
Hanya satu yang mahu dibuktikan iaitu tiada orang lain kecuali mereka sahaja yang berkata benar. Sentimen dan emosi rakyat dibawa-bawa dan diapi-apikan sehingga menyemarakkan lagi kebencian dan melebarkan jurang permusuhan.
Kiat dan jurus inilah juga yang diperlihatkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrulamin Bahron kala ditangkap khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kuantan. Cara Badrulamin membela diri berhubung peristiwa itu memang menimbulkan banyak tanda tanya?

Jika polis dan kerajaan dituduh berkonspirasi dalam kes video seks melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. bagi kes ini Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang menjadi sasaran. Pakatan pembangkang tak peduli fakta kejadian bahawa JAIP hanya bertindak atas maklumat daripada suami wanita itu,
Tangkapan itu hanya prosedur biasa. Seperti analogi yang dinyatakan oleh Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz, panggilan daripada suami wanita itu kepada penguat kuasa agama ibarat menghubungi bomba jika berlaku kebakaran.
Jadi, di mana salahnya? Salahnya Badrulamin tidak mahu menyerahkan kes tangkapan itu kepada kebijaksanaan pegawai JAIP. Terlihat beliau mahu menyelesaikannya secara politik. Banyak dakwaan yang beliau buat menimbulkan tanda tanya termasuk kononnya dibelasah kira-kira 20 samseng.

Bagi mengelakkan rakyat tambah keliru, eloklah Ketua Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor ini berhenti bercakap dan mengulas kejadian itu. Beliau sudah menafikannya dan gunakanlah waktu cuti sebulan yang diberikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan sebaik-baiknya.
Tunjukkan jalan kepada para pimpinan yang lain bahawa beliau mampu menyelesaikan masalah yang dihadspinya mengikut lunas undang-undang sedia ada. Jangan babitkan orang lain.

Tunjukkan kepada para pimpinan yang lain sifat budiman seorang pemimpin yang sentiasa bersedia mengambil tanggungjawab. Jangan dicontohi ketuanya itu walaupun beliau memujanya sebagai makhluk penyelamat.
Begitupun memang agak aneh apabila Abdul Khalid memberi arahan supaya beliau direhatkan daripada jawatannya di pejabat Menteri Selangor itu. Mengapa ia tidak dilakukan ke atas Anwar yang selalu berbangga dengan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?
Alasan kononnya jawatan Penasihat Ekonomi Selangor tidak dalam struktur pentadbiran negeri jelas boleh dipertikaikan. Jika begitu, apa sebenarnya tugas Anwar di Selangor? Bagaimana pula dengan kedudukan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang juga selalu menonjolkan dirinya sebagai CEO, Pejabat Penasihat Ekonomi?

Desas-desus orang politik menyebut Badrulamin bukanlah tokoh yang disenangi dalam lingkungan pentadbiran kerajaan negeri. Beliau dibawa masuk sebagai strategi untuk menyeimbangkan tindakan Abdul Khalid yang sering tidak memihak kepada kepentingan politik PKR.
Sebenarnya bukanlah UMNO sangat yang meraih keuntungan atas peristiwa tangkapan khalwat Badrulamin dengan isteri orang di Kuantan itu. Orang dalam PKR mempunyai kepentingan yang lebih besar.
Ini kerana khalwat dan skandal bukan baru dalam kalangan orang politik. Mohamad Sabu yang kini diangkat sebagai Timbalan Presiden Pas pernah senasib dengan Badrulamin.
Begitu juga dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disyaki berzina dalam kereta api sehingga membawa kepada campur tangan kepimpinan tertinggi Pas.

Tiada campur tangan kerajaan negeri sebagaimana dinikmati ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafei yang menghadapi dakwaan menghina Sultan. Apakah bezanya antara Badrulamin dan Shuhaimi? Jika kerajaan negeri bersedia membiayai kos guaman Shuhaimi, kenapa pula Badrulamin dibiarkan 'menanggung' sendiri kesnya itu?
Desas-desus orang politik juga menyebut ada perebutan kuasa di Cabang Sabak Bernam. Beliau sebagai ketua cabang dikatakan mahu disingkirkan oleh tokoh baru, juga seorang bekas pensyarah undang-undang yang dikatakan mendapat sokongan luar biasa daripada Anwar.
Apa jua yang dilakukan oleh Badrulamin kini serba tak kena. Tetapi itulah politik PKR terutama orang seperti Badrulamin yang tidak mempunyai kuasa dan pengaruh. Layanan Kerajaan Negeri Selangor setakat ini hanya menunjukkan Badrulamin sengaja dipinggirkan.

Belum pun waktunya, Badrulamin sudah disingkirkan. Dan, ia juga kesilapan Badrulamin sendiri yang membenarkan dirinya terperangkap dalam suasana yang mendedahkan dirinya kepada risiko.
Satu lagi kesilapan besar Badrulamin ialah kerana beliau membiarkan dirinya terus setia dengan PKR dan Anwar. Jika melihat profilnya, orang seperti ini tidak sepatutnya berada dalam parti itu.
Itulah sebenarnya perangkap yang menjerat dirinya sekarang . Beliau tidak boleh salahkan orang lain kerana beliau sendiri yang memasang perangkap itu.
Oleh : Warung Politik
Dear Badrulamin..Come and joint my club..hahaha!!!

Wasabi Oyabun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan