Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 11 Januari 2014

Azmin Ali akui terima surat?


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengakui telah menerima surat bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini.

Pengakuannya itu dilihat menguatkan lagi desas-desus kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu dipecat daripada jawatan tersebut seperti mana yang dilaporkan menerusi laman blog ketika ini.

Bagaimanapun, Azmin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu, sebaliknya beliau menyatakan akan membuat pengumuman secara terperinci tentang surat berkenaan tidak lama lagi.

“Saya dah dapat surat tadi. Saya akan maklumkan secara terperinci tentang perkara itu kemudian," katanya dengan ringkas menerusi perbualan telefon, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azmin ketika ditanya tentang kandungan surat tersebut sama ada pemecatan atau perletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, beliau tidak menjawab secara jelas mengenai perkara itu.

Sebaliknya, Azmin hanya mengiyakan kandungan surat tersebut bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat kerajaan negeri itu.

Menurut laporan sebuah laman blog www.klxpress.com.my/ hari ini, Azmin dikatakan dipecat daripada jawatan tersebut.

Malah, laman blog itu turut menyiarkan kenyataan Azmin menerusi Twitternya yang berbunyi, ‘Penghargaan kepada pengurusan dan warga PKNS yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang baik kepada saya selama empat tahun’.

Sebelum ini, Azmin dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melibatkan beberapa isu tertentu.

Kali terakhir Azmin mengkritik pentadbiran Abdul Khalid ialah pada 28 November lalu apabila beliau menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014, selain menganggapnya itu terlalu tinggi dan perlu ditangguhkan.

Malah, sebelum itu, Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor dilaporkan bertindak melalui kelab itu mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, difahamkan pergeseran antara Azmin dan Abdul Khalid telah bermula sejak 2010 lagi apabila Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Selangor daripada Abdul Khalid.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan