Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 30 Mei 2014

Kes 38 rogol dua pelajar: Tiga beranak turut direman?

Antara 14 suspek yang direman untuk membantu siasatan kes rogol beramai-ramai di Ketereh.

Pasir Mas: Tiga beranak adalah antara 14 suspek ditahan polis setakat ini, untuk siasatan kes dua pelajar yang didakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki, dalam kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Suspek berusia 38 tahun itu bersama dua anak lelakinya masing-masing 15 dan 17 tahun, ditahan di Ketereh kelmarin, bagi membantu siasatan berhubung kejadian dan semua suspek kini direman seminggu.

Terus buru suspek

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, berkata polis masih meneruskan operasi memburu individu lain, yang disyaki terbabit dalam kes itu.

Dalam kejadian 20 Mei lalu, dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalamkejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, sehingga kemaluan mangsa cedera.

Seorang rakan lelaki mangsa pula dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh kumpulan lelaki berusia 20-an hingga 40-an terbabit.

Mangsa tinggalkan rumah

Sementara itu, gadis yang menjadi mangsa rogol 38 lelaki terbabit, sudah meninggalkan kediaman bersama keluarganya, sejurus keluar dari Hospital Kuala Krai, pada Isnin lalu.

Mangsa yang dikatakan mengalami trauma teruk, menyebabkan keluarganya mengambil langkah meninggalkan rumah mereka di Kuala Krai, bagi mengelak diganggu mana-mana pihak.

Malah, usaha pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke hospital pada hari mangsa dirawat untuk menawarkan bantuan khidmat kaunseling kepada mereka sekeluarga, turut ditolak bapanya dengan alasan mahu menjaga sendiri mangsa.

Sementara itu, dalam satu lagi kes rogol membabitkan mangsa berusia 12 tahun di Tawang, Bachok, pada Rabu minggu lalu, Yong Heng berkata, dua suspek sudah ditahan abang mangsa sebelum membelasah mereka.

“Abang mangsa yang berang dengan kejadian rogol itu, menahan dua suspek terbabit di Tumpat dan Panji pada dua hari lalu sebelum membelasah mereka hingga cedera, menyebabkan seorang daripadanya masih dalam rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia.

“Susulan kejadian itu, dua suspek terbabit kini disiasat polis mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Manakala abang mangsa yang berusia 20 tahun pula kini disiasat mengikut Seksyen 326 dan 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan,” katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan