Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 23 Januari 2014

Isu PKNS: MB Khalid terdesak dedah dokumen sulit Azmin?

Amirudin Shari (tengah) menyerahkan bunga dan nota sokongan penjawat awam menyokong tindakan kerajaan negeri Selangor kepada Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim (kanan), sambil diperhatikan Abdullah Sani Abdul Hamid (kiri) di Bangunan PKNS di Shah Alam, semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan beberapa dokumen sulit berhubung isu penyingkiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pendedahan tersebut bagi menafikan penglibatan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam mengeluarkan arahan supaya jawatan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dalam PKNS ditamatkan.

Dokumen-dokumen yang didedahkan itu termasuk surat-menyurat rasmi dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengenai arahan Abdul Khalid kepada Ketua Setiausaha Sulitnya, Mohd. Yasit Bidin.

"Dokumen-dokumen sulit seperti keputusan MMKN dan surat-menyurat antara Pejabat Menteri Besar, PKNS dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ini didedahkan menggunakan kuasa Menteri Besar yang diperuntukkan mengikut Seksyen 2 (C) Akta Rahsia Rasmi.


"Dokumen-dokumen ini dikeluarkan untuk membolehkan orang ramai meningkatkan kefahaman dan berhenti membuat spekulasi kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan dalaman yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri," jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Antara dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri ialah surat rasmi yang dikemukakan Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar kepada Azmin bertarikh 8 Januari 2014 yang menyatakan penghargaan kepada Timbalan Presiden PKR itu di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjadi Ahli Lembaga Pengarah.

Penghargaan itu dinyatakan oleh Othman selaras dengan keputusan kerajaan negeri menerusi cabutan kertas MMKN bertarikh 13 November 2013 yang mana beliau menyatakan perkhidmatan Azmin sebagai ahli perbadanan itu ditamatkan mulai 4 Disember 2013.

Bagaimanapun, penamatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS tidak disebut secara jelas dalam MMKN pada 13 November 2013.

Berdasarkan keputusan MMKN, kerajaan negeri telah menimbang dan meluluskan pelantikan dua anggota Exco iaitu Datuk Teng Chang Khim dan Iskandar Abdul Samad sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS manakala seorang lagi calon untuk mengisi jawatan berkenaan akan ditentukan kemudian.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan