Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 2 April 2011

Pornthip mengaku disiasat kerana masalah disiplin!

Pakar patologi Dr. Pornthip Rojanasunand yang pernah memberi keterangan kontroversi berhubung kematian Teoh Beng Hock, mengaku beliau kini disiasat Majlis Perubatan Thailand kerana masalah disiplin.

Pornthip, yang disoal peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah pada prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh hari ini, turut mengaku beliau adalah aktivis kontroversi di negaranya dan tidak disukai polis.

Peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata prosiding tersebut masih berjalan dan Pornthip didakwa mengadakan bukti sintetik.

Merujuk kes kematian seorang jutawan di Thailand, Muhammad Shafee berkata Pornthip pernah memberi pandangan yang salah berhubung autopsi kedua sehingga adik si mati didakwa membunuh, sedangkan autopsi pertama mendapati mangsa membunuh diri.

Muhammad Shafee berkata Pornthip dan kumpulannya menjalankan autopsi kedua dan menyatakan jutawan itu dibunuh, namun autopsi ketiga yang dijalankan 11 pakar pathologi pelbagai negara mendapati si mati membunuh diri, sama seperti keputusan autopsi pertama.

Kantoi...!!!

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:

  1. Pakar Patologi Forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand hari ini hadir bagi memberi keterangan untuk kali ketiga berhubung kematian Teoh Beng Hock dalam prosiding Suruhanjaya siasatan kematian setiausaha politik Exco Selangor yang terpaksa bersidang pada hujung minggu.

    Beliau yang pernah memberi pandangan bahawa 80 peratus kemungkinan Beng Hock mati akibat dibunuh semasa memberi keterangan kali pertama dalam prosiding inkues mengambil tempat di kandang saksi pada pukul 10.30 pagi ini.

    Galeri awam yang sebelum ini hampir kosong dipenuhi orang awam termasuk rakan-rakan ahli keluarga Beng Hock dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan yang bertindak sebagai pemerhati.

    BalasPadam