Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 2 Mei 2014

YDP Agong DiLudah Dan Dimaki Hamun Peserta Himpunan Anti-GST?


Kuala Lumpur – Di dalam keghairahan segelintir masyarakat yang menyertai himpunan anti-GST yang diadakan semalam, sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai ‘Antifa’ telah bertindak di luar batasan apabila mengunakan kebebasan dan hak bersuara dengan menghina dan memaki-hamun institusi Diraja.

Mereka yang berkumpul di hadapan bangunan Menara Maybank, Jalan Tun Perak itu mula berarak ke Dataran Merdeka sekitar jam 3.00 petang sambil melaungkan slongan membantah perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Perarakan yang pada mulanya aman dan terkawal itu, mula bertukar kecoh apabila beberapa ahli dari kumpulan tersebut mula membuat bising dengan menyanyikan beberapa lagu provokasi yang diiringgi dengan alunan muzik.

Keadaan menjadi semakin bingit, apabila ada dikalangan mereka mula menjerit-jerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada para pemimpin negara.



Paling memeranjatkan, sejurus selepas menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku kata-kata cemuhan telah dilemparkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja Melayu.

“Fuck la Raja, Pergi Jahanam” jerit mereka petang semalam.

Malah ada dikalangan ahli kumpulan tersebut yang turut meludah apabila lirik ‘Raja Kita Selamat Bertahta’ dinyanyikan kononnya bagi menzahirkan rasa tidak puas hati.

Pengamal undang-undang dan pakar sejarah sebelum ini mengesa agar pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah menghina institusi Raja termasuk penjara mandatori.

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam, undang-undang itu perlu digubal dan dikuatkuasakan segera bagi menghentikan penghinaan terhadap Raja atau Sultan.

Malah perkara yang sama turut pernah dibahaskan di dalam Dewan Rakyat tidak lama dahulu, apabila ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional yang mahu mencadangkan agar satu akta khusus diwujudkan untuk mengukuhkan undang-undang sedia ada bagi menghalang mana-mana pihak daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh meruntuhkan institusi tertinggi negara itu.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan