Terima kasih kerana mengundi BN
Khamis, 27 Mac 2014
#MH370 Hari Ke-20: Pengguna Facebook tidak setuju Ahmad Jauhari letak jawatan?
Berikut pengumuman Perdana Menteri bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dan menamatkan perjalanan di Lautan Hindi, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) telah alami banyak tentangan dan cabaran.
Firma guaman bersedia menguruskan urusan menyaman MAS dan kini timbul pula desakan agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya meletakkan jawatan.
Persoalan tersebut timbul ketika sebuah sidang media yang diadakan di KLIA dimana wartawan bertanyakan samada beliau akan meletakkan jawatan ekoran tragedi ini.
Menurut laporan, Ahmad Jauhari menjawab bahawa itu merupakan pilihan peribadi beliau dan keputusan itu hanya akan dibuat selepas tragedi ini selesai.
Yang jelas dan nyata ekoran jawapan tersebut, rakyat Malaysia amat prihatin dan tidak ikut serta memaksa Ahmad Jauhari membuat keputusan. Ini jelas kelihatan pada komen di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter dimana jelas kelihatan bagaimana ramai perhatikan keadaan Ahmad Jauhari dalam setiap sidang media sebagai sedih dan tidak terurus. Ramai pengguna media sosial juga sedar akan tanggungjawab yang dipikul Ahmad Jauhari dan memohon pihak yang gemar mengkritik agar prihatin dengan perasaan CEO serta ahli keluarga beliau.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nak letak jawatan pasai ape. Bukan salah atau kehendak dia. Nih nak bagi tahu, yang kena sama berjuta dan beratus-ratus ribu dan yang bakal di penjara 5 tahun ni yang patut letak jawtan. Sebab itu kesalahan mereka sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung lah. Ni yang pakai spendar besar tu, lagi patut letak jawatan. Memalukan aje.
BalasPadam