Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 24 Januari 2014

Kemelot rebutan kuasa MB dalam PKR Selangor : Rakyat perlu buka mata?


'Perbalahan' antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berhubung isu jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menunjukkan pemimpin pembangkang sebenarnya hanya berjuang untuk mengejar kuasa dan kedudukan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, rakyat perlu membuka mata dan menilai situasi tersebut iaitu pemimpin PKR sudah berbalah kerana isu jawatan walaupun mereka belum mendapat kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat.

Katanya, perebutan kuasa sesama sendiri di dalam PKR serta antara Pas dan DAP pasti lebih hebat jika pembangkang menguasai Kerajaan Pusat.

"Ini baru jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Pas tidak dapat jawatan Exco di Pulau Pinang dan di Selangor pun Exco Pas tidak diberi fungsi portfolio Islam, jadi siapa hendak jadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pendidikan dan sebagainya pasti menjadi perebutan.

"Ini belum masuk lagi hal-hal dasar dan ideologi masing-masing. Kemelut seumpama ini tidak akan dapat menjamin kestabilan politik dan keamanan negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perbalahan politik antara Azmin dan Abdul Khalid semakin ketara selepas pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS baru-baru ini.

Difahamkan pengguguran Azmin menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli PKR yang menyokong beliau sehingga mereka mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Menurut Ibrahim, punca sebenar perbalahan itu ialah kerana Abdul Khalid curiga dengan Azmin yang bercita-cita mahu menjadi Menteri Besar Selangor.

"Azmin ialah Timbalan Presiden PKR. Besar cita-citanya, bukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS kerana jawatan itu untuk pemimpin PKR peringkat bawah sahaja tetapi itu pun mereka berebut," katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan