Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 26 April 2011

Polis sedia dedah pelaku seks!

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis bersedia mendedahkan pelaku dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum jika siasatan memerlukannya berbuat demikian.

Menurutnya, bagaimanapun sekiranya tidak perlu, pihaknya tidak akan mendedahkannya.

“Begitu juga dengan apa-apa benda yang tidak boleh didedahkan maka ia tidak akan didedah,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Bersama Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seluruh negara di Kelab Golf Saujana, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, Timbalannya, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Khalid seterusnya meminta semua pihak supaya bersabar kerana kes itu masih di peringkat siasatan dan adalah tidak wajar jika pihaknya mengulas perkembangannya setiap hari.

“Apabila tiba masanya nanti kita akan beritahu hasil siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya.

Khalid menjangkakan dapat menyerahkan semula kertas siasatan kes video seks berkenaan kepada pejabat Peguam Negara (AG) pada minggu ini.

Difahamkan, kertas siasatan kes itu sudah dua kali dipulangkan semula kepada pihak polis untuk dilengkapkan siasatan.

“Prosedur memulangkan semula kertas siasatan adalah prosedur biasa kerana ia mesti jelas sebelum boleh dibawa ke pendakwaan.

“Sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak jelas memang ia dipulangkan kepada kita,” katanya.

Khalid bagaimanapun enggan mengesahkan laporan akhbar tempatan berhubung analisis video seks tersebut yang dikatakan sepadan Anwar.

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mendesak polis mendedahkan identiti pelaku video aksi seks tersebut bagi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat.

DEDAH JANGAN TAK DEDAH...RAKYAT DAH LAMA MENUNGGU NIH..!!!

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 22 April 2011

Anwar mengadu sakit belakang selepas balik dari 'menjamu selera' di London dan Osaka!

Rakyat ditipu lagi dengan sandiwara terbaru Anwar!

Kalau kita masih ingat ketika Anwar ditahan polis untuk siasatan kes liwat Saiful, dia mengadu 'sakit belakang' apabila ditahan dalam lokap selama semalam! Sebelum itu semasa Saiful buat report polis, Anwar melarikan diri ke kedutaan Turki. Kata Kak Wan ada orang nak sabotaj Anwar! Tapi masa tu tak de pulak kata sakit belakang. Elok je kesana kemari tanpa kelihatan merasa sakit!

Rasanya rakyat sudah lali dengan sandiwara lakonan seorang manusia bernama Anwar yang dikatakan oleh isterinya 'anugerah tuhan' ini. Sama juga semasa Anwar yang juga bekas banduan ini merengkok didalam penjara. Kes racun arsenik kecoh sekejap gara-gara lakonan Kak Wan dan juga Karpal Singh. Akhirnya teryata semua itu hanya pembohongan atau wayang Anwar semata-mata!

Sudahlah Anwar..sampai bila kamu nak menipu dan terus menipu rakyat? Hari ini dikatakan Anwar sepatutnya pergi ke Pulau Pinang untuk lawatan selama dua hari selepas balik dari 'menjamu selera' di London dan Osaka, tetapi dibatalkan. Hahahaha..menurut sumber dalaman parti katanya Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.



Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu. Pelik bukan...kalau rasa sakit ketika berkempen, kenapa boleh pergi ke London dan Osaka. Ketika pergi kesana, tidak pula mengadu sakit belakang. Tup..tup turun aje di KLIA, tiba-tiba aje mengadu sakit belakang.

Kalau nak menipu pun agak-agak le Anwar. Rakyat bukannya bodoh untuk membuat tafsiran sandiwara kamu!

Katanya Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang. Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri Perbincangan ' maqasid syariah ' di Dewan Sri Pinang di Georgetown. Eloklah tu Azmin. Pergi ke Pulau Pinang jangan lupa singgah rumah mak mertua di Taiping ya!

Elok-elok bawa Ferari merah tu..Jangan tersedak pula ketika memandu..manalah tahu malam ini ceramah Unmi Hafilda banyak menyebut nama kamu ...kah..kah..!!!

Wasabi Oyabun..

Khamis, 21 April 2011

Sepandai-pandai tupai melompat, ia akan jatuh ketanah juga - Sepadan Anwar!

Agensi penyiaran Korea Selatan guna proses biometrik analisis video seks

Sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks seorang lelaki didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing, mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang berkenaan berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis.

Keputusan analisis visual dan teknikal video berkenaan diperoleh oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.-BH.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 20 April 2011

Gadis Omega skandal seks panas dedahkan diri!

Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.

Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.



Layan dulu video ini..!!!

Wasabi Oyabun..

Isnin, 18 April 2011

Tahniah BN walaupun pembangkang tambah kerusi!

Ketika Barisan Nasional (BN) meraikan kejayaan memperoleh majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, kita juga harus ingat bahawa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut meraikan kemenangan masing-masing. Kedua-dua parti pembangkang itu berjaya menambah kerusi. Daripada enam kerusi, DAP kini memiliki 12 kerusi. PKR pula menang tiga kerusi berbanding satu kerusi pada 2006.

Namun, tahniah kepada BN kerana berjaya menyakinkan rakyat bahawa hanya parti itu mampu membawa perubahan di Sarawak. Kini adalah masa untuk menunaikan segala janji pilihan raya dan diharap ia dapat menambat semula hati pengundi yang telah beralih arah dengan memberi undi kepada calon pembangkang.

Tahniah dan syabas juga kepada SPR yang cemerlang mengendalikan pilihan raya ini, selain pihak polis yang mampu mengawal keadaan sehingga proses pembuangan undi berjalan lancar. Di sebalik itu, tentu DAP dan PKR menyifatkan pertambahan kerusi itu sebagai permulaan Revolusi Kenyalang yang diuar-uarkan sebelum ini. Itu kata mereka kerana kita yakin rakyat Sarawak tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji pihak pembangkang.

Anehnya, PKR yang dikatakan tempang di sana dan sini masih berupaya mempengaruhi pengundi untuk memangkah calon mereka walaupun isu moral pemimpin mereka menganggu kelancaran kempen. Kenapa? Ini satu persoalan yang perlu dihadapi oleh BN.

Kejayaan kedua-dua parti pembangkang itu melebarkan sayapnya di Bumi Kenyalang terutama di kawasan majoritinya berpenduduk Cina tidak boleh dipandang sepi oleh parti komponen BN terutama Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang terpaksa menelan pahit apabila presidennya, Tan Sri George Tan, 75, kalah di Piasau, Miri.

Mesej jelas yang mahu disampaikan pengundi adalah fahami kehendak rakyat yang mahu laluan dibuka kepada muka baru. Jika masih berdegil inilah akibat yang terpaksa ditanggung. Isyarat itu telah lama diberi tetapi seperti tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan parti.

Ambil pengajaran dan mulai sekarang BN perlu bekerja keras untuk merampas semula enam kawasan miliknya yang kini jatuh ke tangan DAP iaitu Batu Kawah, Pujut, Pelawan, Dudong, Repok dan Piasau. Jika diteliti pecahan kaum yang tinggal di kesemua kawasan itu, majoriti penduduknya adalah kaum Cina. Terdapat 54.56 peratus (%) penduduk Cina di Batu Kawah, Pujut (65.37%), Pelawan (89.07%), Dudong (51.92%), Repok (55.59%) dan Piasau (64.06%).

Kegagalan mempertahankan kawasan yang dimiliki itu pasti mengecewakan BN. Walaupun berjaya mengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga, selain kemampuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempertahankan kerusi N51 Balingian dengan majoriti 5,154, hakikatnya BN kehilangan tujuh kerusi. Sebelum DUN dibubarkan pada 23 Mac lalu, BN menguasai 62 kerusi, dan selepas 16 April 2011, jumlah itu berkurangan kepada 55 kerusi.

Banyak pengajaran boleh dikutip daripada pilihan raya ini. Selain perlu bekerja lebih keras untuk memenangi hati pengundi Cina, BN perlu lebih bijak menilai 'winnable candidate' (calon boleh menang). Kegagalan berbuat demikian dikatakan menjadi faktor kekalahan calon BN dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Pelagus yang terletak dalam Bahagian Kapit. Majoriti penduduk di N54 Pelagus adalah kaum Dayak tetapi BN gagal meraih undi daripada kaum itu. Kenapa?

Pertelagahan politik sesama sendiri mendorong pihak yang terpaksa keluar parti melakukan apa saja untuk 'membalas dendam'. Itulah yang berlaku apabila Larry Sng dipecat dan kemudian berikrar tidak akan menyokong calon BN yang bertanding di Kapit yang pernah menjadi kubu kuat keluarga Sng. Kesannya, ia memberi kemenangan kepada calon Bebas, George AK Lagong.

Kesemua faktor kekalahan itu perlu diteliti dan jangan diulang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Eloklah parti komponen BN mengambil iktibar daripada keputusan PRN Sarawak ke-10 ini. Jadi, bersedialah dan lakukan apa juga yang termampu untuk memenangi semula pengundi yang beralih arah.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 15 April 2011

Rakyat Sarawak harus berwaspada dengan 'kail berduri' !

Umpan jinak di air tenang, kail berduri bersalut umpan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Dua ayat seloka orang-orang Melayu jelas mengingatkan kita agar apabila melakukan sesuatu, mestilah berfikiran bijak agar tidak menyesal di kemudian hari.

Kepada saudara-saudaraku di Sarawak Bumi Kenyalang, janganlah termakan pujuk rayu puak-puak yang menaburkan gula dan madu kepada anda.

Kami di Selangor sudah terkena. Kami telah termakan kail berduri bersalut umpan. Kami tidak mampu lagi untuk melepaskan diri. Kami tertipu dengan janji 'kalih' yang dilagukan oleh puak-puak Pakatan Rakyat sewaktu pilihan raya 2008 dahulu.

Tidak ada satu pun janji yang ditaburkan oleh puak ini kepada kami ditunaikan. Alih-alih, air 20 m3 dijadikan umpan untuk menarik undi. Yang dapat hanya rumah-rumah individu, yang duduk di rumah flat hanya kempunan dapat bil air yang tinggi!

Kerja kosong untuk anak-anak muda yang baharu lepas belajar juga tidak ada. Banyak kilang tutup kerana berhijrah ke negara lain, tetapi pemimpin PKR masih mengatakan banyak kilang datang melabur di Selangor, terutamanya di Shah Alam. Bila sidang dewan, Teresa Kok terdiam tak boleh jawap!

Kerajaan terdahulu ada juga kelemahannya, tetapi langsung tidak terfikir kerajaan baharu ini lebih teruk. Kerajaan baharu menjanjikan bulan dan matahari kepada kami. Memang benar begitu.

Waktu malam lampu jalan tidak dipasang, hanya mengharapkan cahaya bulan untuk menerangi jalan raya pada waktu malam. Ada juga yang mengeluh rim tayar bengkok gara-gara melanggar lubang yang bersepah-sepah dijalanraya negeri Selangor.

Sampah sarap juga kadangkala tidak dikutip dan taman-taman perumahan dipenuhi sampah. Kerajaan PKR mengatakan pendapatan kerajaan negeri meningkat, tetapi ke mana wang tersebut dibelanjakan? Duit tabung anak-anak syarikat negeri Selangor dah tinggal nyawa-nyawa ikan akibat keborosan berbelanja.

Baru beberapa hari menjadi kerajaan, yang mereka pentingkan ialah menukar kereta resmi Exco kerajaan negeri. Mereka tidak selesa naik Proton Perdana, mereka lebih gemar naik Toyota Camry 2.4L 24V walaupun kilang Proton terletak di ibu negeri Selangor. Hebatkan?

Rumah urut, spa dan pelbagai maksiat tumbuh seperti cendawan selepas PKR mengambil alih kerajaan negeri malah lebih hebat dari kerajaan terdahulu, tetapi apa tindakan PAS yang bersekongkol dalam Pakatan Rakyat untuk mencegahnya! PAS hanya berani di belakang DAP, bila berdepan hanya macam tikus mondok...PAS memang hamPASS!!! DAP terus biaDAP!

Oleh itu wahai saudara-saudaraku di Sarawak Bumi Kenyalang, janganlah sudah terhantuk baru terngadah. Tidak ada gunanya sesalan, kalau nasi sudah menjadi bubur.

SELAMAT MENGUNDI DIUCAPKAN KEPADA SELURUH RAKYAT NEGERI SARAWAK YANG LAYAK MENGUNDI.

UNDILAH BARISAN NASIONAL.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 13 April 2011

Raja Petra dakwa diperguna Anwar!

Raja Petra Kamaruddin yang malam tadi muncul dalam Buletin Utama membuat pengakuan dipergunakan untuk menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri, sebelum ini dikenali sebagai penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengendali portal propembangkang, Malaysia Today berusia 60 tahun itu ialah antara individu yang terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak awal penubuhannya.

Komitmennya dalam perjuangan pembangkang khususnya Anwar menyaksikan beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu pada 2001 dan 2008.

Namun, sejak November tahun lalu, Raja Petra dilihat menjadi senjata makan tuan buat Anwar apabila mula menyerang Penasihat PKR itu dalam portal kendaliannya berhubung isu pemilihan parti.

Sebulan sebelum itu beliau sudah membayangkan perubahan pendiriannya apabila pada satu majlis di London yang turut dihadiri Anwar, Raja Petra secara terbuka mengancam untuk menghentikan sokongan terhadap pihak pembangkang.

Beliau mengubah pendirian kerana mendakwa pembangkang gagal menunaikan janji walaupun menguasai beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

Raja Petra sebelum ini menjadi `buruan’ apabila menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir di mahkamah bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA pada 2008 sebelum itu dibebaskan apabila Mahkamah Tinggi mendapati penahanannya tidak sah.

Wasabi Oyabun..

Anwar sekeluarga tidak perlu risau - Pemilik jam tangan Omega boleh dijejaki menerusi nombor model!

Pihak berkuasa berkemungkinan besar tidak menghadapi sebarang masalah dalam usaha menjejaki pemilik jam tangan Omega yang ditinggalkan dalam bilik tempat rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang Februari lalu.

Ini kerana, setiap jam jenama Omega sama ada berharga paling murah sehingga paling eksklusif setiap satunya mempunyai nombor model dan nombor siri yang berbeza.

Menurut sumber dari Omega, jika jam jenama tersebut dibeli dari luar negara, maklumat mengenainya boleh didapati dari ibu pejabat Omega di Switzerland, manakala bagi pembelian di dalam negara, boleh mendapatkan maklumat di ibu pejabat di Wisma Goldhill.

"Setiap pembelian jam Omega, akan disertakan dengan kad perakuan jam atau sijil dan isi kandungan pada kad itu tertera tentang maklumat jam.

"Kad itu juga berfungsi sebagai surat jaminan. Jaminan yang diberikan kepada setiap pembeli adalah sekitar dua, tiga atau empat tahun dan lebih daripada itu pembeli tidak perlu lagi membawa kad tersebut, pemilik hanya boleh membawa jam itu sahaja bagi apa-apa proses pembaikan,'' katanya di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu identiti pemilik jam tangan Omega yang diserahkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah kepada polis bakal diketahui tidak lama lagi.

Menurut beliau, ia akan diketahui dalam tempoh terdekat iaitu selepas pengedar jam berjenama itu menyerahkan laporan pendaftaran pembeliannya.

Ditanya mengenai jam tangan edisi terhad jenama itu, sumber berkata, kebiasaannya Omega akan mengeluarkan jam tangan edisi terhad di seluruh dunia, bagaimanapun jumlah keluarannya adalah berbeza di setiap negara.

Mengenai berapa banyak jumlah yang dikeluarkan bagi setiap edisi terhad, jelas beliau, jumlahnya turut berbeza-beza iaitu ada keluaran untuk 300 utas, ada yang sebanyak 1,950 utas dan paling minimum ialah pernah untuk 10 utas sahaja.

Dengar-dengar jam Omega tersebut adalah pemberian dari kerabat diraja Arab..betoi ka Nuar..!!!

Wasabi Oyabun..

Selasa, 12 April 2011

Hanya helah Anwar cuba elak isu jam tangan!

Sikap Anwar Ibrahim beremosi apabila ditanya mengenai jam tangan Omega, berhubung kait kes rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, hanya helah beliau untuk mendapat simpati rakyat.

Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, dengan helah itu rakyat akan membuat andaian bahawa ketua pembangkang itu dianiaya dan menerima tekanan berlebihan berhubung isu tersebut.

Justeru, beliau menyarankan pihak media serta pemimpin muda agar lebih berhati-hati supaya tidak terjebak dengan permainan Anwar yang hebat dalam memanipulasi setiap isu bagi kepentingan peribadinya.

"Kita jangan terpedaya dengan permainan oleh beliau dan sekutunya kerana inilah karakter Anwar supaya rakyat melihat dia dianiaya.

"Justeru, beri peluang kepada pihak berkuasa menyiasat supaya isu ini boleh dibuktikan secara fakta, bukan segi emosi," katanya.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Dr. Kamarudin Kachar pula berkata, sikap Anwar yang berang apabila diajukan soalan mengenai jam tangan itu membuktikan beliau bersalah dalam isu itu kerana enggan memberi kerjasama apabila diminta.

"Inilah sikap Anwar yang tidak jujur dan mahu menyusahkan serta mengelirukan rakyat. Rakyat mesti tahu apa jenis manusia Anwar ini yang suka cakap putar-belit dan berdolak-dalik apabila mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut," kata beliau.

Apakah Anwar sudah mula takut dengan bayang-bayangnya sendiri..wallahuallam..!!!

Wasabi Oyabun..

Ahad, 10 April 2011

Panas di Litar Sepang sama panasnya dengan soalan wartawan terhadap jam Omega Anwar!



Kah..kah..kah..soalan serkap jarang dari wartawan membuatkan Anwar macam cacing kepanasan! Kantoilah kamu Anwar? Anwar sakit otak apabila ditanyakan soalan tentang jam omega kepadanya semasa sidang media di Kuching..!!!

Jam Omega benar-benar memeningkan Anwar nampaknya...! Tak mengapa Anwar, nanti boleh tempah jam dengan nombor siri yang sama dari Thailand atau pun di Petaling Street.

Jam Omega satu hal. Kat rambut pun sama, cara ketawa pun sama, lenggok berjalan pun sama, tang perut dan tetek pun sama...isk..isk..isk..Anwar, nak kelentong apa lagi Nuar oiii..!!!

Ada banyak gambar-gambar persamaan Anwar dengan pelaku dalam video seks panasss..!!




Lihat diperut, lengan tangan, raut muka..macam sama ajer!


Lihat kat tetek..macam sama ajer!

Kat tetek Anwar..sama jer..!


Barisan perut-perut yang tak buncit!


Stail rambut pun sama jer..!!!

Kantoi lah Anwar...!!!

Wasabi Oyabun..

Khamis, 7 April 2011

Esok..bahang FI bermula di Litar Sepang!


Seorang petugas pasukan Ferrari menyusun rangka jentera pasukannya menjelang perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Perlumbaan akan berlangsung dari 8~10 April.

Jumpa disana..sana..!!!

Wasabi Oyabun..

Isnin, 4 April 2011

Bang Khalid ooii...'tulen' video ni bang..tak nak tonton ke!!!

Berkenaan dengan isu video panas yang hangat diperkatakan sekarang, abang Khalid Ibrahim kita mempertikai dan mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan maksud tulen berhubung dengan rakaman video seks yang didakwa libatkan pemimpin PKR.

Yang menampakkan 'kebangangan' abang Khalid adalah apabila beliau berkata, walaupun disahkan tulen oleh pakar, Ismail perlu menjelaskan sama ada orang di dalam rakaman video aksi seks tersebut atau video itu yang tulen. “

Kalau betul video itu tulen, saya tidak jadi masalah tetapi jangan buat dan cakap sahaja. Kena jelaskan apa makna tulen? Orangnya betul atau videonya betul?

Tak mengapa Bang Khalid. Kalau ada masa tontonlah video ni bersama Setpol Faekah abang Khalid ya. Kemudian baru buat komen dengan apa yang abang Khalid lihat nanti akan ke'tulen'nan yang sebenarnya. Memang 'tulen' bang..!!!



Sebelum tu bang Khalid, apa cerita dengan video kamera yang dijumpai didalam bilik MB tu ya? Bila nak tayangkan kepada rakyat! Dah lebih setahun rakyat menunggu hasil siasatanya. Tak kan nak sorok dari pengetahuan rakyat kot. Nanti kalau terbongkar pulak bagaimana? Tergagap-gagap pulak abang Khalid nak menjawapnya nanti...jangan lupa ya abang Khalid ya..chow chi chow..!!!

Wasabi Oyabun..

Ahad, 3 April 2011

Pecah tembelang : Bekas ahli Pas akui pernah pulau sembahyang imam UMNO!

Pengikut Pas yang taksub dengan perjuangan parti itu pernah memulaukan imam UMNO dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka.

Perkara itu didedahkan oleh bekas penyokong kuat parti itu, Aziz Jusoh, 51, yang mendakwa, ada di kalangan ahli Pas menganggap perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO juga tidak sah dan perlu dinikahkan semula.

"Malah, sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk saya sendiri.

“Pada fahaman saya, penceramah Pas pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO," dakwanya.

Aziz membuat pendedahan tersebut pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Gong Tinggi dekat sini malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Aziz mendakwa, akibat terlalu taksub dengan fahaman Pas dia tidak pernah menunaikan solat Jumaat dalam mukimnya jika imam pada hari itu adalah penyokong UMNO dan sanggup ke masjid lain yang dikenal pasti diimamkan oleh penyokong kuat Pas atau solat di rumah berimamkan siaran langsung di radio.

"Semua ini dilakukan kerana terlalu setia kepada perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan menjanjikan syurga kepada penyokongnya.

"Kini saya sedar perbuatan itu adalah salah dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Saya sudah bertaubat dan meminta ianya tidak menjadi ikutan orang lain terutama penyokong Pas yang masih taksub terhadap parti itu," akuinya.

Aziz mendakwa, fahaman yang disebarkan oleh penceramah Pas lazimnya menjadi amalan penyokong akar umbi yang kurang mendalam ilmu agama mereka sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun ianya bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Mereka (penceramah Pas) tidak boleh menafikan perkara ini kerana saya adalah salah seorang penyokong yang taksub dan berbuat demikian semata-mata kerana terlalu setia terhadap perjuangan parti itu sebelum ini," dakwanya.

Alhamdulillah..mudah-mudahan lebih ramai lagi yang akan sedar dan kembali kepangkal jalan.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 2 April 2011

Pornthip mengaku disiasat kerana masalah disiplin!

Pakar patologi Dr. Pornthip Rojanasunand yang pernah memberi keterangan kontroversi berhubung kematian Teoh Beng Hock, mengaku beliau kini disiasat Majlis Perubatan Thailand kerana masalah disiplin.

Pornthip, yang disoal peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah pada prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh hari ini, turut mengaku beliau adalah aktivis kontroversi di negaranya dan tidak disukai polis.

Peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata prosiding tersebut masih berjalan dan Pornthip didakwa mengadakan bukti sintetik.

Merujuk kes kematian seorang jutawan di Thailand, Muhammad Shafee berkata Pornthip pernah memberi pandangan yang salah berhubung autopsi kedua sehingga adik si mati didakwa membunuh, sedangkan autopsi pertama mendapati mangsa membunuh diri.

Muhammad Shafee berkata Pornthip dan kumpulannya menjalankan autopsi kedua dan menyatakan jutawan itu dibunuh, namun autopsi ketiga yang dijalankan 11 pakar pathologi pelbagai negara mendapati si mati membunuh diri, sama seperti keputusan autopsi pertama.

Kantoi...!!!

Wasabi Oyabun..