Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 21 April 2010

P94 HS : Khalid tertekan - 'Galak' pemimpin, ahli PKR keluar parti!

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menggalakkan lebih ramai pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti itu jika mendapatinya tidak sesuai lagi.

Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri bagaimanapun mendakwa, pihaknya tidak bimbang kerana jika ada yang keluar, masih ramai yang ingin masuk parti itu. "Baguslah mereka nak keluar PKR... kalau di Klang pun tak apa, kita boleh cari orang lain di Klang untuk masuk PKR. Kalau ada pemimpin atau ahli PKR Kuala Selangor pun nak keluar, saya galakkan.

"Saya harap mereka yang keluar parti dapat menggunakan kesempatan itu untuk 'mengiklankan' diri mereka," katanya secara sinis kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, sebab itu pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya ada lagi pemimpin atau ahli yang ingin meninggalkan parti kerana mereka bebas untuk membuat pilihan sendiri.

"Pada pandangan saya, keluar masuk parti itu satu kebebasan. Oleh sebab itu boleh (bagi mereka untuk keluar parti). "Tapi mereka yang ingin menyertai sesebuah parti, saya harap mereka perlu faham prinsip parti berkenaan terlebih dahulu supaya mereka lebih mantap," katanya.

Beliau menganggap tindakan keluar parti oleh beberapa pemimpin dan ahli PKR secara berterusan sebagai satu perkara biasa. Abdul Khalid juga diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin PKR meninggalkan parti itu termasuk mereka yang rapat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru, bekas Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat meninggalkan PKR setelah menyedari parti pembangkang itu tidak memperjuangkan rakyat tetapi lebih cenderung untuk kepentingan peribadi pemimpinnya.

Keputusan Dr. Halili yang merupakan antara pengasas PKR dilihat menjejaki langkah beberapa rakan akrab dan orang kanan Anwar yang lebih dahulu meninggalkan parti berkenaan seperti Dr. Chandra Muzaffar, Datuk S. Nalakaruppan dan Ezam Mohd. Noor.

Ditanya mengenai kemungkinan lebih ramai pemimpin dan ahli PKR akan mengikut jejak langkah Dr. Halili, Abdul Khalid memberitahu, beliau tidak ada masalah dengan keadaan sedemikian.

Sebaliknya, beliau menyindir dengan mengatakan mereka yang bercadang untuk keluar PKR boleh memanfaatkan waktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor untuk menonjolkan diri bagi tujuan tertentu.

Pak Khalid dah lupa ke yang beliau adalah MB Selangor yang di tolak oleh ahli PKR kawasan sendiri!

Adakah Khalid Ibrahim tahu yang beliau tidak dapat diterima oleh sebahagian besar ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kuala Selangor kerana beliau adalah calon 'payung terjun' yang dibawa masuk Penasihat PKR, Anwar Ibrahim ke cabang itu.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, sehubungan itu tidak hairanlah sekiranya 50 ahli PKR Kuala Selangor dilaporkan bertindak meninggalkan mesyuarat agung tahunan cabang itu sebelum ini.

Nazmi berkata, sebaliknya orang yang selama ini menjadi tulang belakang dan dihormati oleh ahli dan pimpinan PKR di cabang itu ialah timbalan Khalid Ibrahim, Arshad Abu Bakar. "Khalid Ibrahim daripada awal lagi tidak diterima oleh ahli PKR cabang Kuala Selangor sejak menjawat tugas itu dua tahun lalu kerana beliau telah membawa masuk orang luar dalam kepimpinan PKR Kuala Selangor.

Mengulas lanjut, Nazmi berkata, cabang PKR Kuala Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim kini dalam keadaan cacamarba dan huru-hara kerana hanya tinggal ketua dan timbalannya sahaja ekoran perletakan jawatan 13 AJK bahagian tersebut 20 Januari lalu.

Menurutnya, sehubungan itu, difahamkan Khalid Ibrahim telah melantik Abdul Rahman Talib seorang guru pencen berusia 69 tahun dari Kajang sebagai Setiausaha Cabang. "Begitulah sikap Khalid Ibrahim yang tidak mahu memberi kepercayaan kepada pemimpin tempatan anak jati Kuala Selangor memegang jawatan penting.

"Inilah kegagalan kepimpinan yang dimiliki oleh Khalid Ibrahim. Bagaimanakah beliau mampu mentadbir sebuah kerajaan negeri dengan berkesan sekiranya 'rumah' sendiri tidak dijaga dan diuruskan dengan baik," katanya. Malah katanya, dalam struktur di peringkat negeri iaitu Perhubungan PKR Selangor juga Khalid Ibrahim menghadapi masalah dengan ramai ketua-ketua cabang yang semakin menyampah dengan kepimpinan Menteri Besar itu.

Menurutnya, dengan keadaan cabang PKR Kuala Selangor yang kini sudah terumbang-ambing ke arah untuk 'dikuburkan', maka kredibiliti kepimpinan Khalid Ibrahim dalam parti sudah berjaya dicemarkan. "Tidak mustahil ada usaha-usaha dalaman yang mahu mentalkinkan nyawa politik Khalid Ibrahim," katanya.

Nasihat buat Pak Khalid : Lain kali kalau nak mengukur baju, ukurlah di badan sendiri! Jangan ukur baju pada badan orang lain?

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional ( BN )

Wasabi Oyabun

4 ulasan:

  1. Apakah kita ingin anak-anak Melayu merempat di bumi sendiri...Tolak calon MIC. Melayu selamat.

    BalasPadam
  2. aku nax tanye ko hashim, sapa yg sibuk melaung2 kn AGENDA mahu hak sama rata!!!!!!!!!!!

    ko nie buta, pekak ke bro...

    BalasPadam
  3. Khalid pernah tersasul minta sokong BN semasa PRK Ijok. Adakah kini Khalid tersasul lagi minta ahli PKR keluar parti? Baca lagi di http://www.warisanpahang.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. ai hashim...

    bila pulok puak ko ni nak sibuk2 pasal hak melayu?? hoh zaid brahim tu terlebih melayu nye..gang DAP..selamat ke melayu..

    n ko sokong pr pon bukan sbb atas sbb hak sama rata ke? so..apa yg ko cuba nak buat ni...ni kes cam nuar sivaji lah ni...

    lidah bercabang kalah biawak..bleh bertukar2 mengikut tmpat..depan org melayu perjuang hak bumiputera..depan non malay kata malaysia ni bukan melayu yg punya....sama..sejibik

    oh ye satu lg..aku dpt tau ko ni bekas student radikal dlm buangan.. wei..klau bukan kuota bumiputera x merasa kot nak blaja kat oversea tu..n ko kena igt sket sapa yg bg tajaan stadi ko tuh...kerajaan + kuota melayu ko tuh...

    ko mmg dasar x kenang budi..klau ko sibuk sgt nak sama rata la apa la..apa pasal ko balik malaysia..berambus la..angkat kain baju pegi mana2 negara yg tegakkan sgt sama rata ko tu..klau US jauh sgt..singapodah tu pun bleh..sgt di alu2 kan

    BalasPadam