Terima kasih kerana mengundi BN
Rabu, 7 Mei 2014
Keadilan, ketelusan diperjuang PKR seperti sandiwara?
Pergolakan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bercanggah dengan prinsip demokrasi sekali gus membuktikan parti itu tidak mempunyai integriti.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, keadilan dan ketelusan yang diperjuang PKR selama ini tidak ubah seperti sandiwara yang sarat dengan tipu muslihat serta helah politik.
Beliau menyifatkan kekecohan itu sebagai paling mengaibkan dalam sejarah PKR kerana membabitkan pemimpin tertinggi.
Rakyat boleh lihat dengan mata kepala sendiri kerakusan mereka yang merebut jawatan tertinggi sehingga berlaku pergolakan yang dipertonton kepada rakyat tanpa rasa segan.
Inilah PKR, parti Anwar Ibrahim yang penuh dengan hipokrit, kepalsuan, pembohongan dan fitnah tetapi semua itu boleh dihalalkan demi kuasa dan kedudukan lebih-lebih lagi apabila membabitkan kaum kerabatnya," katanya di sini hari ini.
Proses pemilihan PKR di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytihar sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula antaranya di Pulau Pinang, melibatkan Cabang Nibong Tebal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan pengerusi negeri.
Insiden di Pulau Pinang tidak hanya terhenti di situ kerana di Cabang Balik Pulau, proses pengundian bertukar panas apabila perbuatan kempen dan 'mencuri pengundi' di bilik mengundi menimbul rasa tidak puas hati para penyokong sehingga menyebabkan berlaku pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk.
Di Sabah, tiada persediaan rapi menyebabkan sesi mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom yang berlangsung di sebuah hotel bertukar kecoh dan tidak terkawal menyebabkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR cabang berkenaan, Nazri Udoi memutuskan mesyuarat serta pemilihan dibatalkan.
Hal sama berlaku di Perak apabila Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B), Muhammad Imran Abdul Hamid tidak berpuas hati dengan perjalanan pengundian bagi jawatan Ketua Cabang Lumut manakala di Kedah, calon Ketua AMK Cabang Sungai Petani, S. Arvind Kumar mendesak pengundian semula.
Mengulas lanjut, Wan Khairul berkata, insiden yang berlaku dalam pemilihan PKR adalah kerana pemilihan pemimpin ditentukan oleh Anwar menyebabkan calon bertanding tidak berpuas hati dengan proses pemilihan.
Mereka melakukan tipu muslihat untuk menentukan pemimpin mana yang mereka mahu. Mereka menggunakan kedudukan untuk menentukan siapa yang akan menang, demi kuasa dan kedudukan juga mereka menghalalkan segala kesalahan dan membenarkan dengan tanpa rasa bersalah," katanya.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan