Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 3 Februari 2011

Live dari Cairo : Blogmaster Medan Info melapurkan - PAS cuba hasut pelajar-pelajar Malaysia supaya jangan naik penerbangan ke Jeddah!

Angkara siapa..?? Pinjam kata kata Nabil.., "lu pikir laa sendiri..!! "

Untuk dikongsi bersama, tatkala delegasi sukarelawan bersama blogger dan rakan rakan media sedang bertungkus lumus mahu segera selesaikan proses membawa keluar pelajar pelajar Malaysia untuk diterbangkan ke Jeddah selepas itu akan dibawa pulang ketanahair, tersebar pula berita menerusi sms palsu... "jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Msia kamu kena tanggung sendiri tambangnya.."

Waduuhh..!!! Kami sudahlah keletihan mengharungi 11 jam penerbangan,.. sebaik sahaja mendarat di Cairo International Airport terus bertugas membantu anak anak kelahiran Malaysia, tiba tiba ada pula pihak tidak bertanggungjawab cuba menggagalkan usaha murni yang diarahkan oleh YAB Perdana Menteri kita!

Berulang kali pihak delegasi seperti Dato Seri Khir Johari, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Azeez dan Timbalan Menteri Luar, Kohilan Pillay terpaksa yakinkan pelajar pelajar kita bahawa semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuklah bayaran airport tax...

Untuk berita selanjutnya sila klik di sini .

Sementara itu Utusan Malaysia melapurkan - Perpindahan pelajar lancar

Usaha membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir berjalan lancar dengan 545 pelajar diterbangkan ke Jeddah dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia bermula 2 petang ini waktu Kaherah atau 8 malam waktu Malaysia.

Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, kumpulan pertama terdiri daripada 345 pelajar diterbangkan menggunakan pesawat MAS pukul 2 petang ini waktu Kaherah manakala selebihnya menerusi pesawat AirAsia 30 minit selepas itu.

Menurutnya, pelajar perempuan tahun pertama dan yang tidak sihat diberi keutamaan untuk dibawa keluar dari Mesir seberapa segera.

“Kita ambil pelajar-pelajar tersebut dari rumah-rumah negeri di sekitar Mesir termasuk yang menuntut di madrasah di samping melengkapkan sijil kecemasan kepada yang kehilangan pasport,” katanya ketika dihubungi di Kaherah, hari ini.

Kohilan berkata, setakat ini seramai 11,700 pelajar telah berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah sementara 5,000 lagi tidak berdaftar.

Dalam pada itu, katanya, pihak kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk membawa keluar kesemua rakyat Malaysia dari Mesir secepat mungkin mengikut giliran dan keadaan.

Kohilan memberitahu, beliau menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta kerajaan mempercepatkan proses tersebut.

Beliau menjelaskan, kesemua pelajar yang dipindahkan ke Jeddah itu akan tinggal di beberapa buah asrama milik Tabung Haji dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.

“Sekiranya keadaan kembali aman, pelajar-pelajar tersebut akan kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian masing-masing,” ujarnya.

Mengenai pergolakan politik di Kaherah, Kohilan memberitahu, keadaan semakin pulih yang mana penduduk boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat manakala pasar mula dibuka seperti biasa.

Beliau menjelaskan, rusuhan hanya berlaku di sesetengah kawasan dan bukan di seluruh negara itu, manakala, sistem telekomunikasi sudah boleh digunakan termasuk penggunaan Internet.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen