Proses mencuci Kaabah termasuk bahagian dalam dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.

Wasabi Oyabun..

Polis sahkan mayat ditemui di Pulau Tioman adalah Huntley!


Mayat seorang lelaki yang ditemui di Sungai Mentawak dekat Chalet Lagoon, Kampung Juara, Pulau Tioman, Rabu lepas disahkan adalah Gareth David Huntley, 34, yang dilapor hilang di kawasan air terjun Lubuk Teja sejak 27 Mei lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata pengesahan itu berdasarkan keputusan dan interpretasi DNA oleh pegawai sains Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya.

"Setelah perbandingan dibuat ke atas profil DNA yang diperoleh, didapati bahawa penderma spesimen darah Janet Southwell adalah ibu kandung kepada penderma tulang mayat yang dijumpai.

"Kebarangkalian materniti adalah 99.9999 peratus dikira berdasarkan kepada pangkalan data STR penduduk Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina dan India.

"Ini bermakna mayat yang dijumpai (Rabu lepas) adalah Gareth David Huntley," demikian menurut khidmat pesanan ringkas (SMS) beliau kepada pemberita hari ini.

Sharifuddin bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian mangsa.

Warga Britain itu, yang merupakan sukarelawan Pusat Perlindungan Penyu Kampung Juara, Pulau Tioman dilapor hilang pada 27 Mei lepas ketika dikatakan mahu ke Air Terjun Lubuk Teja berseorangan.

Huntley kemudian didapati tidak pulang sebelum rakan dan beberapa penduduk kampung keluar mencari beliau di kawasan hutan berhampiran air terjun itu sebelum laporan polis berhubung kehilangannya dibuat pada 29 Mei.

Pada 4 Jun, pasukan mencari dan menyelamat menemui satu mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di Sungai Mentawak dekat Chalet Lagoon, Kampung Juara.

Mayat yang dipercayai milik Huntley itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat pada Khamis lepas dan sampel darah Southwell diambil bagi tujuan pemadanan DNA.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 6 Jun 2014

Kritik JAIS: Khalid ambil mudah isu akidah umat Islam di Selangor?


Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana menyerbu satu majlis perkahwinan di sebuah kuil di Petaling Jaya, Ahad lalu menunjukkan beliau memandang mudah isu membabitkan hal ehwal akidah umat Islam.

Presiden Ikatan Musli­min Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, sebagai orang Islam, Abdul Khalid perlu menyokong dan mempertahankan tindakan JAIS demi kesucian Islam dan bukannya mempersoalkan tindakan itu.

"Tindakan JAIS dalam serbuan tempoh hari adalah wajar kerana kita kini berdepan dengan situasi yang bercelaru kesan daripada kegiatan mempromosi pluralisme agama yang merisaukan umat Islam.

"ISMA menganggap JAIS ada kepekaan yang tinggi dalam perkara yang melibatkan soal akidah orang Islam di Selangor berbanding Menteri Besarnya yang tidak sensitif dalam isu ini. Sepatutnya kita akan lebih risau jika JAIS tidak melakukan apa-apa tindakan kerana takut dicemuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan tindakan JAIS menyerbu dan menahan seorang wanita yang menggunakan nama Melayu dan disyaki beragama Islam ketika melangsungkan perkahwinan di sebuah kuil itu tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP).

Dalam kejadian Ahad lalu, kira-kira 50 tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan di kuil di Jalan SS 1/25, Petaling Jaya dikejutkan dengan kehadiran empat penguat kuasa JAIS dan 10 anggota polis.

Semakan terhadap MyKad pengantin perempuan itu menunjukkan dia merupakan seorang Islam dan JAIS membawanya untuk disiasat sebelum dibebaskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam turut mempertahankan tindakan JAIS yang dilihat lebih arif dalam melaksanakan tugas ketika melakukan serbuan di kuil berkenaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd. Hassan berkata, tindakan JAIS adalah tepat memandangkan maklumat yang diperoleh jelas menunjukkan pengantin perempuan itu didaftarkan oleh bapanya sebagai Islam.

"Dalam hal ini, kita nasihatkan Menteri Besar Selangor supaya tidak cuba menjadi 'hero' dan mengkritik JAIS kerana beliau tidak perlu mencampuri urusan berkaitan agama Islam.

Biarlah JAIS bertindak mengikut bidang kuasa yang ada," katanya.

Wasabi Oyabun..

Pulau Tioman: Mayat ditemui bersama telefon bimbit?


Polis hari ini menjumpai sebuah telefon bimbit iPhone dipercayai milik lelaki yang mayatnya ditemui berdekatan sebuah chalet di Kampung Juara, Pulau Tioman semalam.

Menurut laporan berita Bernama, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, polis masih meneruskan operasi di kawasan mayat dijumpai. Ini adalah bagi mencari bahan bukti untuk membantu siasatan, termasuk dokumen pengenalan diri yang belum ditemui.

Selain daripada itu, polis masih belum dapat tentukan jika mayat lelaki itu adalah Gareth David Huntley, warga British yang hilang 27 Mei lepas kerana siasatan masih dilakukan.

Sampel DNA ibu Huntley, Janet Southwell telah diambil bagi membantu siasatan. Sampel berkenaan telah dihantar ke makmal Petaling Jaya dan keputusan dijangka akan dikeluarkan dalam masa dua hari.

Sharifuddin berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada anggota badan mayat dan menolak unsur jenayah sebagai punca kematian.

Bagaimanapun, beliau berkata Southwell akan berada di Kuantan beberapa hari lagi bagi membantu siasatan.

Mayat itu ditemui pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam di tepi sungai, kurang 500 meter dari chalet penginapan Gareth di Pusat Perlindungan Penyu Kampung Juara.

Huntley merupakan sukarelawan pusat perlindungan penyu itu dan dilaporkan hilang pada 27 Mei lepas ketika dikatakan mahu ke Air Terjun Lubuk Teja berseorangan.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 3 Jun 2014

Pemilihan PKR kecoh lagi?

Bekas Timbalan Ketua PKR Cabang Sungai Petani, Ishak Man (tengah), Mohd. Sharmizi Nizam Abdul Rahim (kanan) dan bekas Ketua Penerangan AMK Kedah, Mohd. Zaidi Osman menunjukkan borang bantahan bagi proses pemilihan Ketua AMK di Dewan Serbaguna Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah, semalam. 

Pro­ses pemilihan bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani sekali lagi kecoh apabila salah seorang calon bagi jawatan itu meminta proses pemilihan yang berlangsung hari ini dibatalkan.

Calon tersebut, Mohd. Sharmizi Nizam Abdul Rahim berkata, dia tidak berpuas hati dengan proses pemilihan jawatan itu hari ini kerana Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tidak memaklumkan kepadanya bahawa dia layak untuk bertanding bagi jawatan tersebut walaupun sebelum ini dikatakan sebaliknya.

"Sebelum ini, pada 3 Mei lalu ketika proses pemilihan berlangsung di Taman Sri Wang, saya dimaklumkan bahawa saya tidak layak bertanding kerana masalah teknikal dan saya terima keputusan tersebut.

"Saya juga telah menghantar bantahan kepada JPP berhubung penolakan pencalonan saya pada pemilihan 3 Mei lalu namun tiada apa-apa jawapan daripada mereka.

"Tiba-tiba hari ini nama saya layak untuk bertanding tanpa pengetahuan saya dan saya tuntut proses pemilihan hari ini dibatalkan serta diadakan semula," katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna di Taman Sejati Indah di sini hari ini.

Pada 3 Mei lalu, proses pemilihan Ketua AMK Cabang Sungai Petani yang berlangsung di Taman Seri Wang ditangguhkan dan dilakukan semula hari ini di Dewan Serbaguna Taman Sejati Indah di sini kerana seorang calon S. Arvind Kumar mengemukakan bantahan.

Bantahan itu kerana Arvind Kumar mendakwa dia hanya mengetahui namanya tiada di dalam kertas undi bagi jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani kira-kira pukul 11 pagi apabila tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Wang di sini.

Dalam pemilihan hari ini tiga calon layak bertanding iaitu Simon Ooi, S. Arvind Kumar dan Mohd. Sharmizi.

Menurut Mohd. Sharmizi, selepas namanya dikatakan tidak layak untuk bertanding kerana masalah teknikal dia telah membantu kempen seorang calon lain iaitu Arvind Kumar.

"Saya langsung tidak berkempen untuk diri sendiri bagi merebut jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani ini sebab saya tidak fikir saya akan bertanding semula hari ini.

"Saya hanya mengetahui pagi ini melalui seorang rakan bahawa nama saya ada di dalam kertas undi.

"Saya sangat kecewa dengan proses pemilihan hari ini dan tidak akan mengiktiraf Ketua AMK Cabang Sungai Petani jika JPP tidak menangguhkan proses pemilihan ini," tegasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengawas Pemilih Sungai Petani, Zainal Abidin Samat berkata, dia akan mengemukakan bantahan yang dibuat oleh Mohd. Sharmizi itu kepada JPP.

"Proses pemilihan yang berlangsung hari ini diteruskan kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan proses ini kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa JPP," jelasnya.

Sementara itu, proses pengundian bagi jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani yang bermula pukul 10 pagi ditutup kira-kira pukul 5 petang ini.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi untuk memilih jawatan itu ialah 62 orang dan Simon Ooi mendapat 52 undi manakala Arvind Kumar pula tujuh undi.

Simon ketika ditemui berkata, kekecohan yang ditimbulkan oleh Mohd. Sharmizi tidak sepatutnya berlaku kerana JPP telah mengumumkan mengenai pemilihan semula yang akan dijalankan hari ini.

Wasabi Oyabun..