Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 5 Mei 2014

MCA hanya tolak hudud, bukan tolak Islam?


MCA hari ini menegaskan parti itu hanya menolak hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas dan bukannya bermaksud menolak agama Islam. Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti itu tidak mahu melihat wujudnya dua sistem perundangan yang berlainan dalam satu negara.

"Pendirian MCA untuk menolak hudud bukanlah menolak agama Islam, kami akan mempertahankan keharmonian antara kaum-kaum sedia ada.

"Kami akan menegakkan semangat kesederhanaan dan sekular dalam pentadbiran negara yang mana kaum bukan Islam mempunyai kebebasan dalam kepercayaan," katanya ketika berucap semasa pelancaran Program ‘Teguh Bersama’ MCA, di sini hari ini.

Sementara itu, Liow ketika ditemui pemberita selepas pelancaran itu berkata, MCA mempunyai ramai pakar perundangan bagi mem­pertahankan pendirian parti untuk menolak hukum hudud.

Gerakan lancar 'Save Malaysia, No Hudud'!

Parti Gerakan hari ini melancarkan laman Facebook 'Save Malaysia, No Hudud' bagi terus menyatakan pendirian untuk menolak pelaksanaan hudud di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Liang Teck Meng berkata, laman Facebook itu akan menjadi saluran bagi me­nyam­paikan maklumat dan pan­dangan mengenai hudud, selain platform perbincangan bersama orang ramai ber­hubung perkara itu.

"Ia (laman Facebook) akan menjadi platform terbaik bagi kita berinteraksi dengan orang ramai selain menyampaikan pandangan mengenai hudud," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman Facebook itu di Menara PGRM, di sini hari ini.

Liang berkata, Gerakan menghormati agama Islam, namun undang-undang Islam itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya.

"Saya ingin menegaskan pendirian kami bahawa tidak se­mestinya antihudud itu anti-Islam...Cuma hudud ti­dak sesuai dilaksanakan di negara ini," katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan