Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 17 Jun 2013

Biar betul Anwar jumpa Najib di Jakarta?


Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menafikan beliau bertemu dengan Anwar Ibrahim di sini seperti yang digembar-gemburkan portal berita propembangkang, The Malaysian Insider.

Menurut Perdana Menteri, beliau juga pada masa sama tidak ada sebarang perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Tidak ada... tidak ada... tidak ada perjumpaan (dengan Anwar) dan saya pun tidak tahu siapa yang sebarkan berita itu.

"Memang tidak ada perancangan. Secara kebetulan dia (Anwar) di sini (Jakarta) dan saya juga di sini," kata Najib kepada wartawan selepas majlis makan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.


Yang hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan isteri, Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail.

Sepanjang berkunjung ke sini untuk lawatan peribadi, Najib turut mengambil peluang bertemu rakan-rakan beliau termasuk bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Kata Najib, pertemuan dengan Jusuf Kalla disifatkan beliau sebagai perjumpaan sebagai sahabat lama.

"Saya jumpa Jusuf Kalla sebab beliau kawan lama. Saya juga patutnya berjumpa Susilo Bambang Yudhoyono (Presiden Indonesia) tetapi beliau berada di Bali dan saya hanya berbual dengan melalui telefon," kata Najib lagi.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan