Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 30 Jun 2013

Dimana ketelusan yang diwar-warkan...!!! Wujud juga isu 'Cah Keting' dalam DAP?

David Dass (kanan) menunjukkan Sijil A sebagai bukti cawangan membayar yuran tahunan dan layak mengadakan AGM ketika mengadakan sidang akhbar di Seremban, semalam.

''Itu bukan pembohongan tetapi itulah kebenaran yang cuba disembunyikan oleh pimpinan DAP untuk menutup kesilapan mereka!

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berhubung wujudnya isu mencantas cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.

Malah, katanya, isu mencantas ahli DAP sememangnya berlaku apabila ada dalam kalangan mereka tidak diberi notis untuk hadir dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

''Saya sendiri menjadi mangsa apabila tidak menerima jemputan menghadiri AGM cawangan sendiri baru-baru ini. Selain saya, beberapa pemimpin DAP cawangan Ladang Regent dan Taman Tuanku Jaafar turut menerima nasib sama," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia, Richard Francis pula mendakwa, dia kecewa kerana tidak menerima sebarang notis daripada ibu pejabat sehingga tarikh akhir mengadakan AGM sehingga hari ini.

Hal ini kerana, katanya, berdasarkan kepada perlembagaan parti, setiap cawangan perlu diberi notis tujuh hari bagi mengadakan AGM, namun mereka langsung tidak dihubungi atau dimaklumkan mengenai perkara itu.

''Kami yakin ini adalah taktik DAP untuk mengetepikan atau 'mencantas' cawangan yang lantang bersuara," katanya.

Perkara berkenaan turut dipersetujui oleh Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajashegar yang melihat tindakan berkenaan, sekali gus menafikan hak ahli serta pemimpin cawangan itu dalam parti.

"Tiada alasan kami tidak diberikan sebarang notis kerana kami adalah ahli serta cawangan yang sah dan mempunyai Sijil A iaitu cawangan membayar yuran tahunan dan layak mengadakan AGM.

"Malah, jika kami dipecat daripada parti sekali pun, kami perlu diberi notis pemecatan dan diberi ruang selama 14 hari untuk memberi penjelasan kepada jawatankuasa tatatertib parti," dakwanya.

Wasabi Oyabun..

Habis madu sepah dibuang?


Yang menariknya, dalam isu ini, Ketua Penerangan PKR Muhammad Nur Manuty seolah-olah 'dijahit' mulutnya dan tidak lagi diberi peranan sebagai jurucakap parti. Banyak keputusan dan dasar parti kini diserahkan kepada Tian Chua untuk didedahkan kepada media.

Setelah tewas di kerusi Parlimen Bagan Serai pada 5 Mei lalu, dirinya ibarat tunggul yang menunggu masa untuk dibersihkan.

Sebelum ini, Muhammad selaku Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sekitar tahun 1990-an dianggap sebagai aset kepada PKR, khususnya diri Anwar. Pengalamannya yang sering mendampingi parti Umno dan mengangkat peranan pertubuhan Islam itu dilihat mampu memberi imej 'Islam' kepada PKR untuk menyaingi PAS.

Namun apakan daya sikap habis madu, sepah dibuang kegemaran Anwar memaksa Muhammad teraba-raba mencari jalan untuk membuktikan beliau masih relevan dalam dunia politik tanahair, atau setidak-tidaknya dalam partinya sendiri, PKR.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 29 Jun 2013

Jonker Walk: Simbolik Rasis DAP?


Marah betul Tony Pua “Chu Kang” apabila Kerajaan Negeri Melaka menutup pasar malam, Jonker Walk, yang menjadi lokasi hampir 200 penjaja kaum Cina di negeri itu memperdagangkan barangan mereka.

“Pelawak” dari parti “chauvinis ultra kiasu” itu menuduh Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron sengaja berbuat demikian bagi membalas dendam terhadap kaum Cina di negeri Baba dan Nyonya itu kerana tidak memberikan undi pada BN pada PRU ke-13 awal Mei lalu.

“Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu. Ia ibarat memotong hidung pada wajah seseorang. Hanya semata-mata Idris Haron mahu balas dendam dan merosakkan komuniti Cina, beliau telah mengorbankan kepentingan warga Melaka dan ekonomi negeri itu,” – Tony Pua, DAP, 25 Jun 2013.

DAP nak menyalak? Menyalaklah sepuasnya. Kalau yang ditutup itu melibatkan pasar malam orang Melayu, ada ada menyalak? Guan Eng roboh dan sita gerai-gerai orang Melayu, Mamu, Mamak dan India di Pulau Pinang, ada dia menyalak? Rasis betul!

Saya yakin, sekiranya kita pernah ke bandaraya Melaka khususnya di waktu petang, kita akan dihimpit masalah kesesakan jalanraya yang sangat teruk terutama apabila menghampiri Jonker Walk.


Saya pernah sekali ke Jonker Walk dan saya dapati pasar malam itu hampir 100% dimonopoli oleh kaum Cina. Bukan peniaganya saja dari kaum Cina, bahkan barangan yang dijual itu pun hampir semuanya “made in China”!

Pada saya, pasar malam itu tidak sesuai dinamakan sebagai “Jonker Walk”, tapi lebih elok diberi nama “Chinese Walk”. Dan sudah tentu barangan yang didagangkan disitu kebanyakannya merupakan barangan tiruan…

Ketika Jonker Walk dibuka sekitar tahun 2010 dulu oleh Kerajaan BN Negeri Melaka, DAP Melaka adalah pihak yang pertama membantah keras tindakan tersebut. Kononnya Jonker Walk menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk di bandaraya bersejarah itu.

Setelah 3 tahun beroperasi, pihak berkuasa tempatan telah menerima banyak aduan mengenai masalah yang melibatkan Jonker Walk, terutama membabitkan kesesakan lalulintas sebagaimana yang dibantah DAP.

Ekoran itu, saya difahamkan bahawa Kerajaan BN Negeri Melaka terpaksa mengambil keputusan untuk menutup Jonker Walk. Itu pun ia bukannya ditutup untuk selama-lamanya.

Menurut laporan media, Jonker Walk hanya ditutup selama empat minggu bagi menguji sama ada dakwaan pasar malam itu penyebab utama kesesakan lalulintas di bandaraya itu benar atau tidak.

Secara mudah, jika benar ia menyebabkan kesesakan lalulintas, maka ia akan ditutup untuk selamanya. Akan tetapi, jika Jonker Walk didapati bukan penyebab kesesakan tersebut, maka ia akan dibuka semula selepas empat minggu diuji. Susah sangatkah nak faham?


Sebenarnya isu penutupan Jonker Walk itu mencetus kemarahan DAP kerana ia menjejas mata pencarian orang Cina di Melaka saja, dan bukannya kepada kaum lain. Bila “periuk nasi” orang Cina diusik, sudah tentulah Cina DAP rasis seperti Tony Pua akan melenting marah!

Pada hemat saya, penutupan Jonker Walk tidak menjejaskan kepentingan ekonomi “warga Melaka dan ekonomi negeri itu” sebagaimana yang didakwa Tony. Sebaliknya, ia hanya menjejaskan sedikit kepentingan orang Cina dan ekonomi kaum itu, tapi tidak pada orang lain.

Penutupan Jonker Walk itu dijangka akan meredakan penjualan barangan tiruan yang dijual secara berleluasa di Melaka selain menyebabkan kegiatan peniaga tanpa lesen orang Cina terbantut buat seketika.

Nak marah? Marahlah! Kita peduli apa? Pokoknya, Jonker Walk itu lebih banyak mudaratnya berbanding memberi faedah untuk negeri Melaka dan yang paling penting penutupan pasar malam itu tidak menyalahi undang-undang pun…

Dalam bahasa mudah, elok tutup saja Jonker Walk. Bukannya pasar malam Cina itu beri keuntungan pada negeri Melaka dan rakyatnya pun. Menyusahkan dan merugikan pihak berkuasa saja..kan?

Wasabi Oyabun..

Khamis, 27 Jun 2013

Aset DAP dipindah milik?


DAP didakwa sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti yang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.

Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, rancangan itu dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Beliau turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.

Menurutnya, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan, aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya terdapat bukti ada unsur manipulasi dalam pemilihan CEC Disember lepas.

"Saya mendapat maklumat daripada seorang pemimpin dalam DAP sendiri tentang rancangan ini. Beberapa individu veteran parti yang selama ini setia bersama parti dan beberapa ahli yang hanya taat setia dengan 'dinasti' telah dipilih sebagai orang kepercayaan bagi 'menjaga' harta-harta itu.

"Saya tidak menuduh tetapi saya mohon penjelasan daripada Guan Eng.

"Adakah khabar angin ini benar? Jika tidak, nafikan sahaja, tidak perlu bercerita banyak. Sekurang-kurangnya penjelasan ini akan memberi sedikit kelegaan buat ahli yang lain selain penyokong DAP," katanya di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC parti menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan untuk mengundi pada pemilihan tahun lalu selain timbul kemusykilan insiden memalukan salah kira undi.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.


Dakwa Ramanan, untuk mengaburi mata ahli DAP yang mendesak mahu pemilihan semula, Guan Eng kini begitu agresif bercakap tentang jerebu dan juga kejadian ribut melanda di Pulau Pinang baru-baru ini yang mengorbankan dua nyawa selain rod penebat kilat yang terletak di atas Menara UMNO patah dipukul angin kuat, seterusnya menghempap lapan kenderaan.

"Pemindahan aset telah dirancang sejak Pendaftar Pertubuhan (ROS) mula menyiasat unsur manipulasi undi dan penafian 753 ahli yang tidak dibenarkan mengundi pada pemilihan lepas. Namun pemindahan hanya awal bulan ini.

"Untuk mengalihkan perhatian umum, maka Guan Eng begitu agresif bercakap tentang jerebu dan isu ribut di Jalan Macalister baru-baru ini. Beliau begitu agresif menyerang kerajaan, sebenarnya beliau berniat untuk mengalihkan perhatian daripada menghidu perbuatan ini," dakwanya.

Namun demikian, menurut Ramanan, anak beranak dinasti Lim itu juga sebenarnya lebih rela andai pendaftaran parti itu dibatalkan supaya mereka berdua boleh menubuhkan DAP baru dengan hanya merekrut kroni-kroninya sahaja.

"Sebenarnya Dinasti Lim berhasrat 'menguburkan' legasi pengasas sebenar DAP, bekas Presiden Singapura, C. V. Devan Nair yang berketurunan India. Mereka berdua mahu mengasaskan parti mereka sendiri. Kedua, sekiranya pemilihan semula diadakan semula dengan kehadiran 753 ahli yang dinafikan hak mereka, maka keputusan tidak akan sesekali berpihak kepada mereka.

"Saya cabar Guan Eng supaya segera tampil nafikan semua tuduhan ini," tegasnya.

Wasabi Oyabun..

Itu Tak Telus, Ini Tak Jujur, Tapi Bab Angkat Sumpah, Dia Nombor Satu!


Terciptalah sejarah, sekaligus bagi mereka yang mempunyai akal fikiran yang dibukakan oleh Allah Taala, akan melihat sendiri tembelang dan belang Anwar Ibrahim yang selama ini cukup kuat menipu dan memperdayakan rakyat Malaysia semata-mata untuk kepentingan peribadinya atau lebih tepat lagi demi menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia.

Sejurus selepas kegagalan demonstrasi di Padang Merbok, Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan menganjurkan sebarang himpunan atau demonstrasi lagi. Seolah-olah dia sudah serik kerana sambutan yang diberikan terhadap himpunan di Padang Merbok amat mengecewakan.

Bagaimanapun, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dia tidak akan menutup mulut daripada mencaci Malaysia dan kerajaan kepada pihak asing, selagi mana dia akan terus diberikan sokongan dari pelbagai sudut dan bentuk.

Itu janjinya….

Beberapa hari sebelum hari angkat sumpah dan perlantikan Speaker Dewan Rakyat, Anwar bersuara juga. Katanya, Pakatan Rakyat mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru walaupun sebenarnya cadangan itu membuang masa, memandangkan jumlah Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional jauh mengatasi jumlah Ahli Parlimen mewakili Pakatan Rakyat.

Namun Anwar Ibrahim yang licik cuba pula kaedah lain. Dia menuntut agar undian dijalankan secara rahsia dan ada nombor siri seolah-olah akan berlaku penipuan sepertimana dalam pemilihan CEC DAP mahupun pemilihan MPP PKR.


Menjelang dua hari sebelum hari angkat sumpah, Anwar Ibrahim ke Padang Merbok. Berapi-api ucapannya. Bersemangat seperti biasa walaupun air mukanya keruh apabila melihat lebih ramai peserta demonstrasi angkat kaki dan enggan mendengar ucapan skemanya. Selesai program berkenaan, Anwar Ibrahim menghamburkan kemarahan kerana pemimpin Pakatan Rakyat kebanyakannya enggan memberikan komitmen dalam menjayakan demonstrasi terbesar rakyat Malaysia menentang Kerajaan UMNO-BN.

Hadi Awang yang berjanji akan turun padang, tak nampak batang hidung. Para pemimpin PAS kecuali manusia seperti Mujahid Yusof dan Khalid Samad, lebih senang berada di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut daripada sama-sama berarak meredah jerebu tebal yang didatangkan Allah Taala dari arah selatan Semenanjung.

Itu cerita dua hari sudah…

Sabtu lepas, gerombolan yang diketuai oleh Chegu Bard, Harris Ibrahim, Aruchelvam dan Adam Adli dengan bertemankan Tian Chua menjadikan Padang Merbok sebagai lapangan untuk mereka berkhemah. Jam 4:40 pagi, penguatkuasa DBKL merobohkan khemah-khemah mereka dan tercetus pula provokasi sambil Tian Chua menyatakan, tindakan anggota-anggota penguatkuasa DBKL itu melanggar Akta Perhimpunan Aman.

DBKL terpaksa membuat laporan polis dan meminta bantuan polis agar menangani kedegilan kelompok manusia yang gemar menyalahgunakan undang-undang untuk kepentingan mereka.

Pagi tadi, mereka berarak dan melakukan kekecohan di luar Parlimen. Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dicederakan. Alasan mereka hanyalah ingin menyerahkan memorandum tetapi tindakan mereka menyusahkan lebih ramai orang.


Pemilihan speaker Dewan Rakyat berjalan penuh kontroversi. Anwar Ibrahim tidak membuat usul sebab dia tahu, usul itu adalah usul bodoh. Sebaliknya dia mengarahkan si tongong yang jadi Menteri Besar Selangor untuk buat usul. Keputusan akhirnya berpihak kepada Pandikar Amin Mulia dengan keseluruhan undi wakil Barisan Nasional diberikan kepada Pandikar Amin Mulia.

Mahfuz Omar melalak melolong bagi pihak Anwar Ibrahim. Semuanya diungkit dan alasan kononnya, undi tidak dijalankan secara rahsia kerana Barisan Nasional takut ada Ahli Parlimen mereka yang khianat, dipopularkan. Sedangkan selama ini, itulah proses yang diamalkan di Parlimen sepanjang sejarah Parlimen Malaysia.

Kecoh lagi…

Tetapi sewaktu rehat tengah hari, Anwar Ibrahim bergelak tawa dan sungguh mesra dengan Najib Abdul Razak serta Muhyiddin Yassin!

Gelagatnya jelas menunjukkan para pengikutnya telah dikencing dan diberak di atas kepala masing-masing. Anwar sedikit pun tidak prihatin dengan semangat meluap-luap para penyokongnya sendiri!!!

Wasabi Oyabun..

Isnin, 24 Jun 2013

Blackout505 : Anggota Polis Cedera Dipukul!











Sumber : MYkMU

Wasabi Oyabun..








3 Tuntutan #PdgMerbok622 Yang Anwar Ibrahim Tak Ingin Baca?


Gamaknya Anwar boleh jadi bertambah gila bila membaca 3 tuntutan ini...!!! Kah..kah..kah..!!!

Wasabi Oyabun..

Gambar Mak Lampir Tidur Dalam Parlimen #Parlimen2013?


Mak Lampir...Oh Mak Lampir...!!! Apa dah jadi dengan kamu nih! Baru hari pertama sidang Parlimen sudah buat hal? Malam tadi tidor di khemah Padang Merbok ker? Air lior basi meleleh Mak Lampir oiii..!!! Hampeh punya Mak Lampir!

Wasabi Oyabun..

Ahad, 23 Jun 2013

Husam Musa : Syahid atau kecewa?


Jika kita perhatikan sejak kebelakangan ini, Naib Presiden Pas, Husam Musa membuat beberapa kenyataan yang menjatuhkan lagi reputasinya.

Terbaharu, beliau mendakwa sesiapa yang menyertai perhimpunan haram Blackout 505 sebagai mati syahid Fi Sabilillah.

Tidak tahu apa sudah jadi dengan Husam. Sejak kecewa kerana tidak dilantik menjadi Menteri Besar mahupun Exco, beliau kelihatan lebih membawa suara pemimpin PKR, Anwar Ibrahim. Blackout 505 adalah tajaan Anwar.

Kenyataannya itu merupakan fatwa songsang yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sepatutnya beliau mendapatkan nasihat golongan ulama dalam Pas sebelum menyuarakan pandangannya.


Terdapat ahli dan aktivis Pas mengkritik tindakan Husam sehingga ada suara yang sinikal menyarankan beliau menyertai PKR. Mungkin kita boleh bersetuju dengan suara-suara ini kerana Husam nampak lebih ghairah daripada Naib Presiden PKR, Tian Chua yang diketahui semberono dan membuta-tuli.

Semalam, Husam ditahan untuk siasatan mengikut Akta Hasutan. Bukan salah Pas, itu kesalahan Husam sendiri. Beliau mesti bertanggungjawab. Apatah lagi seruan mati syahidnya itu lebih membawa mudarat kepada kesucian Islam, yang pengamal ajaran sesat, Ayah Pin, pun rasanya tidak tergamak lafazkan.

Wasabi Oyabun..

Anwar tidak dapat bezakan antara kenyataan berbaur perkauman dan hasutan?


Penahanan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semalam disifatkan ‘penganiayaan terpilih’ (selective persecution) oleh pihak berkuasa dan Kerajaan Umno-BN oleh Anwar Ibrahim!

Ketua Pembangkang itu berkata, ‘penderaan’ terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tetap diteruskan walaupun Kerajaan Persekutuan adalah kerajaan minoriti.

“Penderaan terhadap pimpinan PR diteruskan, walaupun kerajaan itu adalah minoriti yang tidak dapat dinafikan walaupun rakyat telah menolak BN.

“Budaya keangkuhan dan pendakwaan yang memilih ‘selective prosecution’, malah saya katakan ia adalah ‘selective persecution’ itu diteruskan,” katanya.

Semalam, Husam ditahan di Kampung Pandan, Ampang berhubung satu kenyataan yang beliau keluarkan di Kota Bharu sebelum perhimpunan Black505 di Padang Merbok. Semalam juga beliau dibawa ke Kota Bharu untuk siasatan.

Husam didakwa sebagai berkata “Andaikata kita terkorban atau satu daripada kita terkorban, insyaAllah ia adalah syahid fi sabillilah”.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penahanan Husam memperkukuhkan bukti bahawa pemimpin Umno bebas dan terlepas daripada segala kenyataan berbaur perkauman dan hasutan selama ini.

Katanya, selama hampir bertahun-tahun pemimpin Umno-BN dan kumpulan pendesak Melayu (Perkasa) mengeluarkan kenyataan sedemikian namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa.

“Ungkapan berbaur perkauman dan hasutan ini lebih berbulan-bulan dan bertahun-tahun oleh Umno dan Perkasa sama sekali tidak dihiraukan.

“Seolah-olah tidak ada perubahan dalam sistem di negara kita,” ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

BODOH PIANG PUNYA KETUA PEMBANGKANG...!!!

Wasabi Oyabun..

Husam Musa, Khalid Ismath ditahan?


Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ditahan polis di sebuah restoran di Desa Pandan, Ampang hari ini berhubung ucapannya di Kelantan baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan pemimpin parti itu ditahan pada pukul 3.40 petang ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Sebaik sahaja ditahan, Husam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi tujuan dokumentasi sebelum dibawa ke Kota Bharu, Kelantan untuk siasatan lanjut.

Menurut Hadi Ho, penahanan Husam itu dibuat berkaitan satu laporan polis yang dibuat di Kelantan pada 12 Jun lalu.

"Polis menahan Husam bagi membantu siasatan selepas beliau dilaporkan membuat kenyataan berbaur hasutan baru-baru ini," katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Laporan polis itu dibuat di Ketereh, Kota Bharu pada 12 Jun iaitu selepas Husam mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ketika memberi ucapan di Padang Majlis Daerah Ketereh.

Dalam ucapan itu, Husam dilaporkan membuat kenyataan bahawa mana-mana peserta yang terkorban sewaktu menyertai perhimpunan di Padang Merbok hari ini sebagai mati syahid.

Kenyataan terbabit telah mengundang reaksi pelbagai pihak yang menganggap kenyataan itu berbahaya dan beliau sendiri tidak mempunyai kredibiliti dan kuasa untuk menzahirkan fatwa sebegitu.


Sementara itu, aktivis pembangkang, Khalid Mohd. Ismath turut ditahan polis di rumahnya di Bandar Putri Fasa 2 di Klang, Selangor hari ini, dipercayai bagi membantu siasatan komennya dalam laman sosial berkaitan perhimpunan haram baru-baru ini.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang digantung tiga semester kerana mengugut polis Jun tahun lalu ditahan pukul 5.45 petang ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya malam ini turut mengesahkan penahanan Husam dan Khalid.

Beliau berkata, Khalid ditahan mengikut Seksyen 4 (1)(b) akta yang sama berikutan satu laporan yang dibuat di Balai Polis Batu 9 Cheras semalam berhubung komennya dalam laman sosial baru-baru ini.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 17 Jun 2013

Biar betul Anwar jumpa Najib di Jakarta?


Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menafikan beliau bertemu dengan Anwar Ibrahim di sini seperti yang digembar-gemburkan portal berita propembangkang, The Malaysian Insider.

Menurut Perdana Menteri, beliau juga pada masa sama tidak ada sebarang perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Tidak ada... tidak ada... tidak ada perjumpaan (dengan Anwar) dan saya pun tidak tahu siapa yang sebarkan berita itu.

"Memang tidak ada perancangan. Secara kebetulan dia (Anwar) di sini (Jakarta) dan saya juga di sini," kata Najib kepada wartawan selepas majlis makan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.


Yang hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan isteri, Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail.

Sepanjang berkunjung ke sini untuk lawatan peribadi, Najib turut mengambil peluang bertemu rakan-rakan beliau termasuk bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Kata Najib, pertemuan dengan Jusuf Kalla disifatkan beliau sebagai perjumpaan sebagai sahabat lama.

"Saya jumpa Jusuf Kalla sebab beliau kawan lama. Saya juga patutnya berjumpa Susilo Bambang Yudhoyono (Presiden Indonesia) tetapi beliau berada di Bali dan saya hanya berbual dengan melalui telefon," kata Najib lagi.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 13 Jun 2013

Red Bean Army Bakal Diserap Dalam Kerajaan Selangor?



Ada laporan Sin Chew pagi ini yang menyebut antara agenda utama Hannah Yeoh dalam Sidang DUN tidak lama lagi adalah untuk memastikan DUN Selangor akan menjadi ‘sebebas-bebasnya’ daripada terus dicampuri oleh cabang pentadbiran yang lain.

Walaupun cadangan Hannah Yeoh ini nampak macam innocent, telus dan kononnya sangat bertepatan dengan masa – ia menggambarkan bahawa DAP mahu kekal lama di Selangor dan mula meletakkan orang-orang mereka di dalam pentadbiran Dewan Undangan Negeri yang sedia. Hannah Yeoh mahu, perjawatan di dalam pentadbiran DUN Selangor diuruskan sendiri oleh Speaker Dewan.

Nampaknya, strategi meletakkan Hannah Yeoh sebagai Speaker amat menjadi. DAP tak mahu Hannah sekadar menjadi Speaker yang mengurus mesyuarat. Malahan, jawatan Speaker mahu dijadikan sebagai satu jawatan yang super penting; sekiranya ada percaturan politik baru berlaku di masa-masa akan datang.

Apa keturunan anak itu? Cina, India ?

Dari maklumat yang didapati, DAP sudah mengenalpasti sekurang-kurangnya 15 orang (anak muda Cina, berpendidikan, ahli DAP) yang mahu dibawa masuk sebagai petugas tetap Dewan Undangan Negeri sekiranya undang-undang SELESA ini lulus.

In an exclusive interview with Sin Chew, Yeoh explained that the new enactment will be instrumental in implementing the separation of powers in the Selangor government and further enhance the state assembly’s role and effectiveness.

Selesa will improve the separation of powers between the three arms of the Selangor government — the executive, the legislature and the judiciary.

The proposed law would see the setting up of a new Legislative Assembly Service Commission which would manage the state assembly — including its jurisdiction, finances and staff — independently of the state government’s executive arm.

The commission will then be headed by the Speaker and will include the Selangor mentri besar, the state opposition leader as well as between five and six state lawmakers.


Perbualan dengan beberapa orang ADUN (Pas) Selangor semalam, membayangkan bahawa mereka juga khuatir dengan perkembangan ini. Menjadikan jawatan ‘Speaker’ sebagai satu punca kuasa baru dan memberi kebebasan perlantikan kakitangan akan menjadikan Hannah Yeoh sebagai pemain politik utama di Selangor.

Dikhabarkan, bahawa Menteri Besar tidak ada masalah dengan cadangan Hannah, asalkan Saifuddin Nasution juga diserapkan sebagai antara kakitangan di bawah Hannah.

Waabi Oyabun..

Isnin, 10 Jun 2013

Surat Terbuka Guan Eng : DAP Yakin Dapat Tawan Putrajaya PRU 14


Satu surat terbuka daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada semua cawangan partinya disiarkan organ parti itu, roketkini hari ini.

Kandungan utama surat itu meminta ahli-ahli bekerja keras untuk memastikan dapat menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-14.

Berikut lampiran penuh surat terbuka tersebut :

Surat Terbuka Setiausaha Agung DAP kepada semua cawangan DAP

Mencapai Kemenangan Melalui Kebebasan, Harapan Dan Peluang Untuk Kemakmuran Dan Daya Saing Di Malaysia Dengan Melatih Bakat Kepimpinan Baru, Memodenkan Infrastruktur, Mewujudkan Kepimpinan Bersih Dan Urus Tadbir Yang Baik

DAP mencatatkan keputusan paling cemerlang dalam sejarah pilihan raya kita bagi Pilihan Raya Umum 2013, dengan memenangi 38 daripada 51 kerusi Parlimen dan 95 daripada 103 kerusi negeri yang kita tandingi. (Dengan 12 kerusi yang sedia ada di Sarawak, DAP kini mempunyai 107 Ahli Dewan Undangan Negeri). Kita merasa bangga DAP kini adalah parti yang benar-benar Malaysia kedua terbesar dengan wakil rakyat terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Kadazan.

Keputusan berani pemimpin DAP, Sdr Lim Kit Siang untuk menanggung risiko besar dengan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah berjaya menangkap imaginasi masyarakat di seluruh negara dan merupakan faktor utama dalam memacu kemenangan pilihan raya DAP, terutamanya di Johor.

DAP juga memenangi undi popular, dengan mencatatkan majoriti tertinggi lebih 50,000 oleh Sdri Teresa Kok serta membantu Pakatan Rakyat memenangi majoriti 2/3 di negeri-negeri kubu kuat kita di Pulau Pinang dan Selangor. Kita memenangi semua kerusi di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah. Dari segi undi popular, tidak ada negeri yang menghampiri jumlah 68% seperti yang diperolehi Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, lonjakan peningkatan 8% berbanding pilihan raya umum 2008.

DAP menang dengan menwarkan kebebasan, harapan dan peluang; berbanding penipuan, ketakutan dan politik wang. DAP menunjukkan bahawa ia memiliki jentera terbaik, yang paling bersedia dari segi organisasi dan dapat memberikan respon yang pantas terhadap situasi yang berlaku setiap hari. Salah satu titik perubahan utama adalah tindakan melampau BN dalam menggunakan politik wang, ancaman kekerasan dan pembohongan untuk memenangi pilihan raya umum. Tindak balas pantas DAP dalam menganjurkan “Go Bald To Protest Money Politics” sebuah kempen yang sangat memberi kesan kepada pengundi atas pagar dan memusnahkan apa sahaja baki sokongan kepada BN. Ramai wanita di seluruh negara bersedih apabila mereka melihat isteri saya dan wanita DAP membotakkan kepala dan terus memasang azam untuk menghukum BN.

Ini adalah kemenangan untuk semua rakyat Malaysia, dengan kadar keluar mengundi bersejarah yang mencapai 84%, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mahu mengambil bahagian dalam proses untuk menjadikan Malaysia sebuah negara demokrasi yang tulen. Pakatan Rakyat memenangi undi popular sebanyak 51% berbanding dengan hanya 47% untuk BN. Margin kemenangan adalah lebih besar di Semenanjung Malaysia sebanyak 53% bagi Pakatan Rakyat berbanding 45% untuk BN. Pakatan Rakyat memenangi 55% undi popular di Perak, namun tetap hilang kuasa.

Kita mempunyai kerajaan minoriti BN di Putrajaya, Perdana Menteri minoriti BN dan Menteri Besar minoriti BN di Perak. Demokrasi tidak membenarkan minoriti memerintah majoriti.

Terdapat keperluan mendesak bagi reformasi pilihanraya bagi menghormati prinsip “satu orang, satu undi, satu nilai”. Tiga langkah akan diambil :-

1. Proses undang-undang untuk mencabar di mahkamah kerusi-kerusi yang dimenangi BN melalui penipuan, undi-membeli dan memanipulasi senarai pengundi melalui pengundi hantu dan Bangladeshi yang bukan warganegara;
2. Proses politik untuk mendesak reformasi pilihanraya dalam dewan legislatif, kempen-kempen awam dan forum antarabangsa.
3. Proses rakyat bagi menjalankan kempen gerakan rakyat, hanya jika perlu, untuk menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil.

Kepimpinan Politik dan Legislatif

Mesyuarat CEC DAP yang diadakan pada 10 Mei 2013 di Ibu Pejabat kebangsaan parti, selain daripada mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung kerana dilantik semula sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, telah membuat keputusan berikut:

1. Bahawa DAP akan menyokong pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Parlimen ke-13;
2. Bahawa Sdr Lim Kit Siang dilantik semula sebagai Ketua Parlimen DAP;
3. Pihak yang berikut wakil-wakil rakyat yang dilantik ke jawatan berikut di DUN masing-masing:
DUN Kedah: Sdr Teoh Boon Kok sebagai whip DAP;

DUN Perak: Sdr Ngeh Koo Ham sebagai whip DAP;

DUN Negeri Sembilan: Sdr Anthony Loke sebagai Ketua Pembangkang DUN, Sdr Cha Kee Chin sebagai whip;

DUN Melaka: Sdr Goh Leong San sebagai Ketua Pembangkang, Sdr Lim Jack Wong sebagai whip;

DUN Johor: Sdr Dr Boo Cheng Hau sebagai Ketua Pembangkang dan Sdr Tan Chen Choon sebagai whip;

DUN Pahang: Sdr Tengku Zulpuri sebagai Ketua Pembangkang dan Sdr Lee Chin Chen sebagai whip;

DUN Sabah: Sdr Dr Edwin Bosi sebagai whip;

DUN Sarawak: Sdr Wong Ho Leng dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang dan Sdr Chiu Chin Seng sebagai whip

4. Bahawa Sdr Gobind Singh akan menubuhkan sebuah pasukan undang-undang untuk menguruskan pelbagai petisyen pilihan raya yang mungkin boleh difailkan oleh calon DAP.

Respon tidak rasional BN

Tindak balas tidak rasional BN dengan menggunakan perkauman dan ekstrimisme bagi mengalihkan perhatian daripada kekalahan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 sudah boleh dijangka. Begitu juga dengan penutupan pusat-pusat khidmat oleh Gerakan dan MCA serta keengganan mereka untuk memegang jawatan-jawatan kerajaan. Walau bagaimanapun “sandiwara” oleh Gerakan dan MCA ini mungkin akan berlangsung hanya setahun sebelum mereka menerima perlantikan semula kepada pelbagai jawatan kerajaan dikhaskan untuk MCA.

Dalam pada itu, ini adalah satu peluang keemasan untuk wakil-wakil rakyat yang baru dipilih untuk memperlihatkan kehadiran dengan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh BN di kubu kuat mereka. Atas sebab ini, parti meletakkan penekanan yang tinggi terhadap perkhidmatan kepada keperluan rakyat, bagi membolehkan DAP untuk membina organisasi DAP sebagai sebuah gerakan rakyat untuk rakyat.

Sebagai langkah pertama, semua wakil rakyat mesti menubuhkan pusat perkhidmatan mereka dan membuat pertemuan bagi menyelesaikan masalah pengundi di kawasan mereka. Lebih penting lagi adalah kerja berpasukan – satu pasukan perkhidmatan mesti ditubuhkan di setiap tempat mengundi. Hari-hari di mana hanya satu orang yang melakukan semua kerja sudah berakhir. Tiada pasukan bermakna tiada impian kejayaan bagi DAP. Interaksi yang kerap mesti dilakukan antara pasukan perkhidmatan, pihak awam dan jabatan-jabatan kerajaan.

DAP telah mengamanahkan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Sdr Tan Kok Wai untuk memantau dan melaksanakan langkah-langkah ini dengan kuasa penuh untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana wakil rakyat yang gagal untuk melaksanakannya. Sdr Tan akan dibantu oleh pemimpin CEC Sdri Teresa Kok, Sdr Anthony Loke, Sdr Tony Pua, Sdr Kulasegaran dan Sdr Vincent Wu. Sdri Teresa Kok akan memberi penekanan yang lebih kepada Sabah dan Sarawak.

DAP juga mencadangkan sebuah anjakan dari sekadar pusat-pusat perkhidmatan biasa untuk wakil-wakil rakyat kita dengan sebaliknya mewujudkan pusat-pusat komuniti.

Penekanan harus sentiasa diberi kepada usaha membina pasukan kita, memberi peluang kepada golongan muda dan belajar untuk berada dalam kerajaan. Kita ingin menggesa pemimpin-pemimpin di semua negeri untuk datang ke Pulau Pinang bagi membiasakan diri mereka dengan pengurusan kerajaan sebagai sebahagian daripada persediaan kita untuk mengambil alih Putrajaya dalam masa 5 tahun.

Ingatlah bahawa DAP menang dengan menawarkan kebebasan, harapan dan peluang untuk kemakmuran dan daya saing di Malaysia dengan melatih bakat kepimpinan baru, memodenkan infrastruktur, mewujudkan kepimpinan bersih dan urus tadbir yang baik.

Perjalanan ini adalah jauh dan sukar. Jagalah kesihatan anda. Kerja keras dan selamat maju jaya.

LIM GUAN ENG
Setiausaha-Agung

Wasabi Oyabunn..

Sabtu, 8 Jun 2013

Parti tunggal - Siapa yang untung, siapa yang melopong?


Ura-ura mahukan satu parti politik sahaja, perlu dibuat kajian yang amat teliti, mendalam dan serius. Cadangan ini telah kita ketahui telah lama disarankan oleh parti Gerakan setelah mereka kalah dalam PRU-12.

Kita sebagai orang Melayu dan parti UMNO khasnya haruslah memikirkan dari segi untung ruginya jika satu parti sahaja diwujudkan iaitu Barisan Nasional (BN).

Sudah tentu tiada lagi UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak! Parti-parti ini umumnya berjuang dan berpaksikan kepada satu kaum atau bangsa dan aspirasi perjuangan bangsa sejak sebelum dan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Berdasarkan masyarakat majmuk di Malaysia, adakah cadangan ini baik atau menguntungkan orang Melayu dan Islam? Jika kita mahu mengambil contoh negara lain atau negara jiran terdekat seperti Thailand dan Filipina, mereka terdiri daripada kaum sama atau setidak-tidaknya mereka berfahaman dan menganut agama sama.

Di negara kita amat berbeza sekali kerana majoriti penduduk yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, manakala kaum minoriti orang Cina dan India pula yang berfahaman dan menganut agama yang berbeza.

Keputusan PRU-13 yang lepas kita telah menyaksikan berlaku tsunami orang Cina mengundi pembangkang terutama DAP. Parti komponen BN terutamanya MCA dan Gerakan telah kalah teruk. Jika tanpa sokongan orang Melayu yang menjadi majoriti senyap, maka parti UMNO pun sudah lama 'bungkus'.


BN pun pasti rebah dan tumbang menyembah bumi jika tanpa bantuan orang Melayu, bumiputra Sabah/Sarawak dan segelintir orang India. Jadi kita rasa jika sistem satu parti atau parti tunggal dipersetujui, maka yang untung bukanlah orang Melayu tetapi orang bukan Melayu atau orang Cina dan India!

Sejak PRU pertama selepas Merdeka, UMNOlah yang mempunyai calon ADUN dan Parlimen yang ramai kerana mewakili majoriti penduduk Malaysia. Wakil UMNO yang menjadi majoriti dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Wakil UMNO yang menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan majoriti menteri-menteri kerajaan BN.

UMNO mendominasi dan menjadi tulang belakang parti Perikatan atau Barisan Nasional sekarang! Jika hanya ada parti tunggal adakah perkara ini akan diteruskan? Platfom manakah mereka mahu berkumpul dan bincang hal agenda Melayu seperti persidangan tahunan UMNO?

Adakah kita sudah menganggap agenda bumiputra sudah selesai? Cukup setakat ini sahaja kita tolong orang Melayu? Tahap ekonomi Melayu sudahkah mencapai 30 peratus? Sudah tertubuhkah universiti berteknologi tinggi untuk anak-anak Melayu atau universiti UMNO?

Kita jangan lupa MCA dan MIC telah lama ada universiti dan institusi pengajian tinggi mereka sendiri! Agenda mereka mungkin sudah selesai, kerana hampir keseluruhan perniagaan di negara ini telah dikuasai mereka! Apakah kita sudah mahu mentalkinkan UMNO sebagaimana yang ditunggu-tunggu oleh DAP?

Tanpa UMNO, adakah orang Melayu perlu pergi mengadu kepada Perkasa atau NGO-NGO Melayu lain? Atau orang Melayu akan kecewa dan beralih angin ke parti lain seperti Pas pula atau menubuhkan sebuah parti Melayu baru?

Persoalan-persoalan inilah yang perlu dijawab oleh pemimpin politik kita sebelum keputusan muktamad diambil. Beberapa tabung uji perlu dikaji dan diselidik dalam makmal yang akan ditubuhkan.


Patut diingat dengan adanya satu parti, maka pihak yang kalah dan minoriti akan sentiasa terselamat dan menjadi penumpang kepada parti lain lebih dominan iaitu UMNO! Sekiranya wakil kaum ini tidak menang, tiada siapa pun boleh mempertikaikan kerana yang kalah adalah calon parti sama?

Jadi, apabila susunan Kabinet jemaah menteri dibuat, maka orang Cina dan India akan juga dilantik mengikut kouta yang dipersetujui walaupun mereka kalah teruk!

Bagaimanakah pula jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Jika telah dalam satu parti, maka orang Cina dan India juga berminat jawatan-jawatan tersebut. Apa alasan kita jika mengatakan mereka tidak layak?

Sedangkan mereka juga berada dalam parti sama? Apakah Perlembagaan Malaysia juga nanti perlu dipinda? Kita juga harus ingat adakah telah terjamin jika kita adakan parti tunggal, orang Cina akan mengundi BN nanti pada PRU-14!

Begitu juga orang Melayu, adakah mereka akan terus menyokong BN jika bukan lagi atas nama UMNO?

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 7 Jun 2013

Hinanya aku dek Anwar Ibrahim?



SAJAK KITA TERTIPU LAGI


Ketahuliah

Satu Malaysia ini, sekarang

Diperbodoh-bodohkan oleh Anwar Ibrahim

Kita semua rakyat Malaysia kononnya bodoh belaka

Apakah harus kita membenarkan diri diperbodohkan?


Tak ada seorang pun pandai

Kecuali Anwar Ibrahim, dia anggap dirinya pandai

Lain semuanya tak guna

Tak layak jadi Perdana Menteri

Hinggakan dah jadi banduan pun masih nak jawatan itu

Pemimpin penyokongnya bebal membisu

Hati di dalam masih bernafsu


Siapa orangnya?

Si hipokrit, Anwar Bin Ibrahim


Anwar kata dia seorang saja yang bijak dan layak

Sebab itu dalam penjara pun masih nak teriak

Kalau tidak siapa nak tegakkan keadilannnnn…

Orang lain tak mampu

Orang lain zalim

Orang lain ada kroni

Orang lain ada nafsu

Aku cuma ada topeng palsu


Siapa orangnya?

Aku, Anwar Bin Ibrahim, paling wahid dalam menipu


Tak ada seorang pun layak jadi PM

Aku boleh dipercayai

Aku dimanjai

Aku cepat dapat jawatan tinggi

Tangan kananku indah terperi

Tak siapa tahu tangan di kiri

Banyak rahsia diam tersembunyi


Anwar Ibrahim perbodohkan semua orang

Anwar Ibrahim menghina kita semua

Dia seorang saja yang maha bersih

Kalaulah dia tak ada, negara jadi hancur

Sebab itu Anwar Ibrahim tak boleh diduga

Nilainya di luar bukan di hati

Menjaja di sana sini perjuangan mimpi

Jangan disentuhnya sama sekali


Siapa orangnya?

Siapa penyokongnya?

Orang yang buta mata, buta akal dan buta hati

Mahukah kita ikut sekali?


Begitulah Anwar Bin Ibrahim perbodohkan kita

Anwar Bin Ibrahim menghina kita semua

Apakah kita tidak terasa terhina?

Aku sangat rasa terhina.


Wasabi Oyabun..

Khamis, 6 Jun 2013

Pemimpin hebat bukan hasut rakyat ke jalanan..!!! Ada faham ka Anwar?


Pemimpin politik yang hebat dan bertanggungjawab tidak akan mengheret rakyat menghancurkan negara menerusi demonstrasi jalanan semata-mata kerana rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.

Sehubungan itu, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, rakyat seharusnya membuka mata dengan tindakan berterusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasut rakyat berdemonstrasi yang disifatkan strategi politik murahan dalam mencapai kepentingan peribadi.

Malah, katanya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sengaja mereka-reka sesuatu perkara yang tidak wujud seperti penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) serta isu kehadiran pengundi asing warga Bangladesh.

"Rakyat perlu fikir semula kenapa kerajaan atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu dipersalahkan dan menjadi mangsa fitnah sedangkan pembangkang juga menang besar hingga mendapat pertambahan kerusi di Parlimen dalam pilihan raya umum lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dakwaan berlaku penipuan besar-besaran dalam pilihan raya umum lalu sebenarnya merupakan jalan cerita (storyboard) yang direka sesetengah pihak berbulan-bulan lebih awal sebelum hari mengundi.

Tambah Aminah, beliau yakin pembangkang tidak akan menghentikan rancangan memburuk-burukkan kerajaan selepas gagal merampas kuasa dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pada itu, tambahnya, beliau hairan bagaimana isu warna kulit boleh dimainkan pembangkang untuk mengaitkan kehadiran pengundi asing terutama warga Bangladesh.

Katanya, pemimpin pembangkang sepatutnya memahami latar belakang Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan pelbagai warna kulit dan isu pengundi warga asing tidak sepatutnya ditimbulkan.

"Ini salah satu perkara yang sengaja dicipta pembangkang sebagai persediaan memburukkan kerajaan sekiranya mereka gagal menang besar dalam pilihan raya umum lalu.

"Saya yang pernah bersama mereka tahu taktik murahan seperti ini," katanya.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 4 Jun 2013

Nurul Izzah nak saman Musa Aman!


Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kerana menyalahguna kuasa dan menghalangnya beliau ke negeri itu.

"Saya akan menghantar surat rasmi kepada Ketua Menteri untuk menuntut penjelasan beliau," kata Nurul Izzah pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

"Saya juga sedang berbincang bersama ahli parlimen Penampang, Darell Leiking serta rakan peguam di Sabah untuk mempertimbang tindakan undang-undang terhadap Musa dan kita akan failkan di Kota Kinabalu," katanya lagi.


Izzah tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu petang semalam untuk menghadiri sambutan Hari Kaamatan anjuran KEADILAN Sabah.

Beliau bagaimanapun ditahan oleh pihak Imigresen atas arahan Pejabat Ketua Menteri lalu kad pengenalannya diambil sehingga beliau diiring masuk ke dalam pesawat.

Wasabi Oyabun..

Edisi selak dan dedah - Pemimpin DAP gelisah lebih banyak penyelewengan parti akan dibongkar?


Tindakan Karpal Singh yang mencabar Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya berhenti mendedahkan hasil siasatan, seolah-olah membuka pekung di dada sendiri kerana lebih banyak 'ulat-ulat' akan muncul.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, kenyataan Pengerusi DAP itu hanya akan menampakkan kegelisahan parti tersebut pada saat-saat akhir sebagai 'persediaan segera' jika siasatan tersebut tidak akan menyebelahi pihaknya.

"Kalau Karpal cabar henti dedah siasatan, lagi elok, kerana makin banyak ulat-ulat akan muncul, lagi dikorek, lagi banyak kesalahan mereka akan timbul.

"Kenapa baru sekarang Karpal muncul beri kenyataan sedangkan masalah pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) itu sudah lama dan hanya sebahagian daripada masalah ketidaktelusan parti yang begitu banyak. Kita percaya mereka akan 'tembak' pihak lain jika siasatan itu tidak berpihak kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas amaran Karpal semalam kepada ROS supaya berhenti mendedahkan maklumat hasil siasatan yang dijalankan terhadap parti itu sehingga urusan berkaitan selesai.

Khamis lalu, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman memberitahu, hasil siasatan yang dijalankan mendapati ramai ahli DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu Disember lalu tidak menerima notis panggilan daripada parti.

Sebelum ini, pelbagai persoalan ditimbulkan termasuk oleh ahli DAP sendiri yang mendakwa pemilihan CEC parti berkenaan tidak sah dan meragukan sehingga mendesak ROS menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Das Aseerpatham berkata, cabaran Karpal itu memberi petanda bahawa pemimpin-pemimpin tertinggi parti tersebut sudah mula takut kerana khuatir banyak lagi penyelewengan parti akan terdedah.

Menurut beliau, sudah sampai masanya 'kemungkaran' yang sudah berlaku dalam parti hampir 30 tahun lalu ditangani supaya memberi pengajaran kepada pihak atasan untuk mengamalkan prinsip ketelusan dan keadilan dalam parti selari dengan perjuangan asal.

Katanya, pemilihan CEC adalah hak ahli untuk melantik orang yang benar-benar layak bagi mengurus tadbir parti, bukan memberi kebenaran kepada mereka melabelkan parti itu sebagai hak peribadi.

"Pemimpin tertinggi parti sibuk mendesak agar pilihan raya diadakan secara adil dan bersih sedangkan dalam parti sendiri mereka tidak amalkan.

"Apabila terkena batang hidung sendiri mereka tidak hiraukan desakan dan suara ahli akar umbi malah menggunakan cara yang kotor seolah-olah parti ini bapa dia punya," katanya.-UMO

Wasabi Oyabun..

Isnin, 3 Jun 2013

Edisi selak dan dedah - Jenice akan fail tuntutan kes pemecatannya di mahkamah?


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee akan memfailkan tuntutan kes pemecatannya sebagai ahli DAP ke mahkamah dalam waktu terdekat.

Menurutnya, tindakan itu berikutan kegagalan pemimpin tertinggi DAP yang menerajui barisan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) termasuk Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menghantar surat rasmi dan membuktikan beliau layak dipecat.

Kata beliau, pemecatannya pada 20 April lalu juga tidak sah kerana kesemua jawatan dalam CEC termasuk yang dipegang Guan Eng tidak diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS) ekoran kemelut pemilihan jawatankuasa itu Disember lalu.

"Tujuan memfailkan kes itu untuk mengetahui kebenaran di sebalik pemecatan saya. Sebagai ahli seumur hidup DAP saya mempunyai hak untuk mempertikai perkara ini. Biar mahkamah menentukan tindakan jawatankuasa disiplin parti yang kononnya diiktiraf itu.

"Saya kecewa dengan Guan Eng yang tidak menyiasat kes ini dengan teliti dan tidak membantu saya sedangkan saya pernah meminta ahli-ahli DAP menyokong beliau sebelum ini. Guan Eng hanya bersetuju dengan pemecatan saya yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jenice baru-baru ini mencabar DAP membawa isu pemecatannya yang dibuat melalui Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai ke mahkamah bagi membuktikan kebenaran dakwaan beliau terlibat dengan penyalahgunaan dana melibatkan seorang pembantunya.

Ekoran dakwaan itu, Kok Wai mengeluarkan arahan memecat dan menggantung keahliannya hanya menerusi pengumuman media berikutan tindakan Jenice bertanding atas tiket Bebas menentang calon DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Tiew Way Keng dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dalam pada itu, Jenice turut mempertikai kenyataan Kok Wai yang akan mengemukakan bukti pemecatannya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan membabitkan tiga tuduhan terhadapnya melibatkan isu disiplin parti.

"Kok Wai memberitahu wartawan tuduhan terhadap saya amat serius tetapi beliau hanya mengemukakan satu tuduhan iaitu isu peruntukan yang saya luluskan di Sungai Pelek sebagai ADUN pada 2011,'' katanya.

Mengulas perkara itu, beliau mendakwa, kes peruntukan di Sungai Pelek tersebut diakui 100 peratus mengikut prosedur kerajaan negeri berbanding kes melibatkan Way Keng yang jelas melanggar peraturan selepas menaikkan harga kontrak peguam daripada RM15,000 kepada RM55,000 tahun lalu.

"Mengikut kenyataan Kok Wai saya tidak dicalonkan parti kerana dianggap 'melanggar undang-undang parti secara serius'.

"Tetapi kes Way Keng yang diaudit Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) jelas membuktikan dia melakukan penyelewengan, kenapa parti masih boleh mencalonkannya?" katanya.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 2 Jun 2013

Anwar tak minat jaga kebajikan orang India - Uthayakumar?



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilihat hanya berminat 'mengejar' undi kaum India berbanding memberi fokus kepada kebajikan mereka.

Perkara itu dinyatakan pemimpin Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P. Uthayakumar yang menegaskan, Anwar juga tidak berminat dalam menyelesaikan isu-isu melibatkan kaum India.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar melabel Hindraf sebagai bersifat perkauman selepas pernah menyokong serta 'menunggang' perjuangan pertubuhan itu pada 2008.

"Anwar telah gagal memberi maklum balas kepada Hindraf walaupun pergerakan ini pernah beberapa kali mencuba untuk berhubung dengan beliau.

"Kita telah menulis beberapa pucuk surat kepadanya berhubung banyak isu melibatkan kaum India, tetapi beliau tidak pernah beri maklum balas," katanya seperti dipetik dalam portal The Mole, www.mole.my hari ini.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 1 Jun 2013

Sudah melampau - Persenda YDP Agung Di Facebook?


Tindakan yang sudah melampau apabila terdapat segelintir rakyat Malaysia yang berani mengutuk serta mempersoalkan peranan Yang Dipertuan Agung (YDPA) Tuanku Abdul Halim di laman Facebooknya, hari ini.

Perkara ini semakin menjadi perbualan hangat dan sudah ‘viral’ di mana-mana laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Gadis yang dikenali sebagai Melinda Gooi secara terang-terangan mengutuk ucapan YDP Agung sempena Hari Keputeraan Baginda yang jatuh pada hari ini.

Jika benar ia berlaku, mereka tidak sepatutnya berada di Malaysia yang bertunjangkan kedaulatan Agung dan para sultannya.

Tindakan serta perbuatan menghambur kata-kata kesat serta mencemar institusi diraja di negara ini adalah tidak berasas sama sekali.

Jelas terbukti perbuatan sebegitu menunjukkan mereka adalah dari golongan yang berfikiran cetek, tidak matang serta tidak tahu adab sopan yang sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia.

Ini kerana kesetiaan kepada raja dan negara sendiri sudah tertakluk dalam lima Rukun Negara dan adakah sebarang tindakan yang akan diambil terhadap golongan-golongan yang berani mengutuk YDP Agung secara terang-terangam begini?

Kita tunggu dan lihat sahaja nanti!

Daulat Tuanku!

Wasabi Oyabun