Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 24 Januari 2014

Usah beri harapan palsu kepada rakyat Selangor?


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta tidak terus memberi harapan palsu kepada rakyat dalam soal mengatasi masalah krisis bekalan air meruncing yang melanda Lembah Klang pada masa ini.

Pengerusi Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (Swan), Aldric Loong Kim Yew berkata, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu mengetepikan aspek politik dalam menyelesaikan isu berkenaan sudah berlarutan hampir enam tahun.

"Apa yang pasti masalah bekalan air tidak terawat (NRW) sebagaimana yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ir. Lee Miang Koi semakin meruncing dan kita berpegang teguh kepada jalan penyelesaian bahawa krisis air hanya boleh diselesaikan dengan terbinanya Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Tindakan kerajaan negeri mahu memulakan projek bekalan air bersih HORAS (Hybrid Off River Augmentation System) misalnya bukan akan menyelesaikan masalah tetapi lebih kepada mewujudkan kekeliruan dan kebimbangan tentang keberkesanan projek tersebut dalam kalangan pengguna," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat meja bulat bertajuk Betapa Kritikalnya Bekalan Air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Yang hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George dan Pengarah Urusan Puncak Niaga Sdn. Bhd., Datuk Syed Daniel Syed Ariffin.

Kim Yew menambah, kerajaan negeri juga harus komited untuk memuktamadkan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan dan segera mengeluarkan arahan pembangunan (DO) pembinaan Langat 2, bukannya terus mempolitikkan isu yang membelenggu rakyat pada masa ini.

Sementara itu menurut Jacob, semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dalam industri air perlu memberi fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat dan tidak menimbulkan perkara baharu sehingga isu pokok tidak diatasi.


"Semua pihak terutama kerajaan negeri , selesaikan dulu masalah pembinaan Langat 2 dengan mengeluarkan DO untuk projek tersebut, bukannya membangkitkan isu baharu seperti penstrukturan air hingga isu pokok untuk menyelesaikan krisis air tertangguh begitu lama.

"Jangan jadikan isu air seperti permainan bola sepak hingga mendatangkan kerugian kepada ekonomi negara dengan 725 projek pembangunan terjejas kerana pihak Syabas tidak dapat memberi jaminan bekalan air mencukupi. Itu belum lagi banyak pelaburan terus asing (FDI) yang tidak dapat diteruskan di Lembah Klang," ujarnya.

Pada 13 Januari lalu, Abdul Khalid dilaporkan menerusi sebuah portal berita mengarahkan Pengawal Selia Air Selangor, Datuk Mohamad Roslan Sakiman untuk memulakan projek HORAS di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih 600 hingga 700 juta liter sehari.

Menurut Abdul Khalid, dengan adanya projek itu, rakyat Selangor tidak akan terlalu bergantung kepada projek Langat 2 sebagai jaminan atau kepastian bahawa pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mendapat bekalan air berterusan.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan