Sikap Anwar Ibrahim beremosi apabila ditanya mengenai jam tangan Omega, berhubung kait kes rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, hanya helah beliau untuk mendapat simpati rakyat.
Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, dengan helah itu rakyat akan membuat andaian bahawa ketua pembangkang itu dianiaya dan menerima tekanan berlebihan berhubung isu tersebut.
Justeru, beliau menyarankan pihak media serta pemimpin muda agar lebih berhati-hati supaya tidak terjebak dengan permainan Anwar yang hebat dalam memanipulasi setiap isu bagi kepentingan peribadinya.
"Kita jangan terpedaya dengan permainan oleh beliau dan sekutunya kerana inilah karakter Anwar supaya rakyat melihat dia dianiaya.
"Justeru, beri peluang kepada pihak berkuasa menyiasat supaya isu ini boleh dibuktikan secara fakta, bukan segi emosi," katanya.
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Dr. Kamarudin Kachar pula berkata, sikap Anwar yang berang apabila diajukan soalan mengenai jam tangan itu membuktikan beliau bersalah dalam isu itu kerana enggan memberi kerjasama apabila diminta.
"Inilah sikap Anwar yang tidak jujur dan mahu menyusahkan serta mengelirukan rakyat. Rakyat mesti tahu apa jenis manusia Anwar ini yang suka cakap putar-belit dan berdolak-dalik apabila mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut," kata beliau.
Apakah Anwar sudah mula takut dengan bayang-bayangnya sendiri..wallahuallam..!!!
Wasabi Oyabun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan