Terima kasih kerana mengundi BN
Ahad, 25 Mac 2012
Azmin Ali buka pekong Pakatan Rakyat Selangor - MB Khalid terkedu!
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mendedahkan tiga perkara, didakwa menyalahgunakan dana dan kedudukan, membabitkan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas-Gombak Setia) ketika menjadi Exco Selangor.
Adun Bukit Antarabangsa itu berkata, Hasan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000 sedangkan Tan Sri Abdul Khalid selaku Menteri Besar tidak menggunakan satu sen pun untuk ubah suai pejabat.
Selain itu, Azmin juga mempersoalkan tindakan Hasan melaksanakan program Padat yang disifatkan sebagai satu pembaziran di mana program tersebut membabitkan perbelanjaan RM546,920 untuk satu majlis sahaja.
Hasan juga didakwa menyuburkan proses pemberian tender secara terus walaupun cuba dikekang Abdul Khalid.
Bagaimanapun beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempertikaikan dakwaan Azmin berhubung salah guna peruntukan kewangan oleh Hasan, yang kini bertindak sebagai Adun Bebas, ketika memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.
Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer), Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) dan Sulaiman Razak (BN-Permatang) yang tidak berpuas hati dengan dakwaan berkenaan, bangun mencelah ketika Azmin membahaskan titah Sultan Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, hari ini.
Azmin ketika memberikan penjelasan kepada ketiga-tiga Adun dan Dewan berasa hairan kenapa BN beria-ria mempertahankan bekas Pesuruhanjaya Pas Selangor yang tidak hadir pada sidang Dun hari ini.
Ketika yang ditemui di luar dewan berkata, mereka tidak terkejut dengan pendedahan Azmin memandangkan ia dipertikaikan selepas Hasan tidak lagi menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor dan dipecat dari Pas.
Penyalahgunaan dana yang didedahkan Ahli Parlimen Gombak itu pernah dibangkitkan oleh Adun BN pada sidang Dun sebelum ini, namun tidak dipersoalkan dan diberi perhatian oleh mana-mana Adun Pakatan Rakyat (PR) memandangkan Hasan masih berada dalam PR.
Hasan dipecat oleh Pas awal Januari lalu dan disusuli dengan pengguguran beliau dari barisan Exco Kerajaan Negeri.
Azmin: Yang Berhormat Gombak Setia, ketika menjadi Exco Selangor atas nama Islam, Melayu dan Institusi Raja guna peruntukan untuk ubahsuai pejabat Exco sejumlah hampir RM300,000. Menteri Besar tidak guna satu sen pun untuk mengubah suai pejabat.
Subahan: Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, adakah itu sebab Gombak Setia dipecat? Adakah sebab guna peruntukan RM300,000? Dulu, masa kita dok sebut..tiada pun pihak Yang Berhormat Bukit Antarabangsa sokong..pernah kita timbulkan persoalan ini..tak silap saya salah seorang ahli dewan di sini, pihak pembangkang (BN) pernah bawa isu ini, tetapi tiada bersambut..tetapi apabila (Gombak Setia) dah pindah ke sini..hendak disebut pula. Saya hendak tanya adakah itu salah satu sebab (Gombak Setia) dipecat, ataupun ada sebab-sebab lain?
Azmin: Apabila dakwaan seperti ini, kita akan lakukan beberapa proses. Yang Berhormat Menteri Besar jalankan siasatan melalui audit dalaman, penyiasatan berterusan, setelah itu, baru tindakan diambil. Perbincangan ini sampai ke peringkat atas dan setelah Gombak Setia tahu bahawa tindakan telah diambil mungkin itu sebab beliau cari alasan untuk keluar dari PR, ini satu contoh.
Subahan: Minta maaf YB, bukan keluar, dia dipecat. Kalau keluar secara sukarela.
Azmin: Templer... ada cara hendak keluar parti supaya nampak nilainya lebih tinggi . Kalau dia keluar begitu, dia nilai tidak ada. Pilihan raya dah dekat, kena buat sesuatu supaya dipecat. Takkan Taman Templer tidak faham strategi orang politik...!
Kemudian, atas nama Islam, Melayu, Raja-raja Melayu seorang exco boleh menggunakan peruntukan pelancaran Padat, satu majlis sahaja..kosnya RM546,920. Kalau wang ini diagihkan kepada rakyat sama ada di Sungai Panjang, Seri Serdang dan seluruh negeri Selangor... berapa banyak rakyat dapat manfaat. Di mana Islamnya, kalau tidak gunakan wang rakyat secara berhemah dan bertanggungjawab. Sebab itu saya tidak mahu ada orang yang datang menjadi jaguh Islam Melayu dan Raja tetapi apabila diberikan kuasa, tidak berhemah guna wang rakyat yang dibayar pembayar cukai dalam negara.
Yap Ee Wah: Saya tidak tahu sebab Bukit Antarabangsa tidak sebut tarikh bila program itu pelaksanaannya. Cuma saya hairan kenapa semasa Yang Berhormat Gombak Setia sebagai Exco, Bukit Antarabangsa sebagai Adun tidak pernah bangkit di dalam dewan sebelum ini.
Azmin: Sungai Pelek memang pelik, saya dah jawab tadi. Bila ada tuduhan seperti ini, kita kena melalui proses. Kita bukan seperti pentadbiran Umno buat fitnah, tohmahan, tidak ada bukti pun boleh dakwa orang. Kita hendak ambil tindakan kena ada siasatan menyeluruh yang dilakukan jabatan audit dan akhirnya keputusan dibuat Kerajaan Negeri apakah bentuk tindakan yang akan diambil.
Kemudian Azmin dedahkan mengenai isu pemberian tender terus di mana beliau berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba mengekang dan mengurangkannya namun Hasan menyuburkannya.
Azmin: Exco (Hasan Ali) pada ketika itu gunakan kuasa membelakang dasar Kerajaan Negeri dan keluarkan senarai persendirian sebanyak 83 syarikat dan diberi secara terus. Membelakangkan prosedur, perundangan, arahan sedangkan ada arahan perbendaharaan yang hanya berikan kuasa kepada pegawai kewangan negeri yang disebut sebagai kelulusan khas dari segi peroleh di mana ada pegawai kewangan negeri yang berkuasa berikan kelulusan.
Apa yang berlaku, bukan pegawai kewangan negeri yang berikan arahan ini tetapi Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam bekerjasama dengan individu tertentu dalam Pejabat Perbendaharaan Negeri berikan kelulusan dan senarai kepada JKR Negeri Selangor sebanyak 83 syarikat. Nilai kontrak ini setiap tahun bernilai RM35juta. Persoalan saya, di mana Islam, Melayu dan Raja yang hendak diangkat hari ini, sedangkan ketika berkuasa ini yang dilakukan. Saya bukan bawa fitnah tetapi saya bawa dokumen untuk membuktikannya.
Sulaiman: Terima kasih Bukit Antarabangsa kerana banyak membuat pendedahan sensasi tetapi kalau mengikut maklumat yang diberikan Bukit Antarabangsa beri tadi, 2010. Persidangan kali ini tahun 2012, sudah dua tahun berlalu. Saya percaya dokumen ini ada dan boleh diakses pihak Exco dan audit, pada tahun 2011 pun boleh. Tetapi malangnya pendedahan dibuat setelah individu berkenaaan tidak lagi menjadi Exco.. Pada saya, itu patut didedahkan lebih awal, kenapa tidak 2011, kita ada tiga kali persidangan. Tetapi tidak buat pendedahan sekali pun.
Kalau kita kata sebab kebenaran, mempertahankan integriti.Sepatutnya tidak kira kawan dan lawan. Perlu disebut lebih awal dan diambil tindakan pada waktu itu. Tetapi pendedahan dibuat selepas berlaku pemecatan.-SH
Wasabi Oyabun
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan