Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 23 April 2010

P94 Hulu Selangor : Pembangkang ingkari Sultan!

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menandatangani plak sebagai tanda merasmikan Masjid Manbaeil Uloom di Taman Cheras Jaya, Batu 11 Cheras, Hulu Langat, 23 April.

Kerana ghairah berpolitik, pembangkang sanggup mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya masjid dan surau di Selangor tidak digunakan untuk berkempen.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali didakwa menyampaikan khutbah Jumaat berbaur politik di Masjid Bukit Sentosa dan perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Malah terdapat laporan yang mendakwa, Hassan juga terlupa membaca selawat yang merupakan salah satu rukun khutbah.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.

Oleh kerana tidak meyakini barisan Pakatan Pembangkang, seramai 20 ahli Pas Kawasan Hulu Selangor mengumumkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.

Kebetulan penulis pun bersembahyang Jumaat di masjid tersebut semalam. Agak terkilan dengan sikap PAS yang masih berdegil menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik sempit. Kedua-dua penceramah takzirah dan juga khatib ( Dr.Hassan Ali ) tanpa segan silu memberi ceramah mereka yang berbaur politik tanpa mengendahkan arahan Sultan! Masjid itu seolah-olah mereka yang punya tanpa memikirkan jemaah yang lain yang datang bersembahyang ke situ.

Keghairahan pembangkang menjadikan masjid sebagai medan berpolitik walaupun berulang kali ditegah pihak berkuasa menerima natijahnya dan ia bermula apabila Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang bertindak sebagai khatib semasa membaca 'khutbah' politik di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa terlupa membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang merupakan rukun khutbah solat Jumaat.

Akibatnya, kira-kira 3,000 jemaah yang hadir ke masjid itu bagi menunaikan solat Jumaat yang merupakan kewajipan bagi lelaki Islam bertukar kepada hanya sembahyang Zuhur sahaja kerana 'khatib' tidak menuruti rukun solat Jumaat. Bagaimanapun, jemaah hanya bersembahyang dua rakaat sebagaimana solat Jumaat biasa.

Hassan dalam khutbah politiknya itu menyeru pengundi di Hulu Selangor supaya tidak mudah terkeliru dengan fahaman politik Barisan Nasional (BN) yang dakwanya cenderung menyokong kuasa Barat. Dakwanya, banyak kesilapan dilakukan oleh kerajaan BN yang hanya bertindak mengejar keduniaan dan bukannya mengikut sunah Rasulullah.

"Rakyat kini berada di persimpangan jalan, mereka perlu memilih satu jalan selamat iaitu laluan hijau yang masih suci bersih. "Manakala jalan membawa perubahan sejak 52 tahun kemerdekaan negara perlu ditinggalkan demi mendapat keberkatan Allah kepada umatnya.
"Kemajuan pembangunan di bawah Kerajaan Pusat hanya mengundang bala dan maksiat besar termasuk peningkatan kadar anak luar nikah," katanya di sini semalam.

Tambah Hassan, pengundi perlu memilih barisan kepimpinan Pas yang dakwanya diberkati Allah dan perlu menolak jalan berliku yang penuh noda serta dosa di bawah kepimpinan Kerajaan Pusat.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya masjid dan surau di negeri ini tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik. Baginda juga melarang institusi tersebut dijadikan tempat bagi mengadakan demonstrasi negatif. Menurut baginda, masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat, serta mengeratkan silaturahim dan bukannya berpolitik.

Sementara itu, Dewan Muslimat Pas turut mengambil peluang menyebarkan pelbagai risalah dan video cekera padat (VCD) yang kononnya didakwa sebagai fatwa tokoh ulama terkemuka, Dr. Yusuf Al-Qaradawi di masjid yang sama. Semua risalah itu diselit di cermin kereta para jemaah sama ada yang diletakkan di dalam pekarangan masjid mahu pun di luar masjid.

Dipintu masuk masjid bersepah dengan gerai-gerai yang didirikan oleh penyokong-penyokong PAS sehingga menganggu lalu lintas. Mereka berniaga tanpa permit dan kawasan persekitaran masjid seolah-olah macam 'pasar malam'!

Wallahuallam.

Wasabi oyabun

2 ulasan:

  1. Salam

    Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya memperhebatkan penguatkuasaan bagi memastikan masjid dan surau di negeri ini tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik.

    Baginda bertitah, JAIS perlu menguatkuasakan peruntukan Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 iaitu mengajar tanpa tauliah.

    ''Beta ingin mengingatkan sekali lagi bahawa beta tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang untuk berpolitik serta tempat mengadakan demonstrasi yang negatif sama ada di dalam atau di kawasan pekarangan masjid.

    ''Masjid dan surau adalah tempat umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturahim dan sehingga hari ini beta berasa amat berpuas hati kerana institusi masjid masih menjadi simbol perpaduan umat Islam,'' titah baginda.

    Baginda bertitah, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) disaran membendung penyebaran fahaman yang boleh membawa perpecahan di kalangan umat Islam di negeri ini.

    Sultan Sharafuddin juga mengingatkan agar setiap pegawai dan ahli jawatankuasa masjid sentiasa mematuhi peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAIS.

    ''Penceramah-penceramah yang ingin dijemput hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu.

    ''Ini untuk memastikan mereka yang mempunyai tauliah sahaja dibenarkan untuk berceramah, berkuliah, berkhutbah dan mengajar di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor,'' titah baginda.

    Dalam pada itu baginda berharap Masjid Manbaeil Uloom dijaga dengan baik serta diselenggara dengan sempurna pada setiap ruang termasuk bilik-bilik kuliah, bilik imam, ruang mengambil wuduk dan tandas.

    ''Masjid ini harus sentiasa indah dan dapat dimanfaatkan dalam jangka masa selama yang boleh dan menjadi tempat yang benar-benar aman, selesa dan kondusif untuk setiap umat Islam melakukan ibadah,'' titah baginda.

    Eloklah kita fikirkan untuk kebaikan bersama..

    BalasPadam
  2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bacaan selawat dalam khutbah Jumaat tidak boleh ditinggalkan kerana ia adalah sebahagian daripada rukun khutbah.

    Beliau berkata, jika khatib tertinggal membacanya maka solat Jumaat yang didirikan adalah tidak sah dan oleh itu adalah perlu untuk jemaah menunaikan solat Zuhur.

    ''Mengenai dakwaan mengatakan khutbah Jumaat di Masjid Bukit Sentosa yang disampaikan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali tidak membaca selawat, itu saya tidak dapat komen.

    ''Saya hanya dengar tetapi saya tidak berada di tempat kejadian. Namun jika benar apa yang saya dengar, maka solat Jumaat tersebut perlu digantikan dengan solat Zuhur kerana ia tidak sah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Beliau diminta mengulas laporan mengatakan khutbah solat Jumaat yang disampaikan Hassan di Masjid Bukit Sentosa hari ini bertukar menjadi khutbah politik apabila Exco kerajaan negeri itu mengambil kesempatan berkempen.

    Leka dengan khutbah politik yang disampaikan itu, beliau akhirnya terlupa membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang juga rukun khutbah sehingga menyebabkan ada jemaah yang terpaksa menunaikan solat Zuhur.

    Wallahuallam..!

    BalasPadam