Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 8 Februari 2011

Gempar!!!...Kekayaan Mubarak AS$70b?

Pusat peranginan sharm el-sheikh di pinggir pantai laut merah dikatakan banyak menyimpan harta kekayaan hosni mubarak.

Ketika 40 peratus rakyat Mesir dilaporkan hanya berpendapatan kurang AS$2 sehari, Presidennya, Hosni Mubarak pula memiliki kekayaan AS$70 bilion.

Menurut penganalisis Asia Barat kebanyakan harta presiden Mesir itu disimpan di bank di Britain dan Switzerland atau dalam bentuk pelaburan hartanah di London, New York, Los Angeles dan sepanjang pusat peranginan mewah Sharm el-Sheikh di pantai Laut Merah.

Selepas 30 tahun menjadi presiden dan seperti kebanyakan pegawai kanan tentera, Mubarak mempunyai akses kepada pelaburan yang menghasilkan keuntungan puluhan juta dolar. Keuntungan yang diperolehi itu di bawa ke luar negara dan disimpan dalam akaun bank rahsia atau dilaburkan dalam sektor hartanah seperti rumah mewah dan hotel.

Menurut laporan akhbar Al Khabar tahun lalu, Mubarak mempunyai hartanah di Manhattan dan di kejiranan eksklusif, Rodeo Drive di Beverly Hills. Anaknya Gamal dan Alaa juga merupakan bilionaire dengan memiliki kediaman di Wilton Place, Belgravia, tengah London.

Menurut seorang penganalisis, kekayaan antara AS$40 ke AS$70 bilion merupakan antara apa yang dimiliki oleh pemimpin negara teluk yang lain.

“Pembabitan dalam perniagaan daripada kedudukannya dalam tentera dan kerajaan telah berjaya mengumpulkan kekayaan peribadi.

“Terdapat rasuah yang berleluasa dalam rejimnya yang menggunakan hak awam untuk kepentingan peribadi,” kata penganalisis tersebut.

Laporan Al Khabar menyebut, Mubarak menyimpan banyak kekayaan di bank-bank di Switzerland dan Scotland.

Menurut pakar Asia Barat dari Universiti Durham, Profesor Christopher Davidson, Mubarak dan isterinya Suzanne serta dua anak lelaki mereka mengumpul kekayaan melalui perkongsian perniagaan dengan pelabur dan syarikat asing sejak beliau masih dalam tentera.

Katanya, kebanyakan pemimpin negara teluk meminta pegangan 51 peratus dalam pelaburan asing. Di Mesir angkanya sekitar 20 peratus tetapi masih mampu memberikan pulangan besar kepada para pegawai tentera dan kerajaan yang terbabit.

“Hampir setiap projek memerlukan penaja dan Mubarak mengambil kesempatan daripada tawaran dan perjanjian tersebut.

“Kebanyakan duitnya disimpan di bank Swiss dan dalam bentuk hartanah di London.

“Ini merupakan kegemaran pemimpin Asia Barat dan tidak ada sebab mengapa Mubarak tidak bertindak serupa,” kata Davidson.

Al Khabar menamakan beberapa syarikat barat yang berkerjasama dengan keluarga Mubarak yang menghasilkan pendapatan sekitar AS$15 juta setahun.

Penulis buku The Last Pharoah: Mubarak and the Uncertain Future of Egypt in the Obama Age, Aladdin Elaasar berkata, Mubarak memiliki beberapa kediaman di Mesir. Sesetengahnya diwarisi daripada presiden terdahulu.

Presiden Mesir itu juga memiliki hotel dan resort di pusat peranginan Sharm el-Sheikh tourist. Menurut satu laporan, Suzanne menjadi ahli kelab bilionaire sejak tahun 2000 apabila simpannya di bank-bank luar negara mencecah angla bilion dolar AS.

Di samping harta yang terdapat di London, Frankfurt, Madrid, Paris dan Dubai, kekayaan wanita pertama Mesir itu sekitar AS$3 hingga As$5 bilion. Alaa Mubarak memiliki hartanah dan dana peribadi di luar Mesir mencecah AS$8 bilion termasuk hartanah di Los Angeles, Washington dn New York.

Di tiga bandar utama AS itu, Alaa memiliki hantanah bernilai AS$2.1 bilion termasuk di Rodeo Drive, selain di Manhattan in New York. Suzanne dan Alaa juga memiliki dua kapal layar diraja yang nilainya melebihi AS$60 juta.

Oyabun nak bayar bil Broadband tiap-tiap bulan pun tercunggap-cunggap!!!

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen