Terima kasih kerana mengundi BN
Isnin, 3 Jun 2013
Edisi selak dan dedah - Jenice akan fail tuntutan kes pemecatannya di mahkamah?
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee akan memfailkan tuntutan kes pemecatannya sebagai ahli DAP ke mahkamah dalam waktu terdekat.
Menurutnya, tindakan itu berikutan kegagalan pemimpin tertinggi DAP yang menerajui barisan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) termasuk Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menghantar surat rasmi dan membuktikan beliau layak dipecat.
Kata beliau, pemecatannya pada 20 April lalu juga tidak sah kerana kesemua jawatan dalam CEC termasuk yang dipegang Guan Eng tidak diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS) ekoran kemelut pemilihan jawatankuasa itu Disember lalu.
"Tujuan memfailkan kes itu untuk mengetahui kebenaran di sebalik pemecatan saya. Sebagai ahli seumur hidup DAP saya mempunyai hak untuk mempertikai perkara ini. Biar mahkamah menentukan tindakan jawatankuasa disiplin parti yang kononnya diiktiraf itu.
"Saya kecewa dengan Guan Eng yang tidak menyiasat kes ini dengan teliti dan tidak membantu saya sedangkan saya pernah meminta ahli-ahli DAP menyokong beliau sebelum ini. Guan Eng hanya bersetuju dengan pemecatan saya yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Jenice baru-baru ini mencabar DAP membawa isu pemecatannya yang dibuat melalui Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai ke mahkamah bagi membuktikan kebenaran dakwaan beliau terlibat dengan penyalahgunaan dana melibatkan seorang pembantunya.
Ekoran dakwaan itu, Kok Wai mengeluarkan arahan memecat dan menggantung keahliannya hanya menerusi pengumuman media berikutan tindakan Jenice bertanding atas tiket Bebas menentang calon DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Tiew Way Keng dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Dalam pada itu, Jenice turut mempertikai kenyataan Kok Wai yang akan mengemukakan bukti pemecatannya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan membabitkan tiga tuduhan terhadapnya melibatkan isu disiplin parti.
"Kok Wai memberitahu wartawan tuduhan terhadap saya amat serius tetapi beliau hanya mengemukakan satu tuduhan iaitu isu peruntukan yang saya luluskan di Sungai Pelek sebagai ADUN pada 2011,'' katanya.
Mengulas perkara itu, beliau mendakwa, kes peruntukan di Sungai Pelek tersebut diakui 100 peratus mengikut prosedur kerajaan negeri berbanding kes melibatkan Way Keng yang jelas melanggar peraturan selepas menaikkan harga kontrak peguam daripada RM15,000 kepada RM55,000 tahun lalu.
"Mengikut kenyataan Kok Wai saya tidak dicalonkan parti kerana dianggap 'melanggar undang-undang parti secara serius'.
"Tetapi kes Way Keng yang diaudit Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) jelas membuktikan dia melakukan penyelewengan, kenapa parti masih boleh mencalonkannya?" katanya.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan