Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 31 Mac 2014

Shamsul Iskandar mohon batal tuduhan 'Blackout 505'?


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin hari ini memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya berhubung perhimpunan 'Blackout 505' di pekarangan sebuah masjid di sini tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka memfailkan notis permohonan itu melalui firma guaman, Tetuan Fahda Nur & Yusmadi di Pejabat Pendaftar, Mahkamah Tinggi di sini.

Shamsul Iskandar memohon agar kes saman mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman itu digantung atau dibatalkan dengan alasan pertuduhan terhadapnya adalah cacat, defektif dan tidak menepati kehendak-kehendak tempat larangan selain penyalahgunaan proses serta mempersenda keadilan.

Beliau juga mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah lebih cenderung bermotifkan politik, perbuatan pendakwaan terpilih, dilakukan dengan niat jahat dan menjejaskan kedaulatan undang-undang.

Pada 5 Ogos tahun lalu, Shamsul Iskandar, 40; timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 37; dan Naib Ketua AMK, Mohd. Nazree Mohd. Yunus, 30; mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berhubung Blackout 505 di Mahkamah Sesyen, di sini.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam pekarangan Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) di sini antara pukul 12 tengah hari dan 1.15 petang, 22 Jun 2013.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Menurut Shamsul Iskandar, Seksyen 4(2)(b) akta tersebut digubal secara tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan kerana menyekat hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman termasuk perhimpunan di kawasan jarak 50 meter di tempat beribadat.

Beliau berkata, sekatan-sekatan tersebut adalah keterlaluan dan tidak munasabah ke atas hak seorang warganegara untuk berhimpun secara aman dan tidak bersenjata.

Tambah beliau, seksyen tersebut juga memberi akibat langsung kepada hak kebebasan beragama terutama hak penganut agama Islam untuk melakukan ibadat seperti dituntut oleh agama tersebut.

Selain itu, Shamsul Iskandar mendakwa, pertuduhan terhadapnya adalah bertentangan dengan dasar awam kerana beliau adalah seorang Ahli Parlimen dan melaksanakan kewajipan kepada orang ramai dan negara.

Beliau turut mendakwa hanya menguna pakai hak kebebasan bersuara, berhimpun dan hak lain yang dijamin oleh Perlembagaan selaras dengan amalan demokrasi negara.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar yang hadir bersama peguam Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff memohon perintah supaya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Beliau turut memohon agar kes tersebut di Mahkamah Sesyen ditangguh sehingga pendengaran permohonannya itu di Mahkamah Tinggi selesai.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 29 Mac 2014

MH370 Day 22: Interpol hits back at Zahid Hamidi?


Interpol recently defended its database for checking passports which, Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi had deemed as being 'too time consuming' and 'causing airport delays'.

According to AFP, Interpol which had earlier hit out at the Malaysian Immigration Department for not checking MH370 plane passengers' passports against its database, defended it after Zahid said its database of 40.2 million lost passports was "too large" and would overwhelm Malaysia's database management system.

"If there is any responsibility or blame for this failure, it rests solely with Malaysia's Immigration Department," Interpol was quoted as saying.


Interpol said that it takes "just seconds to reveal whether a passport is listed, with recent tests providing results in 0.2 seconds".

“While some countries consult the database more than a hundred million times a year, in 2014 prior to the tragic disappearance of Malaysia Airlines Flight MH370, Malaysia's Immigration Department did not conduct a single check of passengers' passports against Interpol's databases.

"Had Malaysia consulted Interpol's database, the fact that both passengers were using stolen passports would have been discovered almost instantaneously," it said.

On Wednesday, Zahid told Parliament that consulting the database was too time consuming for immigration officers and caused airport delays.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 28 Mac 2014

#MH370 : Satelit Thailand kesan 300 objek?

IMEJ satelit Thailand yang dikeluarkan oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik mengesan kira-kira 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi semalam dalam operasi pencarian MH370.

Satelit Thailand hari ini mengesan kira-kira 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik, Anond Snidvongs berkata, objek tersebut yang dianggarkan berukuran antara dua hingga 18 meter bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 kilometer (km) di barat daya Perth.

"Bagaimanapun, kami tidak berani mengesahkan objek yang dikesan itu merupakan serpihan pesawat MH370. Akan tetapi, pihak kami telah menyampaikan maklumat terbabit kepada kerajaan Malaysia," katanya.

Menurut Snidvongs, semua imej berkenaan telah diambil oleh satelit pemerhatian negaranya pada Isnin lalu, namun memerlukan beberapa hari untuk diproses.

Beliau berkata, objek tersebut dikesan kira-kira 200 km dari kawasan perairan yang mempunyai objek dipercayai MH370 hasil cerapan satelit Perancis, sebelum ini.

Thailand dikritik hebat berikutan kelewatan membuat pengumuman iaitu seminggu selepas insiden kehilangan kapal terbang itu bahawa radarnya telah mengenal pasti sebuah pesawat tidak dikenali beberapa minit sebelum MH370 menghantar maklumat lokasi terakhir.

Menurut Tentera Udara Thailand, pihaknya tidak melaporkan penemuan awal itu kerana menganggapnya bukan ancaman.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lalu mengumumkan pesawat berkenaan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi berhampiran barat Perth, Australia.

Pesawat MH370 yang membawa sebanyak 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.

Operasi mencari bangkai pesawat MH370 dihentikan hari ini disebabkan keadaan cuaca buruk. - AFP

Penang Wasabi..

Khamis, 27 Mac 2014

#MH370 Hari Ke-20: Pengguna Facebook tidak setuju Ahmad Jauhari letak jawatan?


Berikut pengumuman Perdana Menteri bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dan menamatkan perjalanan di Lautan Hindi, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) telah alami banyak tentangan dan cabaran.

Firma guaman bersedia menguruskan urusan menyaman MAS dan kini timbul pula desakan agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya meletakkan jawatan.

Persoalan tersebut timbul ketika sebuah sidang media yang diadakan di KLIA dimana wartawan bertanyakan samada beliau akan meletakkan jawatan ekoran tragedi ini.

Menurut laporan, Ahmad Jauhari menjawab bahawa itu merupakan pilihan peribadi beliau dan keputusan itu hanya akan dibuat selepas tragedi ini selesai.

Yang jelas dan nyata ekoran jawapan tersebut, rakyat Malaysia amat prihatin dan tidak ikut serta memaksa Ahmad Jauhari membuat keputusan. Ini jelas kelihatan pada komen di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter dimana jelas kelihatan bagaimana ramai perhatikan keadaan Ahmad Jauhari dalam setiap sidang media sebagai sedih dan tidak terurus. Ramai pengguna media sosial juga sedar akan tanggungjawab yang dipikul Ahmad Jauhari dan memohon pihak yang gemar mengkritik agar prihatin dengan perasaan CEO serta ahli keluarga beliau.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 26 Mac 2014

Enjin sayap Malindo pula terbakar, pemain bolasepak Terengganu terselamat?


Sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini.

Menurut laporan Astro Awani, kejadian tersebut disahkan oleh pihak Malindo Air dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.

Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Juruterbang, Kapten Y. Y Wong berjaya mengikut prosedur kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama.

Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi tersebut selamat dan punca kejadian sedang disiasat.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 25 Mac 2014

CEO MAS: Hancur luluh hati saya?


"Hancur luluh hati saya apabila mengenangkan kesedihan tidak tertanggung yang dialami keluarga terbabit dan tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya.

Sejurus selepas sidang akhbar mengenai MH370 awal hari ini, Ahmad Jauhari berkata beliau bukan berkata demikian kerana kedudukannya sebagai CEO MAS, tetapi sebagai seorang bapa dan anak.

"Setiap anggota keluarga MAS mendoakan kesejahteraan 239 roh mereka yang menaiki MH370 dan orang yang mereka sayang pada hari yang memilukan ini. Kami (MAS) mendoakan kesejahteraan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," kata Ahmad Jauhari yang mengalirkan air mata apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman tentang nasib pesawat itu malam semalam.

Beliau berkata seluruh warga MAS turut berasa sedih dan pilu. "Sedih kerana kesemua mereka yang menaiki Penerbangan MH370 pada 8 Mac tidak akan dapat lagi berjumpa dengan keluarga masing-masing. Dan kini, keluarga terbabit terpaksa menjalani kehidupan tanpa orang yang mereka sayangi. Satu lagi perkara yang tidak patut dilupakan ialah 13 rakan kami dan rakyat Malaysia lain juga menaiki pesawat itu.

"Izinkan saya menyatakan dengan sejelas-jelasnya tentang peristiwa petang semalam bahawa satu-satunya motivasi bagi kami (MAS) ialah untuk memastikan bahawa dalam tempoh yang amat singkat, keluarga berkenaan dapat mendengar berita sedih itu sebelum dunia mendengarnya," kata beliau.

Beliau berkata dengan sedapat mungkin, MAS menyampaikan berita itu secara peribadi kepada keluarga terbabit atau melalui telefon dan menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) hanya sebagai langkah susulan untuk memastikan hampir 1,000 anggota keluarga terbabit mendapat berita itu dari syarikat penerbangan tersebut sendiri, bukan dari media.

Ahmad Jauhari berkata seperti orang lain, MAS juga menunggu berita itu daripada pihak berkuasa.

"Kita tahu bahawa walaupun terdapat banyak petunjuk ketara, namun tidak terdapat pengesahan tentang identiti sebarang serpihan yang diperkatakan itu. Sukar untuk meramalkan berapa lama masa yang perlu diambil. Tetapi, selepas 17 hari, pengumuman yang dibuat malam tadi dan dikongsi dengan keluarga terbabit, merupakan hakikat yang perlu kita terima sekarang," katanya.

Beliau berkata apabila MAS mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa penyiasatan, persiapan akan dibuat untuk membawa keluarga terbabit ke kawasan penemuan sekiranya mereka ingin berbuat demikian, tapi untuk waktu ini, mereka akan terus membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Sementara itu, Ahmad Jauhari mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari yang benar-benar bersifat global ini.

"Peristiwa yang belum pernah berlaku dalam sejarah penerbangan ini menjadikan 18 hari lepas sebagai tempoh yang paling mencabar dan terpaksa diharungi oleh seluruh pasukan kami di MAS. Saya amat terharu dengan ketekunan, dedikasi, rasa prihatin yang diutuskan serta sokongan yang diberi oleh pasukan kami yang hebat ini.

"Kami tidak tahu kenapa dan kami tidak tahu bagaimana tragedi dahsyat ini terjadi. Tapi, sebagai keluarga MAS, kami mendoakan kesejahteraan untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370," katanya.

Setelah 17 hari gerakan mencari dan menyelamat dijalankan, semalam, Najib mengumumkan bahawa laluan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Beliau membuat pengumuman itu berdasarkan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK dan Inmarsat, syarikat dari United Kingdom yang menyediakan data satelit berkenaan.

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac. Pesawat itu dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama

Wasabi Oyabun..

Ahad, 23 Mac 2014

Azmin kata Wan Azizah Layak Jadi MB - Khalid hangin satu badan?


Spekulasi mengenai perubahan kerusi Menteri Besar Selangor kembali diperkatakan selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Kejayaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menempatkan diri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membuktikan Wan Azizah mempunyai kemampuan untuk meneruskan agenda 'langkah Kajang' yang dirancang parti itu.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Wan Azizah mempunyai kelayakan untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekiranya menerima sokongan majorti Adun Pakatan Rakyat di negeri itu.

Tegas beliau dengan pengalaman Wan Azizah dalam politik, beliau yakin isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab berkenaan.

"Beliau pernah menjadi ketua pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik Malaysia.

"Malah memegang jawatan Ahli Parlimen selama tiga penggal...saya yakin beliau mampu memikul tanggungjawab baharu bersama-sama Adun Selangor yang lain," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.


Menurut Mohamed Azmin, agenda menerusi rancangan 'langkah Kajang' akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Katanya Adun Bukit Antarabangsa itu, tindakan lanjut mengenai 'langkah Kajang' akan dibincangkan dalam masa terdekat bersama sekutu Pakatan Rakyat di Selangor.

Sementara itu Anwar ketika ditanya mengeni kemungkinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digugurkan dan diganti dengan isterinya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata ia akan dibincangkan beraama DAP dan PAS terlebih dahulu.

"Kena bincang dengan rakan Pakatan Rakyat, ini bukan keputusan saya. Masih terlalu awal untuk diperkatakan," katanya.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 22 Mac 2014

#MH370: Transkrip komunikasi terakhir versi Daily Telegraph, UK?


Transkrip komunikasi 54 minit terakhir antara pesawat Malaysia Arlines (MAS) MH370 dengan menara kawalan pada awal pagi 8 Mac lalu, telah disiarkan oleh Daily Telegraph, United Kingdom, hari ini.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini menjelaskan, transkrip yang disiarkan Daily Telegraph adalah tidak tepat.

Berikut di bawah ini transkrip yang disiarkan oleh akhbar berkenaan:

PUSAT KAWALAN KL

00:36:30 MH370: ATC, ini adalah MH370, selamat pagi

ATC: Selamat pagi, MH370. Ini adalah pusat kawalan KL, sila kekal di A10 32R

00:36:50 MH370: A10, MH370 terima

00:38:43 ATC: MH370, sila ke landasan dari 32R A10

MH370: Landasan dari 32R A10, terima

00:40:38 ATC: MH370, kedudukan 32R, landasan sudah tersedia, dibenarkan untuk berlepas. Selamat malam.

MH370: kedudukan 32R, landasan tersedia, dibenarkan berlepas. terima. Terima kasih, selamat tinggal

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

00:42:05 MH370: MH370 telah tinggalkan pangkalan

00:42:10 ATC: kedudukan MH370 disahkan, altitud penerbangan 180, sila ikut arahan dan pusing ke kanan, sasaran laluan arah IGARI

00:42:40 MH370: Baik, altitud 180, arah laluan IGARI, MH370 terima

00:42:52 ATC: MH370, anda memasuki KL Radar 132.6, selamat malam

MH370: 132.6, MH370 terima

RADAR KUALA LUMPUR

00:46:51 MH370: KL ATC, Ini adalah MH370

ATC: MH370, sila ke paras penerbangan altitud 250

00:46:54 MH370: MH370 ke paras penerbangan altitud 250

00:50:06 ATC: MH370 ke altitud penerbangan 350

00:50:09 MH370: Ini adalah MH370, altitud penerbangan 350

01:01:14 MH370: MH370 kekal di altitud penerbangan 350

01:01:19 ATC: MH370

01:07:55 MH370: MH370 kekal di altitud penerbangan 350

01:08:00 ATC: MH370

01:19:24 ATC: MH370, sila hubungi Hu Chi Minh City 120.9, selamat malam

1:19:29 MH370: Baik, selamat malam.

Transkrip ini berdasarkan versi Mandarin daripada transkrip bahasa Inggeris. Beberapa perkataan mungkin tidak tepat.

Sumber: Daily Telegraph

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 21 Mac 2014

#MH370 Hari ke-13: Penemuan objek belum disahkan?


Penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut laporan Astro Awani, Hishammuddin mengakui penemuan dua objek oleh satelit Australia itu merupakan yang terbaik setakat ini.

"Ia yang terbaik setakat ini tetapi masih tidak boleh disahkan dan kita melihat semua penemuan pada tahap yang sama," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini, hari ini.

Awal hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pakar kejuruteraan penerbangan berpendapat, objek bersaiz 24 meter ini berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER!

Wasabi Oyabun..

Khamis, 20 Mac 2014

#MH370 Day-13: Latest object sighted is 24 metres wide?


Australian officials said two objects possibly related to the search for missing Malaysia Airlines flight MH370 have been sighted by satellite in the remote southern Indian Ocean.

Prime Minister Tony Abbott said the "new and credible information" had come to light nearly two weeks after the plane vanished en route from Kuala Lumpur to Beijing with 239 passengers and crew on board.

"The objects are relatively indistinct. The indication to me is of objects that are of a reasonable size and probably awash with water and bobbing up and down over the surface," said Australian Maritime Safety Authority official John Young.

"The largest... was assessed as being 24m. There is another one that is smaller than that.

"This is a lead, it is probably the best lead we have right now," he added.

"But we need to get there, find them, see them, assess them, to know whether it's really meaningful or not."

In the vast and remote southern Indian Ocean, he cautioned that "they will be difficult to find", with poor visibility expected as the weather deteriorates.

However, Abbott did warn against drawing any premature conclusions.

"We must keep in mind the task of locating these objects will be extremely difficult and it may turn out that they are not related to the search for flight MH370," Abbott told parliament.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 19 Mac 2014

Melucukan! Wan Azizah Dakwa Berjuta Rakyat Menangis Anwar Dijatuhkan Hukuman Meliwat – Syed Ali?


“Melucukan, Wan Azizah (Datin Seri) Ismail dakwa berjuta rakyat Malaysia menangis apabila suaminya, Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman lima tahun kerana kesalahan meliwat,” kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Sebaliknya kata beliau, Presiden PKR itu sebenarnya yang ‘kelakar’ kerana cuba memberi gambaran suaminya bersih dan tidak terjebak dengan masalah moral.

Katanya, tidak ada sebab mengapa rakyat negara ini perlu menangis kerana Anwar didapati bersalah meliwat.

“Kes tersebut kes liwat, seks songsang, jadi kenapa nak beritahu bahawa rakyat menangis, siapa Anwar ? soal beliau.

“Mungkin ada seorang dua penyokong PKR menangis dan bersedih kerana bersimpati dengan Anwar.

Tambah beliau, masalah peribadi Anwar tidak sewajarnya dipolitikkan sehingga menuduh sistem kehakiman tidak adil.

Wan Azizah kata Syed Ali, terpaksa bertungkus-lumus cuba memberi gambaran kepada umum bahawa Anwar telah dizalimi.

“Beliau masih cuba ‘menegakkan benang basah’, tidak mahu terima hakikat dan keputusan perundangan,” katanya.

Oleh sebab itu katanya, Wan Azziah cuba memanipulasikan isu juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahamd Shah kononnya menangis apabila keputusan liwat 2 diumumkan mahkamah baru-baru ini.

Wan Azizah merujuk kepada laporan sebuah tabloid United Kingdom (UK), Daily Mail yang menyatakan kapten Zaharie, yang juga anggota PKR sebagai ‘fanatik politik’.

Kenyataan Wan Azizah disiarkan oleh portal berita pro-pembangkang, malaysiakini.com semalam.

Wan Azizah turut menafikan pakatan pembangkang mempolitikkan insiden kehilangan pesawat MH370 tetapi menegaskan kerajaan lemah menguruskan krisis tersebut.

Mengulas lanjut, Syed Ali mendakwa Wan Azizah berada di dalam keadaan tertekan untuk berdepan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini.

Oleh sebab itu katanya, apa sahaja isu semasa yang berlaku akan dimanipulasikan untuk kepentingan kempen pembangkang.

“Ini termasuk isu MH370, dia dakwa kerajaan lemah tetapi sejak awal insiden itu berlaku pembangkang hanya menyalahkan kerajaan,” ujarnya.

Malah tegas beliau, pakatan pembangkang menjadikan kehilangan pesawat MAS MH370 sebagai salah satu agenda politik dalam ceramah mereka.

“Mereka tunding jari kepada kerajaan dengan pelbagai tuduhan dan persepsi negatif, sepatutnya mereka bersama kerajaan kerana ianya isu negara dan melibatkan nyawa orang awam,” tegasnya.

Menyifatkannya sebagai usaha terakhir pembangkang dalam kempen PRK DUN Kajang, beiau menambah pengundi telah menolak kehadiran beliau.

“Pengundi di DUN Kajang bukannya buta untuk menilai percaturan politik Wan Azizah dan Anwar,” katanya.

Sebaliknya dakwa beliau, Anwar menggunakan DUN Kajang sebagai ‘papan catur’ untuk menghidupkan nyawa politkknya.

Oleh sebab itu katanya, Anwar menamakan Wan Azizah sebagai calon pengganti setelah beliau disabitkan bersalah dalam kes meliwat.

“Anwar sedang berusaha untuk meneruskan penguasaan keluarganya dalam politik walaupun Wan Aziah dijadikan calon boneka PKR,” tegasnya – umnobahagiancheras

Wasabi Oyabun..

#MH370: Kebanyakan maklumat simulator telah dipadamkan?


Kebanyakan maklumat di dalam simulator pesawat milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini dalam proses siasatan polis telah dipadamkan sebelum beliau menerbangkan pesawat MH370 ke Beijing 8 Mac lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walau bagaimanapun pihak polis menggunakan kaedah forensik untuk mendapatkan semula segala maklumat serta data yang telah dipadam itu.

"Apa yang dilakukan oleh pihak polis bukan untuk menuduh Kapten Zaharie atau memberi tekanan kepada keluarga tetapi kita melakukan siasatan paling terperinci berdasarkan beberapa kemungkinan," ujarnya.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 15 Mac 2014

Sidang Media YAB PM kita baru sebentar tadi menunjukkan beberapa petanda?


Pertama:
Besar kemungkinan semua penumpang termasuk krew berada dalam keadaan selamat di suatu tempat yang dijangka oleh orang yang bertanggung-jawab sukar untuk dikesan.

Kedua:
Perkataan "hijack" dinafikan kerana mungkin PM ingin menggambarkan bahawa "ianya sengaja dilencongkan" bukan oleh sesiapa tetapi oleh orang dalam di cockpit atau sesiapa yang mudah akses ke kawasan berkenaan.

Ketiga:
Frasa di atas juga menjelaskan bahawa pengesanan radar juga sengaja dipadamkan oleh orang yang bertanggung-jawab.

Keempat:
Jika bukan "hijack", maka ianya berkemungkinan besar telah dirancang oleh orang yang bertanggung-jawab yang dengan sengaja ingin membuat suatu perkara yang akan menyusahkan Malaysia atau Pemimpin Malaysia. Sudah tentu mereka berkewajiban berlatih bersungguh-sungguh untuk memastikan pengambilalihan arah penerbangan kapalterbang berkenaan dilakukan secara menakjubkan.

Kelima:
Jika ianya dilakukan oleh bukan "hijacker" dan ingin menyusahkan kerajaan atau pemimpin Malaysia sudah tentu akan ada tuntutan-tuntutan yang berat yang perlu dipenuhi yang menjadikan penumpang dan krew sebagai tebusan (siapakah yang mungkin melakukan perkara ini?)

Keenam:
Persoalan paling besar dan menarik jika ada tuntutan besar..maka siapakah yang paling munasabah yang mungkin terlibat? Penyiasatan forensik setiap bukti perlu dilakukan untuk mendapatkan perkaitan di antara penjahat ini dengan sesiapa yang menjadi "funder" mereka. Siapakah yang biasanya ingin menyusahkan kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri kita?

Ketujuh:
Media antarabangsa dan pihak berkuasa sangat wajar menyiasat sesiapa saja yang mungkin terlibat di dalam rangkaian buruk ini.

Kelapan:
Penulis menjangkakan tidak lama lagi pesawat akan ditemui dan besar kemungkinan ianya berada disebelah utara koridor di sempadan India dan Khazastan. Sesiapa saja sukar untuk mengelak dari dikesan oleh satelit yang dapat memfokus sehingga 1.7m dari objek yang diperhatikan. Kejituan tinggi sebegitu rupa akan dapat menunjukkan posisi terakhir MH730.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 13 Mac 2014

Vietnam gagal kesan objek terapung?

Grafik menunjukkan lokasi di mana Mike Kay ternampak pesawat MH370 terbakar dari pelantar minyak tempat dia bekerja.

PHU QUOC ISLAND, Vietnam 13 Mac - Pasukan mencari Vietnam melaporkan pihaknya tidak menemui sebarang serpihan atau bangkai pesawat ketika mereka memperluaskan kawasan mencari dan menyelamat di perairan di Laut China Selatan setelah satelit China mendakwa mengesan objek terapung di perairan itu, hari ini.

Penyelaras Hal Ehwal Antarabangsa, Pentadbiran Penerbangan Awam Vietnam, Doan luu Van berkata, sebuah pesawat Jawatankuasa Mencari dan Menyelamat Vietnam telah dikerahkan ke kawasan yang ditunjukkan oleh imej satelit China tersebut pada pagi ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan mengadakan satu lagi misi pemantauan di kawasan sama pada petang ini.

Wartawan Reuters yang turut sama dalam operasi itu berkata, pesawat berkenaan beberapa kali berlegar-legar di kawasan tersebut di Laut China Selatan, namun tidak dapat mengesan sebarang objek.

Beliau berkata, misi memantau oleh pesawat karga Antonov 26 itu berlangsung selama tiga jam.

Perkara itu turut disahkan Ketua Pengarah Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang yang menyatakan objek tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Nasional China berkata, imej-imej satelit itu mengesan tiga objek terapung yang berada di kawasan yang dipercayai pesawat ‘Malaysia Airlines terhempas’. - REUTERS

Wasabi Oyabun..

Anwar 'Raja Liwat' Bidas Cara Kerajaan BN Urus Krisis MH370, Calar Imej Malaysia?


Anwar Ibrahim The Raja Liwat menyifatkan penyelesaian yang diguna pakai kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menangani krisis kehilangan pesawat Malaysia Airlines System (MAS) MH370 mencalar imej Malaysia di mata dunia.

Anwar berkata, teguran yang dikeluarkan pemimpin negara ASEAN juga memperlihatkan bahawa kerajaan cukup lemah dalam menguruskan krisis yang sedang berlaku seperti tidak mempunyai sebarang pengalaman.

Beliau turut mempertikaikan maklumat yang bercanggah dikeluarkan pemangku Menteri Pengangkutan, Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan MAS berhubung misteri kehilangan terbabit.

“Dia sebenarnya baru selesa dengan media yang dikongkong jadi bila berdepan dengan media bebas antarabangsa, dia kelam kabut. Bagaimana boleh timbul empat pasport, dua pasport, pesawat hilang, lepas tiga hari tentera udara kata patah balik.

“Semalam, kata tak pasti. Kita tidak boleh urus krisis dengan begini, kenyataan mesti disahkan dan tidak boleh ragu-ragu kerana itu yang diberitahu oleh bekas Panglima Angkatan Tentera kepada saya,” katanya.

Hujah Anwar disokong Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar Tha Mr.Bean yang menyifatkan Malaysia bukan sahaja kehilangan MH370 tetapi kredibiliti negara dan pimpinan turut terpalit sama ekoran gagal menguruskan krisis berkenaan.

Bagi penulis mungkin imej Malaysia lebih tercalar gara-gara mempunyai seorang Ketua Pembangkang beragama Islam yang didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan kerana kesalahan MELIWAT?

Wasabi Oyabun..

Selasa, 11 Mac 2014

MAS terkejut dakwaan terhadap pembantu juruterbang MH370?


Malaysia Airlines (MAS) melahirkan rasa terkejutnya berkaitan dakwaan yang dilempar terhadap pembantu juruterbang MH370, Fariq Ab Hamid.

Menurut satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata MAS memandang serius terhadap dakwaan itu.

“Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar dan video berkenaan. Seperti yang anda sedia maklum, kami sedang mengalami krisis dan tidak mahu tumpuan kami dialih," katanya.

MAS turut menggesa media dan orang awam agar menghormati privasi keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal penerbangan MH370 kerana mereka berdepan masa yang sukar ketika ini.

"Kebajikan keluarga anak kapal dan penumpang kekal menjadi fokus kami.

Pada masa yang sama, keselamatan penumpang adalah perkara paling penting bagi kami," kata MAS ketika mengulas dakwaan yang dimuat naik Channel 9 News dari rangkaian Televisyen Australia dalam laman sesawangnya bertajuk ’Woman remembers cockpit fun with missing pilot’ pada Selasa.

Fariq merupakan antara 12 anak kapal penerbangan MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - BERNAMA

Wasabi Oyabun..

Isnin, 10 Mac 2014

MH370: Dua individu guna pasport curi menyerupai 'Balotelli'?

Sekadar gambar hiasan sahaja

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mendedahkan dua individu yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370 mempunyai rupa paras pemain bola sepak AC Milan, Mario Balotelli.

Menurut Azharuddin, rakaman video dan gambar dua individu terbabit sudah diserahkan kepada pihak penyiasat untuk tindakan susulan.

"Jadi boleh saya katakan di sini bahawa dua individu berkenaan tidak mempunyai rupa paras orang Asia.

"Kamu kenal Balotelli? Jadi dia bukan memiliki rupa orang Asia," katanya.

Namun ketika ditanya pemberita sama ada dua individu berkenaan berasal dari Afrika, Azharuddin tidak memberikan jawapan dan hanya mengatakan pihak penyiasat sedang menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar terakhir hari ketiga kehilangan pesawat Boeing 777 MAS, MH370 di Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Azharuddin menegaskan bahawa pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) telah mengambil langkah-langkah protokol lengkap bagi aspek keselamatan penerbangan Sabtu lalu ketika semua penumpang menaiki pesawat MH370.

"Pihak penyiasat juga sedang melihat dari sudut di mana dua individu berkenaan mungkin terlibat dengan sindiket pemalsuan pasport," katanya.

Wasabi Oyabun...

Ahad, 9 Mac 2014

TERKINI ! NELAYAN DAKWA LIHAT PESAWAT MH370 TERBANG RENDAH DI LAUT !!


Seorang nelayan di sini mendakwa melihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan, kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, awal pagi kelmarin.

Azid Ibrahim, 66, berkata, dia melihat pesawat itu kira-kira jam 1.30 pagi semasa membawa lima kaki pancing di kawasan tersebut.

Menurutnya, pesawat itu terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut.

“Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia lebih rendah daripada biasa.

"Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak lampu besar buah kelapa dan di bawah awan. Itu yang saya hairan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azid, yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, dia hanya mengetahui mengenai kehilangan MH370 selepas mengikuti berita di televisyen, semalam.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, petang semalam.

“Saya hanya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh bantu (pasukan mencari dan menyelamat).

Wasabi Oyabun..

Rafizi sudah melampau...!!! Hina badan kehakiman?


Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dilihat seolah-olah menghina badan kehakiman apabila secara terbuka melemparkan tuduhan kononnya hakim di negara ini kurang bermaruah.

Tindakan itu dilakukannya ekoran tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menjatuhi hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi mendakwa, keadaan itu mengingatkannya kepada peristiwa yang berlaku terhadap Penasihat PKR itu ketika berdepan pertuduhan sama pada 1998.

"Saya tidak terkejut dengan keputusan (Mahkamah Rayuan) semalam tetapi saya sedih mengingatkan kembali murahnya maruah hakim-hakim di Malaysia," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima di sini hari ini.


Semalam, Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar dikenakan hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan dengan syarat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu membayar jaminan sebanyak RM10,000 sebelum atau pada pukul 11 pagi, Isnin ini.

Dalam pada itu, selain hakim, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut menyerang peguam terkenal dalam kes tersebut (Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah) sebagai 'kaki UMNO' meskipun tidak menamakan individu terbabit.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 8 Mac 2014

Siapa Identiti Sebenar Seorang Lelaki Itali Atas Kapal Terbang MAS Yang Hilang?


Akhbar Mirror United Kingdom mendakwa salah seorang penumpang pesawat MH 370 menggunakan paspot Itali milik Luigi Maraldi yang dicuri pada Ogos tahun lalu.

Luigi Maraldi yang disenaraikan sebagai salah seorang penumpang pesawat yang hilang muncul menafikan dirinya di dalam pesawat MH 370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, china.

Sumber Itali mengesahkan warganegara yang berusia , 37 tahun dari Cesena, Itali sihat dan berada di Thailand. Beliau telah menghubungi keluarganya dan memaklumkan:

“I’m alive – I’m in Thailand!” .

Menurut Agensi beri ANSA, Miraldi telah membuat laporan kehilangan paspotnya pada 1 Ogos 2013.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 7 Mac 2014

Hadi masih tak dapat terima Anwar seorang peliwat...!!! Pas sokong Anwar rayu Mahkamah Persekutuan?


Pas hari ini menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan kesalahan liwat yang diputuskan Mahkamah Rayuan, hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas akan bersama keluarga Anwar dan PR memperjuangkan kebenaran.

"Pas akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong PR dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terbaru, Mahkamah Rayuan telah memutuskan Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu didapati bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Anwar juga dikenakan hukuman penjara selama lima tahun dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 5 Mac 2014

Panas...!!! Benarkah Mat Sabu pembekal pemuas nafsu di Muktamar?


1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Ketika ditangkap beliau langsung tidak rasa bersalah kerana yakin beliau berjuang kerana Allah.

2. Normah mendakwa Mat Sabu dan Mahfuz Omar telah menyakinkan beliau bahawa .."perempuan solehah, mana-mana perempuan baik yang melepaskan keletihan mana-mana pemimpin Islam yang berjuang Fisabilillah maka dia mendapat pahala Fisabilillah dari Allah SWT"

3. Malah suami yang mengzinkan perbuatan isteri tersebut juga mendapat pahala Fisabilillah.

4. Fahaman bahaya ini telah menular di dalam PAS sebagaimana Normah mendakwa Mat Sabu telah menggunakan wanita-wanita pelayan nafsu untuk melayan nafsu serakah perwakilan yang menghadiri Muktamar PAS pada tahun 2011 sebagai habuan untuk mendapatkan undi menjadi Timbalan Presiden PAS, menewaskan Ust Nasharudin Mat Isa.

Cerita selanjutnya di sini:



Sumber :  Minaq Jinggo

Wasabi Oyabun...

Isnin, 3 Mac 2014

Pengundi Islam Kajang diminta tolak outright Anwar?


Para pengkaji politik daripada kalangan NGO-NGO Islam telah mengenalpasti secara berfakta lebih 20 alasan syar'i mengapa pengundi DUN Kajang semestinya menolak Anwar Ibrahim . Antara alasan syar'i yang telah disenaraikan termasuklah :

1. Persoalan aqidah dalamana Anwar Ibrahim dikatakan berpegang dengan fahaman pluralisme yang menganggap tiada ada mana-mana satu agama lebih superior dari agama lain. Dalam ertikata lain Anwar Ibrahim menganggap status Islam sama saja dengan agama-agama samawi dan bukan samawi

2. Persoalan murtad dalamana Anwar Ibrahim dikatakan bersetuju bahawa memilih pegangan agama adalah hak individu apabila seseorang itu telah mencapai satu peringkat umur.

3. Persoalan penggunaan Kalimah Allah dalamana Anwar Ibrahim dilaporkan secara terbuka menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama lain termasuk melalui ucapan beliau didalam gereja baru-baru ini. Pandangan sedemikian amatlah bertentangan dengan titah Sultan Selangor dan keputusan Majis Fatwa Kebangsaan dan Negeri.

4. Anwar Ibrahim dalam beberapa ucapan menyentuh persoalan agama terutamanya dalam program-program diadakan diluar negara. Dengan lantang beliau mempamerkan sikap liberal beliau terhadap beberapa perkara asas berkaitan dengan amalan agama seperti amalan songsang LGBT dan beberapa tuntutan penyokong-penyokong gerakan Hak Asasi Manusia.

5. Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan gerakan Yahudi Antarabangsa di Amerika dan di Eropah. Pandangan beliau mengenai "two states solution" untuk menyelesaikan persoalan Palestin bukan sahaja tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam sedunia, pandangan sedemikian juga mendapat bantahan keras daripada pemimpin Hamas.

Ikuti kenyataan media penuh oleh Dr Hasan Ali.



Sumber : Minaq Jinggo

Wasabi Oyabun..

Azri mahu lawan saman fitnah Anwar?


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarang KL Pos Media & Production Sdn. Bhd, Wan Muhammad Azri Wan Deris nekad akan melawan kes saman fitnah oleh Anwar Ibrahim terhadapnya sehingga ke Mahkamah Persekutuan bagi membuktikan dia tidak bersalah.

Wan Muhammad Azri (gambar) yang didapati bersalah memfitnah Anwar oleh Mahkamah Tinggi di sini baru-baru ini, berkata, beliau akan terus berjuang sehingga rakyat biasa seperti dia mendapat keadilan sewajarnya.

"Saya cuma orang kerdil lawan dengan pemimpin besar. Saya akan failkan kes ini ke Mahkamah Rayuan dan kalau kalah juga, saya akan lawan sehingga ke Mahkamah Persekutuan," katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Muhammad Azri, beliau akan membuktikan bahawa beliau bukan pemilik blog www.papagomo.com seperti yang didakwa oleh Anwar.

"Saya disabitkan atas kesalahan selepas Mahkamah Tinggi menerima keterangan daripada seorang penulis blog lain bahawa saya adalah Papagomo.


"Saya bukan Papagomo dan saya pun hairan kenapa Anwar tidak menyaman ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah iaitu salah seorang daripada 'Trio Datuk T' yang mendedahkan rakaman video seks dikatakan mirip pemimpin pembangkang dengan seorang wanita," katanya.

Pada 28 Februari lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar selepas mendapati Anwar berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap beliau.

Anwar memfailkan saman itu pada 21 Mac 2013 kerana mendakwa Wan Muhammad Azri, 31, adalah pemilik blog, www.papagomo.com yang menyiarkan artikel dan paparan video seks sejenis secara berturut-turut dari 16 Mac hingga 20 Mac tahun lalu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa Wan Muhammad Azri, secara nyata atau tersirat menyatakan individu di dalam imej-imej dalam artikel yang disiarkan itu adalah beliau.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 1 Mac 2014

DAP Guan Eng hangin satu badan PM isytihar jambatan kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah?

Perdana Menteri Dastuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang, hari ini. Turut kelihatan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

PULAU PINANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengisytiharkan jambatan kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdu Halim Mu’adzam Shah.
Pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Najib berkata demikian pada ucapan sempena merasmikan jambatan bekenaan yang dicatatkan sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara.



Wasabi Oyabun..