Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim enggan berkongsi pentas dengan blogger Raja Petra Kamaruddin dalam satu forum anjuran Wikileaks untuk membincangkan senario politik global.
Berikuatan permintaan dari Anwar, Raja Petra, atau lebih dikenali sebagai RPK telah diketepikan dari menyertai forum berkenaan. Forum itu dijadual akan diadakan Sabtu ini di Kent, England dan perbincangan di forum itu pada asalnya dirancangkan disertai oleh RPK, Anwar dan pengasas Wikileaks, Julian Assange.
Anwar dirancangkan menyertai forum itu melalui perhubungan komunikasi menggunakan Skype dan perbincangan berkenaan akan dirakamkan bagi satu dokumentari untuk Wikileaks, bagaimanapun selepas keengganan Anwar meyertainya jika RPK turut diundang sama menyaksikan foum berkenaan hanya disertai oleh beliau dan Assange.
Dalam pada itu, RPK dilaporkan sebagai berkata kepada sebuah akhbar portal, Free Malaysia Today (FMT)," Saya mendapat panggilan dari Wikileaks bahawa Anwar tidak bersetuju saya menyertai forum itu."
Beliau seterusnya membidas Anwar kerana mendakwa beliau (Anwar) gentar berhadapan dengannya di perbincangan berkenaan yang juga merangkumi keadaan semasa arena politik di Malaysia.
“Bagaimana Anwar mahu berdebat dengan Najib jika dia terlalu takut untuk berhadapan dengan saya ? Dia sepatutnya mencuba dulu dengan saya sebelum berhadapan dengan Najib," persoalnya lagi.
"Juga ia menunjukkan Anwar tidak menghormati dan menerima kebebasan media dan bantahan atau perbezaan pendapat," katanya lagi.
"Dia (Anwar) hanya berurusan dengan mereka yang menyokongnya dan bersetuju dengannya. Jika inilah Anwar sebagai pemimpin pembangkang, saya menggigil memikirkan bagaimana rupanya jika dia menjadi PM (Perdana Menteri)," beliau dipetik berkata kepada media portal berkenaan.
RPK, mendedahkan portalnya Malaysia Today telah mengadakan persetujuan dengan Wikileaks bagi membolehkan blognya menyiarkan semua pendedahan berkaitan Malaysia. Kontrak berhubung persetujuan berkaitan telah ditandatangani beberapa minggu lalu.
Sebelum ini, RPK merupakan penyokong kuat Anwar bermula sejak zaman awal Reformasi, bagaimanapun sejak beberapa bulan lalu beliau telah mengkritik Anwar secara terbuka kerana mendakwa Anwar tidak memiliki visi untuk Partinya, Part Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat.
Kenapa Anwar tolak cabaran berdebat dengan Raja Petra? Takut ke dengan bekas teman sebantal? Takut semua rahsia didedahkan ke? Kesian ya! Mana 'kejantanan Anwar' yang diwar-warkan selama ini oleh Azmin? Kenapa Anwar kelam kabut hubungi Wikileaks memberi syarat yang dia tidak akan sertai debat itu jika Raja Petra turut serta..hehe kalau dah takut dan salah tu faham-faham je lah..Wallahuallam..!!!
Wasabi Oyabun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan