Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 16 April 2010

Cabaran DEBAT Buzz Azam vs Zaid Ibrahim !


Shamsul Iskandar Memeluk Buzz Azam.
Seorang anak Melayu yang dikenali dengan nama pena Buzz Azam telah dengan lantang mencabar Zaid Ibrahim utuk berdebat dalam isu Melayu dalam tempoh pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini di adakan.
MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
Penasihat Undang-undang
Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN)
D/A Lot Parkir Restoran Ada,
Taman Seri,
Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan

Tarikh : 16 hb April 2010

Y.BHG DATO’ ZAID BIN IBRAHIM
Calon Pilihanraya P94
Parlimen Hulu Selangor
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
SEGERA SERAHAN TANGAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Y.Bhg Dato’,

Per : JEMPUTAN UNTUK BERDEBAT ISU KETUANAN MELAYU

Adalah saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. Pada 31 hb Oktober 2008, sempena persidangan LawAsia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Dato’ telah menyampaikan ucapan bertajuk “Malaysia-A Lost Democracy?”. (Lampiran 1)

Dalam ucapan Dato’ berkenaan, Dato’ antara lainnya telah memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu dan Dato’ secara terbuka telah menyatakan konsep Ketuanan Melayu ini tidak lagi sesuai di amalkan pada hari ini, menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa selepas Dato’, yang merupakan produk Dasar Ekonomi Baru, telah berjaya melepasi belenggu kemiskinan keluarga Dato’ di Kelantan dan kini Dato’ sekeluarga berkemampuan untuk berdomisil di kawasan perumahan elit Tropicana.

Dato juga memperlekehkan Dasar Ekonomi Baru dengan menyatakan bahawa :-

Affirmative action and special status become a matter of privilege by reference to race rather than of need and questioning of this new status quo was not to be tolerated.”

Saya percaya, kenyataan Dato itu pastinya di sorak gembira dan di sambut ceria oleh puak-puak chauvinis pelampau yang rasis daripada kaum bukan Melayu dan mereka semestinya mengangkat Dato sebagai wira mereka kerana jelas, nada prinsip Dato yang anti Ketuanan Melayu adalah aset untuk memudahkan laluan mereka menganggu status sosial dalam negara ini.
Secara peribadi, saya menyifatkan ucapan Dato’ tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab, umpama kacang lupakan kulit, bak melepaskan anjing tersepit.

Samada Y.Bhg Dato’ sengaja menafikan hakikat, bahawa orang Melayu masih jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan amat bergantung kepada kepatuhan Kontrak Sosial demi keamanan dan kestabilan sosial di dalam negara, maka jelas ucapan Y.Bhg Dato tersebut saya labelkan sebagai tidak mengenang budi. Jika tidak kerana Dasar Ekonomi Baru, saya percaya Dato’ bukanlah sebagaimana diri Dato pada hari ini.

Ucapan Dato’ yang anti KETUANAN MELAYU tersebut adalah satu ancaman terhadap survival orang Melayu yang majoritinya kini masih terkial-kial mencari & menambah pendapatan keluarga, walaupun secara metaforanya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tersebut masih belum di mansuhkan.
Bayangkan keadaan orang Melayu jika Perkara 153 Perlembagaan tersebut terus di hapuskan oleh Dato’ dan rakan-rakan politik Dato’ yang mungkin berpotensi membentuk kerajaan Persekutuan dalam pilihanraya umum akan datang. Apa jaminan Dato terhadap survival orang Melayu nanti? Atau Dato hanya menyeru kami berdoa yang terbaik untuk keluarga kami ketika perut kami lapar?

Bertitik tolak daripada luahan perasaan saya di atas, pada 11 hb November 2008, telah mengutus surat jemputan Debat Ketuanan Melayu kepada Dato. (Lampiran 2).

Surat jemputan tersebut telah di serahkan ke pejabat Dato dan akhbar Utusan malaysia pada 15 hb November 2008, di halaman berita utamanya telah turut menyiarkan tentang cabaran debat tersebut (Lampiran 3). Namun pada tarikh debat berkenaan iaitu pada 26 hb November 2008, Dato langsung tidak muncul di lokasi tanpa khabar berita.

Maka saya dengan ini, sempena Pilihanraya Kecil P94 Parlimen Hulu Selangor, saya mengulangi cabaran debat KETUANAN MELAYU tersebut dan menjemput Dato’ dan rakyat Hulu Selangor untuk hadir seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 23 hb April 2010

Masa : Antara jam 9.00 malam-3.00 pagi

Tempat : Perkarangan Parkir, Restoran Ada, Batang Kali
(bersebelahan dengan Petronas Batang Kali 2)

Tajuk : KETUANAN MELAYU-Masih Relevan?

Saya menyedari bahawa Dato sedang sibuk berkempen pada tarikh berkenaan. Sebab itulah saya dan rakyat memperuntukkan masa yang panjang untuk menanti kemunculan Dato. Dato boleh berucap selama 1 minit atau 1 jam, terpulang kepada kelapangan masa Dato pada malam tersebut.
Tarikh dalam tempoh berkempen tersebut juga di pilih bagi membenarkan Dato secara tidak langsung berkempen dan meraih undi daripada rakyat Hulu Selangor yang akan hadir pada malam tersebut. Tarikh berkenaan juga penting kerana ia adalah 24 jam sebelum Dato berjaya atau tidak menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor.
Parlimen adalah tempat menggubal dan memansuhkan undang-undang. Jadi sebelum Dato menjadi sebahagian daripada institusi Parlimen Malaysia, saya dan rakyat Hulu Selangor inginkan penjelasan pendirian Dato terhadap konsep KETUANAN MELAYU tersebut.

Saya dan rakyat akan menunggu Dato pada malam tersebut. Saya juga telah melancarkan Fanpage Facebook ”Kami Sokong Debat Buzze Azam vs Zaid Ibrahim” yang selepas 24 jam di lancarkan setakat 16/4/10 jam 9.30 pagi berjaya mengumpul 54 orang peminat.

Sila Y.Bhg Dato menghubungi saya di talian 012-9770412 untuk pengesahan kehadiran.
Sekian dan terima kasih.

HIDUP MELAYU!
ALLAHUAKBAR!

Yang berani kerana benar,
MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
770509-06-5757
Wasabi Oyabun

2 ulasan:

  1. ada berani ke mamat ni?? dia kan dok sibuk berkempen untuk talkinkan partinya...

    aku rasa dia buat-buat lupa ape yang diucapkannya dulu...macam lalang...dah take beer dalam pakatan, halal haram semuanya sapu je...janji jawatan...

    BalasPadam
  2. .
    Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
    kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
    Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
    http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
    .

    BalasPadam