Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 14 April 2010

PRK P94 - HULU SELANGOR : Panas..Panas..Mugilan berdepan kemungkinan dipecat!

Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih esok sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibunegara malam ini. Dalam sidang akhbar ringkas selepas itu, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak untuk menghancurkan parti.

"Sesiapa pun daripada parti kita yang mempermainkan parti, mereka yang ambil tindakan sendiri untuk menghancurkan parti, kita sudah putuskan ambil tindakan tatatertib mengikut undang undang," katanya..Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Mugilan, Samy Vellu menjawab: "Boleh jadi Mugilan atau sesiapa saja.

Muligan adalah yang teratas dalam senarai. "Ditanya apakah Mugilan akan dipecat, beliau menjawab: "Kita telah memutuskan untuk menunggu hingga esok. Kami mahu siasat lebih lanjut."Kita telah putuskan mengenai Muligan. Kita mahu tunggu hingga jam 10 pagi esok," katanya sambil menambah mereka akan menunggu keputusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya sama ada Muligan dipilih sebagai calon, Samy Vellu jawab: "Saya tidak mahu kata apa apa mengenainya." Sementara itu, difahamkan sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan jam 10 pagi esok selepas Samy Vellu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan memberitahu kemudiannya bahawa Samy Vellu dijadualkan menemui Muhyiddin di Putrajaya pagi esok."Kita akan keluarkan maklumat (mengenai calon) selepas jam 10 pagi esok," katanya. Bagaimanapun, Kamalanathan menambah, parti itu hanya akan mengiktiraf timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon.
Selain Palanivel, satu lagi nama yang disebut-sebut disokong oleh Umno untuk dicalonkan bertanding di Hulu Selangor ialah Mugilan.

Cawangan MIC Hulu S'gor beri kata-dua

Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mencalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Tindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini. Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.

Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu.“Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K.Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, jika tuntutan mereka agar Palnivel dicalonkan ditolak."Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan."Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini,” katanya. Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: “Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad.”

Wasabi Oyabun

1 ulasan:

  1. PRK P94 Calon terbaik dari UMNO akhirnya ditemui...berminat ingin tahu sila klik disini

    BalasPadam