Terima kasih kerana mengundi BN
Isnin, 3 Mac 2014
Azri mahu lawan saman fitnah Anwar?
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarang KL Pos Media & Production Sdn. Bhd, Wan Muhammad Azri Wan Deris nekad akan melawan kes saman fitnah oleh Anwar Ibrahim terhadapnya sehingga ke Mahkamah Persekutuan bagi membuktikan dia tidak bersalah.
Wan Muhammad Azri (gambar) yang didapati bersalah memfitnah Anwar oleh Mahkamah Tinggi di sini baru-baru ini, berkata, beliau akan terus berjuang sehingga rakyat biasa seperti dia mendapat keadilan sewajarnya.
"Saya cuma orang kerdil lawan dengan pemimpin besar. Saya akan failkan kes ini ke Mahkamah Rayuan dan kalau kalah juga, saya akan lawan sehingga ke Mahkamah Persekutuan," katanya di sini hari ini.
Menurut Wan Muhammad Azri, beliau akan membuktikan bahawa beliau bukan pemilik blog www.papagomo.com seperti yang didakwa oleh Anwar.
"Saya disabitkan atas kesalahan selepas Mahkamah Tinggi menerima keterangan daripada seorang penulis blog lain bahawa saya adalah Papagomo.
"Saya bukan Papagomo dan saya pun hairan kenapa Anwar tidak menyaman ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah iaitu salah seorang daripada 'Trio Datuk T' yang mendedahkan rakaman video seks dikatakan mirip pemimpin pembangkang dengan seorang wanita," katanya.
Pada 28 Februari lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar selepas mendapati Anwar berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap beliau.
Anwar memfailkan saman itu pada 21 Mac 2013 kerana mendakwa Wan Muhammad Azri, 31, adalah pemilik blog, www.papagomo.com yang menyiarkan artikel dan paparan video seks sejenis secara berturut-turut dari 16 Mac hingga 20 Mac tahun lalu.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa Wan Muhammad Azri, secara nyata atau tersirat menyatakan individu di dalam imej-imej dalam artikel yang disiarkan itu adalah beliau.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan