Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 16 Mei 2014

Khalid Ibrahim dimaki ahli PKR Cabang Kuala Selangor



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dimalukan oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri apabila beliau dimaki hamun oleh seorang ahli Cabang Kuala Selangor yang mendakwa calon Timbalan Presiden PKR itu sebagai penipu.

Ahli berkenaan, Zulkifli Abdullah menghamburkan kata-kata kasar sebaik sahaja mendapati Abdul Khalid keluar dari bilik sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini.

"Khalid Ibrahim penipu, rasuah! Sepatutnya ini tidak berlaku, sila berikan penjelasan," katanya dengan penuh emosi.

Sementara itu, Ab­dul Khalid yang terkejut apabila dimaki oleh Zulkifli dilihat terpinga-pinga dan terus menuju ke keretanya.

Penasihat PKR, Da­tuk Seri Anwar Ibrahim turut terkejut melihat Abdul Khalid dimalukan di hadapan khalayak ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Zulkifli menegaskan sebagai seorang pemimpin Melayu, Abdul Khalid tidak sepatutnya melakukan perkara yang bercanggah dengan tataetika lembaga disiplin parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Sebagai seorang pemimpin, (dia) harus tampilkan sifat terpuji bukan hampas! Memalukan Kuala Selangor sahaja.

"Beliau tahu sudah kalah, beliau buat strategi membatalkan pemilihan lawannya," katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli memberitahu, telah membuat laporan di Balai Polis Jeram terhadap Abdul Khalid berhubung pemilihan di Cabang Kuala Selangor.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan