Terima kasih kerana mengundi BN
Rabu, 19 Mac 2014
Melucukan! Wan Azizah Dakwa Berjuta Rakyat Menangis Anwar Dijatuhkan Hukuman Meliwat – Syed Ali?
“Melucukan, Wan Azizah (Datin Seri) Ismail dakwa berjuta rakyat Malaysia menangis apabila suaminya, Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman lima tahun kerana kesalahan meliwat,” kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Sebaliknya kata beliau, Presiden PKR itu sebenarnya yang ‘kelakar’ kerana cuba memberi gambaran suaminya bersih dan tidak terjebak dengan masalah moral.
Katanya, tidak ada sebab mengapa rakyat negara ini perlu menangis kerana Anwar didapati bersalah meliwat.
“Kes tersebut kes liwat, seks songsang, jadi kenapa nak beritahu bahawa rakyat menangis, siapa Anwar ? soal beliau.
“Mungkin ada seorang dua penyokong PKR menangis dan bersedih kerana bersimpati dengan Anwar.
Tambah beliau, masalah peribadi Anwar tidak sewajarnya dipolitikkan sehingga menuduh sistem kehakiman tidak adil.
Wan Azizah kata Syed Ali, terpaksa bertungkus-lumus cuba memberi gambaran kepada umum bahawa Anwar telah dizalimi.
“Beliau masih cuba ‘menegakkan benang basah’, tidak mahu terima hakikat dan keputusan perundangan,” katanya.
Oleh sebab itu katanya, Wan Azziah cuba memanipulasikan isu juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahamd Shah kononnya menangis apabila keputusan liwat 2 diumumkan mahkamah baru-baru ini.
Wan Azizah merujuk kepada laporan sebuah tabloid United Kingdom (UK), Daily Mail yang menyatakan kapten Zaharie, yang juga anggota PKR sebagai ‘fanatik politik’.
Kenyataan Wan Azizah disiarkan oleh portal berita pro-pembangkang, malaysiakini.com semalam.
Wan Azizah turut menafikan pakatan pembangkang mempolitikkan insiden kehilangan pesawat MH370 tetapi menegaskan kerajaan lemah menguruskan krisis tersebut.
Mengulas lanjut, Syed Ali mendakwa Wan Azizah berada di dalam keadaan tertekan untuk berdepan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini.
Oleh sebab itu katanya, apa sahaja isu semasa yang berlaku akan dimanipulasikan untuk kepentingan kempen pembangkang.
“Ini termasuk isu MH370, dia dakwa kerajaan lemah tetapi sejak awal insiden itu berlaku pembangkang hanya menyalahkan kerajaan,” ujarnya.
Malah tegas beliau, pakatan pembangkang menjadikan kehilangan pesawat MAS MH370 sebagai salah satu agenda politik dalam ceramah mereka.
“Mereka tunding jari kepada kerajaan dengan pelbagai tuduhan dan persepsi negatif, sepatutnya mereka bersama kerajaan kerana ianya isu negara dan melibatkan nyawa orang awam,” tegasnya.
Menyifatkannya sebagai usaha terakhir pembangkang dalam kempen PRK DUN Kajang, beiau menambah pengundi telah menolak kehadiran beliau.
“Pengundi di DUN Kajang bukannya buta untuk menilai percaturan politik Wan Azizah dan Anwar,” katanya.
Sebaliknya dakwa beliau, Anwar menggunakan DUN Kajang sebagai ‘papan catur’ untuk menghidupkan nyawa politkknya.
Oleh sebab itu katanya, Anwar menamakan Wan Azizah sebagai calon pengganti setelah beliau disabitkan bersalah dalam kes meliwat.
“Anwar sedang berusaha untuk meneruskan penguasaan keluarganya dalam politik walaupun Wan Aziah dijadikan calon boneka PKR,” tegasnya – umnobahagiancheras
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan