Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 30 Mei 2014

Kes 38 rogol dua pelajar: Tiga beranak turut direman?

Antara 14 suspek yang direman untuk membantu siasatan kes rogol beramai-ramai di Ketereh.

Pasir Mas: Tiga beranak adalah antara 14 suspek ditahan polis setakat ini, untuk siasatan kes dua pelajar yang didakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki, dalam kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Suspek berusia 38 tahun itu bersama dua anak lelakinya masing-masing 15 dan 17 tahun, ditahan di Ketereh kelmarin, bagi membantu siasatan berhubung kejadian dan semua suspek kini direman seminggu.

Terus buru suspek

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, berkata polis masih meneruskan operasi memburu individu lain, yang disyaki terbabit dalam kes itu.

Dalam kejadian 20 Mei lalu, dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalamkejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, sehingga kemaluan mangsa cedera.

Seorang rakan lelaki mangsa pula dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh kumpulan lelaki berusia 20-an hingga 40-an terbabit.

Mangsa tinggalkan rumah

Sementara itu, gadis yang menjadi mangsa rogol 38 lelaki terbabit, sudah meninggalkan kediaman bersama keluarganya, sejurus keluar dari Hospital Kuala Krai, pada Isnin lalu.

Mangsa yang dikatakan mengalami trauma teruk, menyebabkan keluarganya mengambil langkah meninggalkan rumah mereka di Kuala Krai, bagi mengelak diganggu mana-mana pihak.

Malah, usaha pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke hospital pada hari mangsa dirawat untuk menawarkan bantuan khidmat kaunseling kepada mereka sekeluarga, turut ditolak bapanya dengan alasan mahu menjaga sendiri mangsa.

Sementara itu, dalam satu lagi kes rogol membabitkan mangsa berusia 12 tahun di Tawang, Bachok, pada Rabu minggu lalu, Yong Heng berkata, dua suspek sudah ditahan abang mangsa sebelum membelasah mereka.

“Abang mangsa yang berang dengan kejadian rogol itu, menahan dua suspek terbabit di Tumpat dan Panji pada dua hari lalu sebelum membelasah mereka hingga cedera, menyebabkan seorang daripadanya masih dalam rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia.

“Susulan kejadian itu, dua suspek terbabit kini disiasat polis mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Manakala abang mangsa yang berusia 20 tahun pula kini disiasat mengikut Seksyen 326 dan 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan,” katanya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 26 Mei 2014

Rayer malukan kaum India?


Keceluparan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer menggelarkan UMNO sebagai ‘celaka’ telah memalukan dan mencemarkan nama baik seluruh masyarakat India di negara ini.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, sebagai rakyat di sebuah negara yang berbilang kaum, Rayer tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan keterlaluan seperti itu kerana mampu memberi kesan tidak baik pada negara.

Malah tegas Nallakaruppan, perlakuan tersebut juga akan menyebabkan rasa saling menghormati antara kaum yang diamalkan selama ini akan terhakis.

“Tidak patut satu (seorang) India yang ada dalam negara ini cakap macam itu, kita semua kaum India amat malu.

“Negara ini bukan satu bangsa yang duduk tapi pelbagai bangsa. Ada Melayu, Cina dan India. Jadi kita kena hormat semua bangsa dan bukan bertindak sebegitu. Kawan-kawan Melayu saya pun bising, satu India sudah rosakkan nama semua India," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan hamper kepada ibu tunggal dan warga emas kawasan Parlimen Teluk Intan di Bilik Gerakan MIUP di sini hari ini.

Nallakaruppan mengulas keceluparan Rayer dalam sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini yang berulang kali mencela UMNO dengan gelaran celaka sehingga mengundang kemarahan sekumpulan pemuda yang bertindak merempuh bangunan DUN bagi meminta wakil rakyat berkenaan menjelaskan kenyataan biadab tersebut.

Rayer bukan sahaja enggan memohon maaf atau menarik balik kenyataan biadab itu malah mengulanginya pula dalam ceramah terbuka DAP ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

Tambah Nallakaruppan, kepimpinan DAP perlu mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya itu yang jelas telah menimbulkan suasana tidak elok pada negara selain rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu.

Katanya, siasatan juga harus dilakukan pihak-pihak terlibat sama ada ia dilakukan atas kehendaknya sendiri ataupun hasil hasutan pihak lain dalam DAP.

“Saya pun India dan menyokong Barisan Nasional (BN), tapi saya pun tak pernah cakap DAP macam itu. Kita di Malaysia semua kaum ibarat adik-beradik, jadi semua kena jaga hati satu sama lain.

“Jadi kita minta dia (Rayer) minta maaf pada UMNO dan orang Melayu di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Nallakaruppan memberitahu, semua kira-kira 5,000 ahli MIUP di Teluk Intan telah menyatakan sokongan padu mereka kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Katanya, mereka berjanji untuk memberikan kemenangan kepada BN pada 31 Mei nanti.

“Ini kerana mereka melihat kesungguhan Siew Keong yang terus bekerja dan memberi khidmat pada penduduk di sini meskipun telah kalah dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU)," katanya.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 24 Mei 2014

Panas...!!! Pendedahan mengenai DAP oleh bekas Melayu DAP?



Fikir dan renongkanlah wahai bangsa ku..!!!

Wasabi Oyabun..

Selasa, 20 Mei 2014

Pesawat MAS selamat mendarat di Langkawi setelah dipanah petir!


Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang disambar petir ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejurus sebelum tengah hari semalam.

Menurut pihak Malaysia Airlines, pesawat penerbangan MH1348 itu segera diperiksa dan kemudian dibenarkan berlepas.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pukul 10.55 pagi.

"Pesawat telah tiba di Kuala Lumpur dan meneruskan penerbangan mengikut jadual tanpa apa-apa masalah," menurut MAS dalam satu kenyataan.

Pesawat MAS direka untuk mampu menahan panahan petir dan mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang dipasang pada pesawat.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 19 Mei 2014

Letak calon Melayu di Teluk Intan hanya 'hiasan' DAP - Dr. Mahathir?


Tindakan DAP meletakkan calon Melayu pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan tindakan 'hiasan luaran' parti itu bagi mengaburi mata orang Melayu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, tidak mustahil ramai orang Melayu akan menyokong calon DAP itu kerana sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu mudah tertipu dengan tindakan seperti itu.


"Tindakan itu hanya hiasan luaran sahaja tiada harapan apa-apa (diletakkan kepada calon itu), kalau dia (calon itu) menang dia menanglah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau berucap pada program Chancellor's Talk di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calonnya menentang calon Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 18 Mei 2014

Wanita berdoa di lebuhraya?


Gambar wanita Indonesia berdoa di sebuah jejantas berhampiran bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka telah tersebar di laman media sosial.

Wanita itu dikenal pasti sebagai Anita Shiar, 27, dilihat memakai telekung dan membaca al-Quran. Gambar telah dikongsi di laman media sosial sejak petang Sabtu.

Difahamkan yang Anita mempunyai tabiat bersembahyang berikutan sebuah mimpi yang kejahatan bakal menimpanya.

Pihak polis mengesahkan bahawa mereka laporan atas kejadian itu.

Menurut pihak polis, tiada dokumen pengenalan terhadap wanita itu dan dia dihantar kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 16 Mei 2014

Khalid Ibrahim dimaki ahli PKR Cabang Kuala Selangor



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dimalukan oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri apabila beliau dimaki hamun oleh seorang ahli Cabang Kuala Selangor yang mendakwa calon Timbalan Presiden PKR itu sebagai penipu.

Ahli berkenaan, Zulkifli Abdullah menghamburkan kata-kata kasar sebaik sahaja mendapati Abdul Khalid keluar dari bilik sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini.

"Khalid Ibrahim penipu, rasuah! Sepatutnya ini tidak berlaku, sila berikan penjelasan," katanya dengan penuh emosi.

Sementara itu, Ab­dul Khalid yang terkejut apabila dimaki oleh Zulkifli dilihat terpinga-pinga dan terus menuju ke keretanya.

Penasihat PKR, Da­tuk Seri Anwar Ibrahim turut terkejut melihat Abdul Khalid dimalukan di hadapan khalayak ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Zulkifli menegaskan sebagai seorang pemimpin Melayu, Abdul Khalid tidak sepatutnya melakukan perkara yang bercanggah dengan tataetika lembaga disiplin parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Sebagai seorang pemimpin, (dia) harus tampilkan sifat terpuji bukan hampas! Memalukan Kuala Selangor sahaja.

"Beliau tahu sudah kalah, beliau buat strategi membatalkan pemilihan lawannya," katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli memberitahu, telah membuat laporan di Balai Polis Jeram terhadap Abdul Khalid berhubung pemilihan di Cabang Kuala Selangor.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 12 Mei 2014

Ahmad Razif diperkenan MB baharu Terengganu?


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin.

"Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014.

"Baginda telah memperkenankan pelantikan Adun Seberang Takir Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda," katanya.

Najib berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.

Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 11 Mei 2014

Jangan berselindung, berterus terang sajalah DAP!


Entah apa mimpi yang menguliti tidur­nya, seorang wakil rakyat DAP dari Pulau Pinang secara tiba-tiba mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa transgender di negeri itu. ‘Tujuannya' bagi membela golongan berkenaan. Juga bagi membuktikan ‘kesamarataan' yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Wakil rakyat itu kelihatan bersungguh-sungguh dengan idea tersebut. Khabarnya sudah dipanjangkan kepada kerajaan negeri. Beliau berharap perkara itu dapat dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, dua minggu lagi.

‘Menariknya’ saranan itu muncul di tengah-tengah kehangatan isu penolakan masyarakat terhadap perjuangan Gabu­ngan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Tidak dapat dipastikan apa motif wakil rakyat berkenaan mengutarakan cada­ngan tersebut. Ada beberapa andaian yang boleh ditelah. Satunya jumlah golongan berkenaan semakin meningkat di di Pulau Pinang. Kedua, nasib golongan tersebut di bahagian pulau dan tanah besar Seberang Perai sangat tidak terbela sehingga memerlukan sebuah jawatankuasa khas bagi kumpulan ini.

Mereka mungkin juga dipinggirkan, menerima layanan buruk, sering menjadi mangsa prejudis dan diskriminasi di bawah pemerintahan khalifah sekarang.

Jika cadangan ini diterima, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama yang mempunyai jawatankuasa khas berhubung transgender, tahniah!

Jawatankuasa ini nanti sudah tentu berfungsi sebagai satu platform rasmi untuk golongan itu.

Bunyinya suci dan sungguh mulia. Platform tersebut akan memperjuangkan isu-isu berkaitan transgender.


Pada peringkat awal mungkin berkisar kepada ‘kempen-kempen’ bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Pulau Pinang untuk memahami ‘kehidupan’ golongan ini.

Kempen-kempen ‘kesedaran’ ini sudah pasti berselang-seli dengan kisah-kisah ‘azab dan lara’ golongan transgender yang kononnya terpinggir, menjadi mangsa diskriminasi, menerima layanan buruk ma­syarakat, majikan dan di tempat kerja serta pelbagai lagi.

Jangan terkejut, fasa seterusnya akan meneroka bab-bab kesamarataan mengikut definisi dan budaya hidup golongan ini. Antaranya hak mereka untuk berpasangan, mendirikan berumahtangga, berkeluarga dan hak meluahkan jantina palsu masing-masing di khalayak secara terbuka.

Kalaulah ini berlaku, nampaknya sama seperti apa yang sudah berlaku di kebanyakan negara Barat.

Golongan ini bebas berarak di jalan raya memperjuangkan hak-hak di atas. Juga salin tak tumpah dengan wajah perjuangan Comango.

Jadi apa motif sebenar cadangan ini diutarakan. Tidak dapat dipastikan adakah itu satu cadangan yang tulus dan jujur atau sekadar satu lagi provokasi terbaharu. Apa perlunya sebuah jawatankuasa untuk transgender kerana sejak dua penggal memerintah, kerajaan negeri sudah mempunyai satu portfolio khas menjaga hal-ehwal kebajikan rakyat.


Banyak NGO sudah mula bersuara. Mereka melihat saranan itu sebagai melampau, ekstrem dan tidak masuk akal apatah lagi keluar dari mulut seorang wakil rakyat. Sesetengahnya pula melihat saranan ini sebagai percubaan mempromosi budaya songsang secara berselindung.

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) awal-awal lagi sudah menghidu ‘bau busuk’ di sebalik cadangan tersebut malah menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Menentang cadangan ini bukan bermakna menentang golongan transgender, tetapi menentang satu agenda halus sebuah parti politik yang berselindung di sebalik nama kesamarataan.

Wakil-wakil rakyat di Pulau Pinang perlu waras dalam menilai perkara tersebut. Tidak perlulah bersungguh-sungguh sangat. Banyak lagi jawatankuasa lain yang lebih berfaedah boleh ditubuhkan.

Kenapa tidak wujudkan jawatankuasa khas bagi membantu dan membela nasib penduduk-penduduk miskin duduk di kampung-kampung tradisional seper­ti Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Asam dan Kampung Tengah.

Sudahkah ditubuhkan jawatankuasa ba­gi membela nasib penjaja-penjaja kecil di sekitar Batu Feringghi, Padang Kota atau di tengah-tengah bandar Georgetown yang sering menjadi mangsa tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan.

Apa pula nasib nelayan pantai di Kampung Tanjung Tokong yang terjejas teruk kehidupan mereka akibat kerakusan pembangunan projek-projek jutaan ringgit. Sudahkah ada satu jawatankuasa khas untuk mereka?

Janganlah berselindung di sebalik nama kebajikan, kesamarataan dan hak asasi. Berterus terang sahajalah, kalaupun mahu menyokong Comango.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 9 Mei 2014

Azmin kata 'Jangan Sentuh Anwar'...Kah..Kah..Kah..!!!


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali pada Perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka 1 Mei yang lalu telah memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan agar tidak 'sentuh' Peliwat Tegar @ Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Amaran yang dikeluarkan Azmin itu seolah-oleh membayangkan bahawa himpunan yang diadakan hari ini bukanlah untuk membantah GST tetapi untuk membela ketua pembangkang itu.

"Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak ingin ulang kezaliman dengan menjatuhkan hukuman kepada Anwar. Jangan kamu zalimi rakyat dan Anwar. Jangan kamu sentuh Anwar.



"Rakyat Malaysia tidak akan benarkan walau sesaat Anwar dimasukkan ke dalam penjara. Lawan tetap lawan. Kezaliman yang dilakukan bukan hanya kepada Anwar tetapi kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 20 ribu peserta yang hadir pada perhimpunan bantah GST di ibu negara.

Dalam ucapannya, Azmin turut memberi gambaran bahawa akan mengadakan demostrasi jalanan bagi membantah keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Anwar bersalah di atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Apa yang penulis boleh katakan hanyalah KEPALA TAIK kamu Azmin? Kamu ingat Anwar tu DEWA kamu ke..tak lut undang-undang? Kamu dengan Anwar tu sama saja...sorang suka main depan dan sorang lagi main belakang..!!! Hak Hak puihh..!!!!

Wasabi Oyabun..

Rabu, 7 Mei 2014

Keadilan, ketelusan diperjuang PKR seperti sandiwara?


Pergolakan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bercanggah dengan prinsip demokrasi sekali gus membuktikan parti itu tidak mempunyai integriti.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, keadilan dan ketelusan yang diperjuang PKR selama ini tidak ubah seperti sandiwara yang sarat dengan tipu muslihat serta helah politik.

Beliau menyifatkan kekecohan itu sebagai paling mengaibkan dalam sejarah PKR kerana membabitkan pemimpin tertinggi.

“Rakyat boleh lihat dengan mata kepala sendiri kerakusan mereka yang merebut jawatan tertinggi sehingga berlaku pergolakan yang dipertonton kepada rakyat tanpa rasa segan.

“Inilah PKR, parti Anwar Ibrahim yang penuh dengan hipokrit, kepalsuan, pembohongan dan fitnah tetapi semua itu boleh dihalalkan demi kuasa dan kedudukan lebih-lebih lagi apabila membabitkan kaum kerabatnya," katanya di sini hari ini.

Proses pemilihan PKR di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytihar sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula antaranya di Pulau Pinang, melibatkan Cabang Nibong Tebal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan pengerusi negeri.

Insiden di Pulau Pinang tidak hanya terhenti di situ kerana di Cabang Balik Pulau, proses pengundian bertukar panas apabila perbuatan kempen dan 'mencuri pengundi' di bilik mengundi menimbul rasa tidak puas hati para penyokong sehingga menyebabkan berlaku pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk.

Di Sabah, tiada persediaan rapi menyebabkan sesi mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom yang berlangsung di sebuah hotel bertukar kecoh dan tidak terkawal menyebabkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR cabang berkenaan, Nazri Udoi memutuskan mesyuarat serta pemilihan dibatalkan.

Hal sama berlaku di Perak apabila Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B), Muhammad Imran Abdul Hamid tidak berpuas hati dengan perjalanan pengundian bagi jawatan Ketua Cabang Lumut manakala di Kedah, calon Ketua AMK Cabang Sungai Petani, S. Arvind Kumar mendesak pengundian semula.

Mengulas lanjut, Wan Khairul berkata, insiden yang berlaku dalam pemilihan PKR adalah kerana pemilihan pemimpin ditentukan oleh Anwar menyebabkan calon bertanding tidak berpuas hati dengan proses pemilihan.

“Mereka melakukan tipu muslihat untuk menentukan pemimpin mana yang mereka mahu. Mereka menggunakan kedudukan untuk menentukan siapa yang akan menang, demi kuasa dan kedudukan juga mereka menghalalkan segala kesalahan dan membenarkan dengan tanpa rasa bersalah," katanya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 5 Mei 2014

MCA hanya tolak hudud, bukan tolak Islam?


MCA hari ini menegaskan parti itu hanya menolak hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas dan bukannya bermaksud menolak agama Islam. Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti itu tidak mahu melihat wujudnya dua sistem perundangan yang berlainan dalam satu negara.

"Pendirian MCA untuk menolak hudud bukanlah menolak agama Islam, kami akan mempertahankan keharmonian antara kaum-kaum sedia ada.

"Kami akan menegakkan semangat kesederhanaan dan sekular dalam pentadbiran negara yang mana kaum bukan Islam mempunyai kebebasan dalam kepercayaan," katanya ketika berucap semasa pelancaran Program ‘Teguh Bersama’ MCA, di sini hari ini.

Sementara itu, Liow ketika ditemui pemberita selepas pelancaran itu berkata, MCA mempunyai ramai pakar perundangan bagi mem­pertahankan pendirian parti untuk menolak hukum hudud.

Gerakan lancar 'Save Malaysia, No Hudud'!

Parti Gerakan hari ini melancarkan laman Facebook 'Save Malaysia, No Hudud' bagi terus menyatakan pendirian untuk menolak pelaksanaan hudud di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Liang Teck Meng berkata, laman Facebook itu akan menjadi saluran bagi me­nyam­paikan maklumat dan pan­dangan mengenai hudud, selain platform perbincangan bersama orang ramai ber­hubung perkara itu.

"Ia (laman Facebook) akan menjadi platform terbaik bagi kita berinteraksi dengan orang ramai selain menyampaikan pandangan mengenai hudud," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman Facebook itu di Menara PGRM, di sini hari ini.

Liang berkata, Gerakan menghormati agama Islam, namun undang-undang Islam itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya.

"Saya ingin menegaskan pendirian kami bahawa tidak se­mestinya antihudud itu anti-Islam...Cuma hudud ti­dak sesuai dilaksanakan di negara ini," katanya.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 2 Mei 2014

YDP Agong DiLudah Dan Dimaki Hamun Peserta Himpunan Anti-GST?


Kuala Lumpur – Di dalam keghairahan segelintir masyarakat yang menyertai himpunan anti-GST yang diadakan semalam, sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai ‘Antifa’ telah bertindak di luar batasan apabila mengunakan kebebasan dan hak bersuara dengan menghina dan memaki-hamun institusi Diraja.

Mereka yang berkumpul di hadapan bangunan Menara Maybank, Jalan Tun Perak itu mula berarak ke Dataran Merdeka sekitar jam 3.00 petang sambil melaungkan slongan membantah perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Perarakan yang pada mulanya aman dan terkawal itu, mula bertukar kecoh apabila beberapa ahli dari kumpulan tersebut mula membuat bising dengan menyanyikan beberapa lagu provokasi yang diiringgi dengan alunan muzik.

Keadaan menjadi semakin bingit, apabila ada dikalangan mereka mula menjerit-jerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada para pemimpin negara.



Paling memeranjatkan, sejurus selepas menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku kata-kata cemuhan telah dilemparkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja Melayu.

“Fuck la Raja, Pergi Jahanam” jerit mereka petang semalam.

Malah ada dikalangan ahli kumpulan tersebut yang turut meludah apabila lirik ‘Raja Kita Selamat Bertahta’ dinyanyikan kononnya bagi menzahirkan rasa tidak puas hati.

Pengamal undang-undang dan pakar sejarah sebelum ini mengesa agar pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah menghina institusi Raja termasuk penjara mandatori.

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam, undang-undang itu perlu digubal dan dikuatkuasakan segera bagi menghentikan penghinaan terhadap Raja atau Sultan.

Malah perkara yang sama turut pernah dibahaskan di dalam Dewan Rakyat tidak lama dahulu, apabila ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional yang mahu mencadangkan agar satu akta khusus diwujudkan untuk mengukuhkan undang-undang sedia ada bagi menghalang mana-mana pihak daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh meruntuhkan institusi tertinggi negara itu.

Wasabi Oyabun..