Terima kasih kerana mengundi BN
Khamis, 6 Jun 2013
Pemimpin hebat bukan hasut rakyat ke jalanan..!!! Ada faham ka Anwar?
Pemimpin politik yang hebat dan bertanggungjawab tidak akan mengheret rakyat menghancurkan negara menerusi demonstrasi jalanan semata-mata kerana rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.
Sehubungan itu, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, rakyat seharusnya membuka mata dengan tindakan berterusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasut rakyat berdemonstrasi yang disifatkan strategi politik murahan dalam mencapai kepentingan peribadi.
Malah, katanya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sengaja mereka-reka sesuatu perkara yang tidak wujud seperti penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) serta isu kehadiran pengundi asing warga Bangladesh.
"Rakyat perlu fikir semula kenapa kerajaan atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu dipersalahkan dan menjadi mangsa fitnah sedangkan pembangkang juga menang besar hingga mendapat pertambahan kerusi di Parlimen dalam pilihan raya umum lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dakwaan berlaku penipuan besar-besaran dalam pilihan raya umum lalu sebenarnya merupakan jalan cerita (storyboard) yang direka sesetengah pihak berbulan-bulan lebih awal sebelum hari mengundi.
Tambah Aminah, beliau yakin pembangkang tidak akan menghentikan rancangan memburuk-burukkan kerajaan selepas gagal merampas kuasa dalam pilihan raya umum lalu.
Dalam pada itu, tambahnya, beliau hairan bagaimana isu warna kulit boleh dimainkan pembangkang untuk mengaitkan kehadiran pengundi asing terutama warga Bangladesh.
Katanya, pemimpin pembangkang sepatutnya memahami latar belakang Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan pelbagai warna kulit dan isu pengundi warga asing tidak sepatutnya ditimbulkan.
"Ini salah satu perkara yang sengaja dicipta pembangkang sebagai persediaan memburukkan kerajaan sekiranya mereka gagal menang besar dalam pilihan raya umum lalu.
"Saya yang pernah bersama mereka tahu taktik murahan seperti ini," katanya.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan