Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 28 Januari 2014

El Haraki : Dulu Anwar Canang Jadi PM, Sekarang MB Pula?


Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki menyindir Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai berubah kulit daripada mencanang menjadi ‘Perdana Menteri Malaysia’ sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) kepada ‘Menteri Besar Selangor’ selepas PRU 13.

“Memang tak pelik, tiap kali PRU atau PRK, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sangat memerlukan tenaga daripada jentera-jentera PAS untuk membantu mereka.

“Jelas !!! PKR bukan sebuah parti yang pandai bekerja, tetapi sebaliknya iaitu hanya “gilakan kuasa,” sindir laman sosial itu.

Menurut El Haraki kesilapan terbesar PKR apabila meletakkan perebutan kuasa sebagai agenda terpenting perjuangan.


Laman sosial itu juga turut menyiarkan kenyataan media Ketua Penerangan, Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan seperti berikut :

USAH HERET RAKYAT DALAM PERTELINGKAHAN DALAMAN


Langkah “kurang bijak” bekas ADUN Kajang yang telah meletakkan jawatan tanpa sebab munasabah yang relevan telah dikesali oleh ramai pihak terutamanya rakan Pakatan Rakyat sendiri.

Perkara ini akan menyebabkan PRK yang tidak perlu diadakan. Ianya sudah tentu akan membuang banyak masa, tenaga dan harta rakyat. Parti terbabit sewajarnya memberikan alasan yang konkrit mengapa perlukan perletakan jawatan yang mengakibatkan kerugian kepada harta rakyat. Jelas ianya bukan penyelesaian yang bijak.

Rakyat memandang situasi ini dengan penuh kecaknaan dan serius. Pergolakan dan pertelingkahan politik negeri Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar. Tambahan lagi dengan isu Selangor baru-baru ini sekaligus ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh menjemukan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos sara hidup.

Wahai pimpinan yang terbabit, gunalah kepercayaan yang diberikan dalam pru yang lepas untuk menunaikan amanah rakyat dan bukannya mengheret rakyat di dalam gelumang pertelingkahan dalaman. Kita berasa kecewa dengan tindakan seumpama ini yang jelas membelakangkan kepentingan rakyat.

NAZMI NIK DIN
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen