Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 7 Februari 2011

Ops Piramid: Datuk Seri Najib Sambut 778 Rakyat Malaysia Di KLIA!

Kumpulan pertama 778 orang warga Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir melalui Ops Piramid, selamat tiba di tanah air hari ini.

Rakyat Malaysia itu termasuk penuntut di Mesir, menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dari Jeddah, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10 pagi.

Ketibaan kumpulan itu disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seramai 459 orang adalah penumpang MAS manakala 319 lagi penumpang AirAsia. Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir, yang sedang dilanda pergolakan, ke Jeddah di Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke tanah air.



Sementara itu : 1,670 lagi penuntut Malaysia dijadual pulang hari ini, esok

Sejumlah 455 pelajar lagi dari Mesir yang ditempatkan di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj di sini dijadualkan pulang ke tanah air hari ini.

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Prof Datuk Syed Omar Al-Saggaf berkata, sejumlah 355 pelajar akan berangkat pulang dengan pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) pada pukul 4.00 petang ini waktu tempatan (9.00 malam waktu Malaysia) dan 100 orang lagi dengan penerbangan komersial MAS MH141 pada pukul 9.20 malam waktu tempatan.

"Esok seramai 1,215 pelajar akan dihantar pulang, 355 pelajar dengan pesawat khas MAS dan 860 orang akan pulang dengan pesawat Boeing 747 sumbangan (dipinjamkan) kerajaan Arab Saudi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak kedutaan berusaha untuk menghantar pulang para pelajar dengan segera memandangkan peningkatan pelajar yang tiba dari Mesir bagi memastikan keselesaan para pelajar terjamin.

Setakat hari ini, pusat transit haji ini menempatkan 5,233 penuntut dari Mesir dan dengan penerbangan keluar 455 pelajar hari ini dan 1,215 orang lagi esok dijangka akan dapat meningkatkan keselesaan para pelajar di sini.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan