Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 22 Mac 2012

Pembangkang 'double standard' terhadap projek Lynas!


Dewan Rakyat semalam baru sahaja meluluskan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas untuk menyiasat sama ada kilang tersebut benar-benar bahaya atau tidak.

Namun, yang mendukacitakan sungguh apabila ahli-ahli Parlimen pembangkang riuh-rendah membantah dan tidak menyokong undian tersebut. Mereka mendakwa, tindakan kerajaan menubuhkan PSC itu hanya cubaan untuk menutup keburukan terhadap pusat nadir bumi milik syarikat Australia itu.

Nasib baiklah BN menang dalam undian berkenaan. Dan seperti mana perilaku pembangkang sebelum ini, Dewan Rakyat semalam menyaksikan Ahli-Ahli Parlimen DAP sebulat suara tidak mahu menganggotai jawatankuasa tersebut.

Di sebalik bantahan DAP ini, isu Lynas sebenarnya lebih kurang serupa dengan bantahan pihak tertentu terhadap projek loji pengeluaran panel solar yang akan dibina di Batu Kawan, Pulau Pinang. Wujud desakan yang mahukan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menghentikan segera projek berkenaan meskipun dakwaan kerajaan negeri ia telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini.

Mengapa wujud double standard pula antara panel projek di Batu Kawan ini dengan Lynas? Pembinaan loji pengeluaran panel solar itu pun dikatakan akan menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar dan menjejaskan kesihatan.


Antara bantahan yang diterima adalah daripada nelayan dan pengusaha makanan laut yang mendakwa kehidupan mereka akan tercemar dengan sisa toksik apabila loji panel solar dibina di situ.

Sebagai sebuah kerajaan negeri pakatan pembangkang yang sering melaungkan ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat negeri ini, sepatutnya Guan Eng mendapatkan pandangan rakyat sebelum melaksanakan projek itu.

Dengan dikatakan pembinaan loji panel solar itu amat serius dan kerajaan DAP Pulau Pinang ada pilihan untuk tidak membina kilang berkenaan di negeri ini, maka mengapa DAP tidak melayan tuntutan Parti Cinta Malaysia (PCM) supaya diwujudkan jawatankuasa siasatan sama dalam kes Lynas.

Alasan Dr. Hatta Mohd. Ramli (Pas-Kuala Krai) yang mencelah hujah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) sebelum ini dengan mempersoalkan tentang keperluan penubuhan PSC dalam isu Lynas ekoran terdapat kenyataan daripada bakal pengerusi PSC, Datuk Seri Khaled Nordin berkenaan projek itu, juga agak dangkal.

Hatta merujuk perkara itu bahawa 'sudah ada kenyataan daripada menteri bahawa penubuhan PSC adalah untuk mengubah tanggapan negatif rakyat terhadap projek tersebut', justeru, tidak perlulah penubuhan PSC berkenaan.

Namun, kalau betul sungguh pakatan mahukan ketelusan, biarkanlah penubuhan PSC berkenaan dan sokonglah.



Kenyataan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) semalam bahawa kononnya pembangkang berharap dapat ambil bahagian (dalam PSC), tetapi tiada makna atas alasan 'kalaupun PSC isytihar ia berbahaya, pentadbiran BN akan memanipulasi situasi itu', itu pun hanya sandiwara beliau sahaja. Mengapa kalau betul pakatan pembangkang jujur dalam kes Lynas, tidak pula memberi peluang kepada PSC untuk membuktikan kebenaran?

Di sebalik ini semua, tindakan pakatan pembangkang tidak menyokong undian supaya diwujudkan PSC isu Lynas juga hampir sama dengan kes di mana suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat video lucah Anwar. Bila siasatan dijangka tidak akan menguntungkan mereka, pasti mereka akan membantah penubuhan PSC tersebut.

Nampak sangat pakatan pembangkang tak sanggup menerima kebenaran. Double standard sungguh!-UMO

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen